Mak ui…lebih 2 minggu aku tak menaip. Dah macam blog berhantu pulak blog aku nie. Tak ada sebarang perubahan. Untuk pengetahuan semua, aku baru masuk kerja di tempat baru bermula 5 Februari ari tu. Sebab tu masa aku agak kurang untuk mengupdate blog ini. Genap 4 hari aku berkerja di tempat baru, aku dihantar ke Kluang untuk melihat keadaan di sana selama satu minggu.

Pada minggu lepas, aku berkesempatan untuk pergi ke Pelabuhan Pasir Gudang untuk melihat lembu import yang baru sampai dari Australia. Makk uiii…penat betul sepanjang berada di sana. Satu hari lebih aku tak mandi sepanjang berada di sana kerana, sepanjang masa ada sahaja lembu yang turun. Dalam dunia kambing atau lembu, ada satu penyakit yang dikenali sebagai 'Shipping Fever'. Memang sepatutnya mereka (kambing) tu kena demam kapal. Aku pun sama, kena 'demam kapal'. Cuba bayangkan selama 6 hari di dalam kapal, dan masa nak turun kapal tu, penuh dengan suasana tertekan (stress) bila kena jerit dan pukul oleh manusia. Sebab tu, bila kita berurusan dengan binatang, segalanya mesti cepat. Kalau diorang stress, mati la diorang. Kita pun mati kalau harga binatang tu beribu-ribu. Shipping fever disebabkan oleh banyak faktor. Diantaranya adalah jangkitan Pasteurella multocida di mana ia adalah normal flora di dalam binatang itu sendiri. Jika daya ketahanan badan haiwan tu tak kuat, diorang boleh kena jangkitan pernafasan.

Aku??? memang dah sah-sah stress la. Itu belum masuk staff aku yang 2 hari tak tidur. Nasib baik diorang nie badan kuat, boleh tahan 2 hari tak tido. Bila masa nak balik, masing-masing bantai tidur dalam kereta aku. Ada sorang tu, siap mengigau pulak dalam kereta. Sah memang penat gila tu.

Aku pernah tunggu ayam turun dari kapal terbang. Dan, aku rasa tunggu lembu dari kapal merupakan yang paling penat dan meletihkan. Itu belum halau kambing lagik. Antara haiwan yang paling susah nak halau, adalah kambing. Ada seekor dua ekor yang dapat melompat daripada lori masa kiteorang halau binatang tu. Maka, terjadi la adengan kejar mengejar kambing di dalam pelabuhan tu. Tak sempat aku nak tangkap gambar sebab keadaan pada masa tu malam, jadi kualiti gambar mesti tak nampak. Kambing tu siap nak terjun dalam laut pulak tu. Kesian aku tengok mereka yang mengejar kambing-kambing itu. Tak pe la, at least ada pengalaman mereka kejar kambing sebab mereka tu kebanyakkan pemandu lori yang duduk kat bawah untuk menunggu giliran untuk loading lembu/kambing.

Ok la, nanti aku update lagi. Aku sedang merancang untuk guna Maxis Wireless Broadband, ada sesiapa yang dah guna???


Mereka sedang menikmati suasana senja sebelum kerahan tenaga menurunkan lembu


Kapal nie nampak jek 2 tingkat, sebenarnya kat bawah tu banyak lagi. Boleh muat lebih kurang 3000 ekor lembu.


Laluan 'mereka' untuk ke lori.


Say cheeesseeeee….