Sun 17 Dec 2006
Kawan lama aku (Kapt. Shahrul Nizar B. Samah) khawin minggu nie. Jadi, aku pun tulis surat nie kat dalam hadiah dia…
Pertama sekali, aku nak mengucapkan tahniah kepada korang berdua. Aku sebenarnya kat ofis nie. Disebabkan aku tengah bosan tahap gaban, aku dok pikir apa yang aku nak bagi hadiah pada korang nie. Sambil tu, aku yang tengah bosan ini pun menaip surat ini. Hehehehe…
Untuk Achul, terima la hadiah daripada aku nie. Aku tak dapat bagi apa yang kor mintak ari tu. Puas aku cari. Tak jumpa jugak. Aku memula nak bagi peti ais. Tapi, bila pikir balik. Punya susah aku nak angkut nanti. Mana muat kereta aku tu. So, aku tak jadi la nak angkat. Hehehehe. Tak kan aku nak bagi cerek, cawan, seterika. Itu semua dah selalu orang bagi kalau majlis khawin. Aku nak cari sesuatu yang tahan lama tak tak akan rosak. Lalu, terpikir la aku satu benda. Aku nak hadiahkan kor batu lesung ini. Aku nak bagi batu lesung moden (mesin blender la), ditakuti cepat rosak. So, ambilah batu lesing nie, erk…batu lesung la. Ikhlas dari aku nie.
Banyak kegunaan batu lesung nie Chul. Bapak aku cakap, kalau batu lesung ini dimasak di dalam kuali dengan air panas secara perlahan, ia dapat menghalau hujan. Tapi, tak tau la betul ker tak? Ini semua petua orang tua-tua. Selain daripada tu, batu lesung nie dapat merapatkan hubungan suami isteri. Jangan kor suruh Asiah jek masak tau. Kor pun kena selalu masak. Terutamanya, ketuk sambal belacan ngan batu lesung. Kalau nak lagik romantik, kor ketuk batu lesung bersama-sama ngan Asiah sambil pengang tangan dia. Baru romantik.Hehehe…Tapi, satu jek aku nak pesan Chul. Kalau kor nak ketuk sambal belacan, pastikan kor pakai baju. Nanti ditakuti bulu ketiak kor jatuh ke dalam atau badan kor panas kepedasan disebabkan sambal yang terpercik. Cian Asiah, kena lap perut kor yang boroi tu. Hahahaha…
Untuk Asiah, kor tau tak? Dulu masa aku ngan Achul form 3, kiter orang selalu dok depan rumah kor dekat ngan taman permainan tu. Aku dok situ sebab nak melepak sambil isap rokok. Yang si Achul nie, dia nak tunggu kor keluar rumah. Lama punya tunggu, bukannya kor yang keluar. Polis yang keluar ada la. Abang polis tu datang ronda kat depan rumah kor dan nampak kiter orang dok lepak kat taman permainan tu. Apa lagik, mengelabah la aku buang putung rokok aku. Achul tak isap rokok. Jadi, aku yang kena sound ngan polis tu. Achul pulak, dok tergelakkan aku. Cait…sampaikan Achul cakap dia tak mo mengaku aku tidur kat rumah dia kalau polis tu bawak aku masuk lokap. Sebenarnya,dari dulu dia dah minat kor. Tiap kali kor keluar, dia akan skodeng dari tingkap rumah dia. Kor ingat tak camna dia nak ngorat kor kan? Hehehe…. Alhamdulillah, akhirnya korang berkhawin jugak.
Ok la, satu page aku dah taip. Karang boss aku masuk pulak. Hehehhe…aku ingin ucapkan korang berbahagia hingga ke akhir hayat. Dan sekali lagi, tahniah daripada aku.




December 18th, 2006 at 1530
ko bila lagi nak kawin dobot?kecian kat awek ko.nanti bila ko kawin aku belikan peti ais tu sbb ko mcm berminat je.tp ko bayr la ansurannya…
[Reply]
December 23rd, 2006 at 1321
Bukan Kapt Shahrul Nizar B Samah lah dobot … tapi Kapt Shahrul Nizar B Samah TUDM
[Reply]
December 23rd, 2006 at 2029
Sackoz : Hehehhe…kalau kor tanya aku bila nak kawin, jawapan aku adalah, selepas aku kena sunat dulu masa kecik-kecik lagik dah nak kawin. Hehehhe….Peti ais? ish, tak mo la. Aku nak tv plasma boleh???
Along : Aposal kena letak TUDM kek ujung tu?
[Reply]
January 3rd, 2007 at 2121
sherrina rasa kene letak utk bezakan tentera darat, laut dan udara kot. ayah sherrina dulu pun kene letak TUDM di hujung nama dia….
[Reply]