Fri 2 Feb 2007
Sebelum aku meneruskan penulisan aku. Aku ingin memohon maaf kepada semua pembaca blog aku yang telah memberi komen di dalam entri 'Apa yang anda nampak?' pada 29 Januari 2007 yang lalu. Semua orang ingin tahu, ingin benar-benar tahu apa yang ada di dalam gambar tu. Ada yang tak puas hati sebab tak nampak apa yang ada di dalam gambar tu, "hahaha..tak puas hati..nak cuba lagik…celah pokok tu (kat daun) aku nampak badak lagi sekor huhuhuh", komen salah sorang pembaca blog aku yang bernama Oyuki. Ada jugak yang membelek begitu lama, "Eden nampak.. 2 ekor badak… tengah makan rumput (badak makan rumput ko?.. den tak tahu… hahaha…. ) di bawah bayangan pokok dan sekaligus tempat tedoh dio lahhh…. (puas dah den belek… cenggitu jo gambar nyer..)", agaknya si Alangz nie mengharapkan perubahan di dalam gambar itu. Lang, itu gambar JPG la.
Komen Oyuki lagi satu yang menarik perhatian aku, "aku nampak pokok tuh..macam heart shape..tapi aku tak leh nak relates ngan badak2 tuh…huhuhuh". Dalam entri aku, aku tak suruh mengaitkan gambar badak dan pokok tu antara satu sama lain. Hanya perlu lihat gambar badak dan pokok tu sahaja. Ada pula yang takut nak tenung gambar tu lelama, mungkin kerana dia (Widad) pernah kena sergah dengan gambar hantu. Tak pe..jangan risau, Widad. ("mata aku nampak pepokok ngan bebadak je. ada mende lain ke dalam gambo ni. takut plak aku nak tenung lelama. kot tetiba kena sergah plak.. hihi..")
Ada pembaca blog aku yang mengatakan ini gambar ladang UPM. Heheheh…kat ladang UPM tak ada badak yek BP.Ada juga yang sampai juling-juling mata tengok gambar tu. Cian kor mohdismail. Archiq kata, gambar tanah tu terus ke langit. Erkkk…aku tak nampak pun Archiq. Oyuki kata, dia nampak badak lain kat celah-celah. Erkk Yuki, aku tak nampak pun badak kat tengah tu???. Abang den kata, dia tenung lelama gak. Heheheh….
Ok la…walau apa pun orang kata. Aku sebenarnya, tak nampak apa-apa. Terus terang aku cakap, aku tak nampak apa-apa.Yang aku nampak, hanya ada 2 ekor badak, 2 batang pokok dan beberapa ekor bebiri kat belakang tu. Aku cuma ingin membuat kaji selidik aku sendiri jek. Kita semua selalu terfokus kepada benda yang disuruh jek, hingga kita terlupa benda lain yang patut difokus. Sebagai contoh, ada gambar pokok lain dan ada bebiri kat belakang. Yang kedua pulak, kita nie belajar dari kesilapan. Mungkin ramai di antara kita selalu dapat email forward yang suruh kita tenung gambar lelama. Tetiba, bila kita tenung gambar tu. Keluar pulak muka hantu. Nak lagik mengejutkan, penghantar email tu suruh bukak speaker kuat-kuat. Lepas tu, keluar muka hantu sekali dengan bunyi-bunyi lagik. Aku pernah kena benda nie dan mungkin Widad pernah kena benda nie. Sebab tu dia belajar dari kesilapan.
Macam-macam kesimpulan kita boleh buatkan??? Aku ingin berterima kasih kepada pembaca blog aku yang sudi memberi komen terhadap gambar itu. Tanpa korang, siapalah aku. Hehehehe…macam ayat bintang popular pulak. Aku ingin meminta maaf kerana terpaksa memakan masa kerja korang untuk tenung gambar aku tu lelama. Oyuki, berapa lama kor tenung gambar tu? sampai 2 komen yang kor hantar. Ok la, kepada mereka yang nak membaca entri aku yang boleh buat korang bengang, sila klik sini. Sekali lagi, 10 jari aku pohon yek…





February 4th, 2007 at 1051
hampeh btul la si dobot ni!! (baca dalam nada geram)
[Reply]
February 5th, 2007 at 1004
halus sgt bebiri tu.. mana nak nampak.. memang betul aku pernah kena sergah ngan gamba hantu dulu yg membuatkan aku menjerit dgn kuat nye kat dlm cc yg sangat senyap.. huhu.. malu…
[Reply]
February 7th, 2007 at 1036
Hohohoho… ya ampunsss.. ada bebiri ker?.. halus bebeno lah gambarnya.. aku pun tak perasaan.
Memang ler aku tahu nie jpg format bot.. tapi aku tenung lelama tu sebab nak membelek apa lagi yang tersembunyi.. (bebiri tuh aku henggat bebatu… ahakz..)
-ternyata tahap kerabunan aku makin terserlah… nak kena cari spek baru nie…-
[Reply]
February 7th, 2007 at 1048
huhuh
takde laaa lama sgt aku telek…cuma aku curious jek nak tau..
and seriously, aku ingat biri2 tuh batu..hahahah
[Reply]
February 7th, 2007 at 1219
kehkehekh….
tapi yang peliknya dobot…
kat maner tempatnya… biler ader badak..ader skali bebiri? takpenah lah aku tgk walaupun dalam national geography?….betul ker gambor tu tak ader effect aper aper…tu gambor ladang badak n bebiri kut?
[Reply]