Waduh…waduh…aku kena tag dengan Sherrina. Jadi, aku terpaksa la membuat apa yang telah dikenakan oleh Sherrina kepada aku. Dia suruh aku nyata 6 perkara pelik (weird) dalam diri aku. MMmmm, apa yek?

1. Aku seorang perokok. Tapi, aku tak suka bau rokok. Lagik menyebabkan aku benci bau rokok adalah masa aku tengah tidur, orang lain akan hisap rokok. Sure akan kena sepak orang tu keluar dari bilik aku. Hahahahah…Amat adalah mangsanya.

2. Aku suka dalam kereta aku di dalam keadaan bersih. Kalau ada habuk rokok, aku akan membersihkannya. Lepas tu, aku akan hisap rokok balik.

3. Aku tahu, aku belajar, aku yakin sesikit, yang rokok tu merbahaya. Tapi, kenapa aku hisap? pelikkan??

4. Untuk membeli peanut butter yang berharga RM6.50, aku akan berpikir 2-3 kali. Tapi untuk membeli rokok yang berharga RM7.40. Aku tak perlu berfikir walaupun sekali. Pelikkan???

5. Aku akan rasa rimas satu badan, di waktu pagi jika tak kena rokok dalam jamban sambil membuang air. Pelikkan???

6. Abang aku ngan aku hisap rokok dari sekolah lagik. Selama 12 tahun hisap rokok, macamana abang aku boleh berhenti rokok dan aku masih bersama rokok. Pelikkan???

Ok tak Sherrina??? kor suruh aku tulis perkara yang pelik dalam diri aku. Aku tulis semua pasal rokok sebab aku merasakan hisap rokok nie pelik dan aku pun tergolong dalam golongan yang pelik. Aku tak mo tag sesapa la. Biar mereka yang tak ada idea untuk buat tajuk blog tu yang nyatakan 6 perkara pelik dalam diri korang.