Kunyah bebetul tau
Masa aku tengah drive pagi tadi, DJ radio Era ada memberi tips cara untuk menguruskan badan. Tips yang diberi adalah, kunyah makanan dengan betul sebelum menelannya. Maknanya, dia suruh mengunyah makanan selumat-lumatnya sebelum telan. Aku pulak, jenis yang kunyah 5 ke 7 kali dah telan makanan. Hahahahah, mana tak kenyang-kenyang. Manjang lapar jek. Bila lapar, lagi banyak la telan makanan.
Ini bukan tips radio Era sebenarnya, tapi kajian yang dilakukan oleh pakar di US. Haaa, bayangkan. Orang US baru nak tahu pasal benda nie, padahal Nabi kita dah tahu dari dahulu lagik. Sebab tu, kalau nak kunyah makanan Nabi sarankan kunyah sebanyak 44 kali. Ini bermakna, makanan tu akan betul-betul lumat dan baru masuk ke dalam dan lebih mudah sistem penghadaman kiter berfungsi.
Lepas nie, kepada sesapa yang nak diet tu. Ingat, kunyah makanan selumat-lumatnya. Biar sampai cramp mulut korang kunyah makanan. Insya-Allah, berat anda akan turun disamping anda akan mendapat kepuasan nikmat makanan tu jugak. Kepada kengkawan lelaki aku yang pergi makan ngan awek. Jangan, makan lembab sangat sampai awek korang tunggu. Kalau dia marah korang makan lambat, korang ingat tips nie. Bagi tau dia, "You nie…I makan slow bukannya apa, I nak menikmati makanan ini dan tak nak jadi macam you". Erkkk…tips nie untuk awek yang gemuk jek yea.
Nota kaki : Kepada kawan aku (Dr. Hamka), lepas nie kor boleh cuba tips aku nie. Mana tau, berkesan.
| Print article | This entry was posted by doBot on Monday, 4 December 2006 at 2045, and is filed under Current Issue. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |


about 3 years ago
Assalamualaikum wrth.
amal sunnah di akhir zaman ganjarannya 100 pahala mati syahid bot. memang org macam kita ni elok amal bot;) makan dok main telan je mcm ulo sawa
ulo sawa pun mkan sekali tahan berbulan2, kita plak tiap2 hari makan sampai 2 3 kali. kalau ulo sawa tau mmg geleng kepala dia:P
Reply
about 3 years ago
Hei bot…
Nice post.. Indeed, kena minta resepi kurangkan berat badan.. Hahahaha…. Let say, after few years meet up… I am sure weight gain like mad… As always, footie make exercise worse.. You know what i mean.. Loser eleven.. Kekekeeke
Take care bro..
Regards…
Reply
about 3 years ago
Aiks…hamka pulak yg kena…tapi aku setuju. kepada hamka….jangan bila aku sampai fac suatu hari nanti, tak kenal you pulak. Jangan berular sawa…lepas makan, tidur 2 bulan.
Reply
about 3 years ago
amalan yg sgt berguna.. namun tak berguna juga kalau mengunyah dengan lumat makanan yg lemak, minyak dan gula pada tahap maksima dan makan tak henti2 tul tak..? hehe…
Reply
about 3 years ago
Ahakzz.. sangat sesuei untuk aku yang merasa badan aku yang semakin gumuk… hahhahaaa…. harus aku amalkan…
Mekasih bot utk mengingatkan aku semula tip nie…
Reply
about 3 years ago
Kalu mulut krem nanti nak kunyah guna apa plak? hahahaha.
Reply
about 3 years ago
Hamka : Hahahha….kot ular sawa tu tengok kita makan. Sure dia pun mengeluh. Betul jugak apa yang kor cakapkan tu kan. Huhuhuh
Dennis : Thanks Bro. Hahahha, bila mau lawan WE11? Aku sekarang tak main la 3 atau 4 star. 5 star laa…hahahahha….
Jo : Joanne, dia tak boleh tido manjang. Itu kena bagi kat juara tido kelas kita. Erkkk…sapakah gerangan orang itu? adakah aku? Huhuhuh
Widad: Betul tu Widad. Ini sekarad tips supaya cepat kenyang. Bila cepat kenyang, kurang la makan. Bila kurang makan, dapat save duit. Huhuhuhu
Alangz: Sesama Alangz
Bluehikari: Kalau dah cramp, nampaknya kena la makan bubur jek. Telan terus. HUhuhu
Reply
about 3 years ago
kalo cakap kat awek camtuh, ada kena blasah tuh dobot, muahahahhahaha
Reply