Archive for March, 2007
Peristiwa di stable kuda
Mar 30th
Tanggal 27 March 2007, aku dengan rasminya telah dilantik sebagai Pegawai Veterinar G41. Mulai sekarang, aku adalah kakitangan kerajaan. "Ingat Bot, jangan makan duit haram…". Abang aku nasihatkan aku sebelum dia pergi ke UK untuk jumpa bini dia di sana selama 3 bulan. "Hahahah…kor pun mat subsidi sekarang yek Bot", itu la kata-kata Anjas kepada aku.
Sekarang, aku berada di Institut Haiwan Kluang (IHK) selama sebulan untuk Latihan Sangkut. Bila berada di sini, segala kenangan aku di sana aku teringat satu persatu. Bukan pengalaman aku dengan awek aku kat sana la. Tapi, bersama ngan kengkawan coursemate. Dulu (March 2004) aku datang IHK nie sebagai seorang pelajar, kini aku datang sebagai seorang pegawai kerajaan. Aku bukak balik koleksi gambar aku yang dulu pada tahun 2004. Seronok, sedih, terharu dan kengkadang aku tersengih sesorang. Seronok jadi student. Aku ingat lagik staff yang penah ajar aku kat sini. Aku anggap mereka sebagai guru aku. Mereka lagik terrer disebabkan pengalaman mereka.
Ok, aku nak recap skit benda yang berlaku pada masa aku praktikal di IHK ini dulu. Peristiwa ini berlaku di satu petang di mana, kami reramai pergi ke stable kuda yang ada di IHK ini untuk berlatih naik kuda. Liza (bukan nama sebenar), sedang menunggang kuda. Tetiba, nasib tidak menyebelahi dia. Dia jatuh dari kuda yang di tunggang.
Kelihatan Liza telah jatuh daripada kuda.
Kelihatan dua orang rakannya sedang berlari untuk menyelamatkan Liza. Kuda telah tiada di dalam gambar ini. Perhatikan lelaki berbaju biru tu, Ayuz (bukan nama sebenar) cuba berlari ke arah sana dengan machonya. Diikuti oleh Foong Yan (bukan nama sebenar) untuk sesama menyelamatkan Liza.
Ayuz berjaya memintas Foong Yan. Ini bermakna, Ayuz akan menjadi orang pertama yang akan menyelamatkan Liza di tempat kejadian. Kelihatan gambar Liza di atas, sedang terbaring berdekatan dengan pagar tu.
Ehhh??? ke mana mamat (Ayuz) berbaju biru nie hendak pergi??? Bukankah dia hendak pergi menyelamatkan Liza tadi??? Kelihatan pula ada sorang mamat di sebelah kanan sedang berlari kepada Liza, iaitu Syahar (bukan nama sebenar).
Perhatikan gaya Syahar berlari ke arah sana. Kangkangan yang besar, menampakkan dia bersungguh-sungguh berlari ke arah Liza di ikuti dengan Fong Yan. Ayuz? mengapa dia ke arah kiri gambar???
Hehehehe…bila aku slow motion kan video nie (klik sini untuk tengok video). Aku geli hati tengok Ayuz (bukan nama sebenar). Dia nampak besungguh-sungguh untuk menyelamatkan Liza sehingga sanggup bertembung dengan Foong Yan. Tapi, apakah yang mengubah hati dan perasaan dia supaya tidak pergi menyelamatkan Liza yang sedang terbaring di tepi pagar sana. Sehingga kini, aku masih tertanya-tanya :-
1. Kemanakah Ayuz pergi di dalam video ini? adakah dia takut dipanggil lelaki macho bila pergi menyelamatkan Liza? (takut awek kor nampak ker Yuz???huhuhu…)
2. Begitu pantas Syahar berlari. Dia terus berada di hadapan Foong Yan. Bagaimana dia mendapat 'kuasa' sebegitu?
3. Erkk…mana orang lain masa tu??? Apasal 3 orang jek???
Serba salah…
Mar 20th
Serba salah masih menghantui aku…
Antara swasta dan kerajaan. Sejak dari kecil aku makan duit kerajaan. Hinggakan sekarang, aku masih berhutang dengan kerajaan. Sejak dari MRSM aku dah makan duit MARA. Bila aku masuk UPM untuk Diploma, aku mendapat pinjaman Yayasan Negeri Sembilan. Bila aku sambung degree, aku mendapat pinjaman PTPTN. Walaupun aku kena bayar jugak, tapi tu semua duit kerajaan.
Sekarang, aku dapat peluang untuk bekerja dengan kerajaan. Masa interview, aku berharap aku tak dapat. Sebab aku masih belum bersedia untuk kerajaan. Antara soalan yang diorang tanya :-
Awak datang lambat hari nie kan??? sebab awak calon yang terakhir.
"Ha ah. Saya lambat hari nie"
Berapa ramai peduduk Malaysia???
"Errkkk….entah. 15 juta kot."
Sama nama Agung yang lepas???
"Erkkk…Sariffuddin…Syedddd….Ugluppp…."
Awak sanggup di hantar ke mana-mana???
"Tak…."
Apa event terbesar untuk Malaysia pada tahun ini???
"Tahun Melawat Malaysia dan…….errr….mmmm…." (Aku geleng kepala)
Awak tahu buku 'Malaysia Kita'???
"Tahu…"
Balik nanti awak baca buku tu tau.
"Erkkk…ok"
Orang SPA yang interview aku tu siap suruh beli lagik. Siap cakap harga dia sekali. Agak-agaknya, dia pun ada saham kat buku tu kot. Kepada mereka yang nak interview kerajaan. Aku galakkan korang baca buku tu.
Pagi tadi hujan, sedap betul aku 'tertidur'. Hari nie masuk ofis lambat. Aduiii…masih terasa pening kepala aku nie. Kalau tak pergi kerajaan, sah-sah aku kena blacklist selama 3 tahun. Mak uiii!!! silap ari bulan. Tak dapat merasa jugak. At least, nak jugak merasa kerja kerajaan nie. Macammana yek???
Apa pilihan yang aku ada???
Mar 15th
Aku dah daftar Maxis Wireless broadband. Selama 3 minggu dah. Tak dapat-dapat jugak. Serba salah aku nak guna ker tak??? Geram pun ada. Rasa nak maki hamun Maxis pun ada jugak. Tapi, tiap-tiap bulan aku sumbat duit untuk Maxis tu untuk bill phone aku.
BERNAMA hari nie cakap, esok kerajaan nak umumkan sapa yang akan dapat lesen WiMax. Cuma satu jek, aku berharap sangat-sangat dan sangat supaya Maxis tak dapat lesen tu. Kerajaan cakap diorang nak bagi 4 pembekal sahaja. Tapi, diperingkat awal diorang nak lantik 2 jek.
Aku kalau boleh, tak mahu dengan nama Maxis atau Celcom lagik. Aku nak orang lain yang ada dalam dunia broadband nie. Tolong la. Aku sebenarnya dah bosan dengan provider sekarang. Celcom…kenapa aku tak suka? Celcom di bawah Telekom Malaysia. Begitu juga TmNet. Polisi yang diamalkan oleh TmNet sekarang menyakitkan hati. Diorang dah mula memerhatikan connection kita dengan melimitkan sesetengah data kepada kita terutama P2P port.
Maxis??? Ini lagik aku geram. Limit 3GB untuk sebulan. Ini dipanggil `unlimited`??? kepala ho**k diorang la. Tapi, aku terpaksa pakai. Sebab apa aku kena pakai service yang bangang nie??? sebab aku tak ada pilihan. Aku ulang la balik. SEBAB AKU TAK ADA PILIHAN. Bukan aku jek tak ada pilihan, korang tanya la sesapa yang tahu pasal perkembangan internet kat negara kita nie. Semua tak puas hati dengan service yang ada sekarang.
Harapan aku, kalau ada service yang baru ini satu hari negara kita nie akan mendapat service yang murah, affordable, konsisten, dan mesra pelanggan. Inilah jadinya jika negara kita dimonopoli oleh beberapa syarikat. Aduiii
Nota : Aku dah bosan cerita pasal pembekal internet (ISP) kat Malaysia. Diorang semua hampassss!!! (sorry, emo skit)
MSN Live Messenger 8.1
Mar 12th
Aku baru sahaja install Windows Vista ke dalam laptop aku. Pada aku, Windows Vista nie cantik dan banyak fuction yang terlalu 'baru'. Begitu juga dengan Office 2007. Kalau nak godek-godek, pun tak sempat nak abis. Aku menghadapi 2 masalah daripada Windows Vista ini.
Pening jugak nak pakai benda baru nie. Tapi, apasalahnya kita try. GUI Windows Vista dah hampir macam Macintosh. Tapi, tak tahu la yang mana satu lebih menarik sebab aku tak guna Macintosh. Aku menghadapi masalah untuk install MSN Messenger dalam laptop aku nie. Dan, aku tahu…dekat Malaysia nie ada ramai pengguna yang menggunakan laptop Acer. Aku tak tahu apa punca dia, ada yang cakap ia berpunca daripada kamera Orbicam yang ada pada Acer. Aku menggunakan Aspire 5580 dan ada kamera Orbicam.Aku juga menghadapi masalah untuk install Adobe Reader. Tapi, Alhamdulillah…akhirnya aku dapat install jugak.
Aku mengambil masa lebih kurang 6 jam untuk menyelesaikan masalah ini. Dan, sungguh aku tak sangka yang masalah ini hanya berpunca daripada Acer. Bukan Windows Vista. Korang tahu tak, aku dah siap maki hamun Bill Gates lagik. Hahahah…cian kor Bill Gates sebab kena maki hamun ngan aku kerana membuat OS yang makin menyusahkan pengguna.
Ok, kepada mereka yang tak dapat install MSN Messenger, korang pergi link ini. Di sini mereka (Acer) akan memberi tahu kenapa masalah ini terjadi dan korang kena install patch yang disediakan. Pelbagai tentative diagnosis yang diorang bagi, dan aku mencuba semuanya. Tapi tak jadi. Akhirnya, menjadi juga bila aku patchkan installer daripada Acer nie. Ok Selamat mencuba…diharap ia dapat membantu anda. Ops, lagi satu…pastikan korang pakai MSN Live Messenger 8.1, sebab aku guna yang tu. Kalau tak guna…aku pun tak tahu apa akan jadi. huhuhuhu…

