Peristiwa di stable kuda

Tanggal 27 March 2007, aku dengan rasminya telah dilantik sebagai Pegawai Veterinar G41. Mulai sekarang, aku adalah kakitangan kerajaan. "Ingat Bot, jangan makan duit haram…". Abang aku nasihatkan aku sebelum dia pergi ke UK untuk jumpa bini dia di sana selama 3 bulan. "Hahahah…kor pun mat subsidi sekarang yek Bot", itu la kata-kata Anjas kepada aku.

Sekarang, aku berada di Institut Haiwan Kluang (IHK) selama sebulan untuk Latihan Sangkut. Bila berada di sini, segala kenangan aku di sana aku teringat satu persatu. Bukan pengalaman aku dengan awek aku kat sana la. Tapi, bersama ngan kengkawan coursemate. Dulu (March 2004) aku datang IHK nie sebagai seorang pelajar, kini aku datang sebagai seorang pegawai kerajaan. Aku bukak balik koleksi gambar aku yang dulu pada tahun 2004. Seronok, sedih, terharu dan kengkadang aku tersengih sesorang. Seronok jadi student. Aku ingat lagik staff yang penah ajar aku kat sini. Aku anggap mereka sebagai guru aku. Mereka lagik terrer disebabkan pengalaman mereka.

Ok, aku nak recap skit benda yang berlaku pada masa aku praktikal di IHK ini dulu. Peristiwa ini berlaku di satu petang di mana, kami reramai pergi ke stable kuda yang ada di IHK ini untuk berlatih naik kuda. Liza (bukan nama sebenar), sedang menunggang kuda. Tetiba, nasib tidak menyebelahi dia. Dia jatuh dari kuda yang di tunggang.


Kelihatan Liza telah jatuh daripada kuda.


Kelihatan dua orang rakannya sedang berlari untuk menyelamatkan Liza. Kuda telah tiada di dalam gambar ini. Perhatikan lelaki berbaju biru tu, Ayuz (bukan nama sebenar) cuba berlari ke arah sana dengan machonya. Diikuti oleh Foong Yan (bukan nama sebenar) untuk sesama menyelamatkan Liza.


Ayuz berjaya memintas Foong Yan. Ini bermakna, Ayuz akan menjadi orang pertama yang akan menyelamatkan Liza di tempat kejadian. Kelihatan gambar Liza di atas, sedang terbaring berdekatan dengan pagar tu.


Ehhh??? ke mana mamat (Ayuz) berbaju biru nie hendak pergi??? Bukankah dia hendak pergi menyelamatkan Liza tadi??? Kelihatan pula ada sorang mamat di sebelah kanan sedang berlari kepada Liza, iaitu Syahar (bukan nama sebenar).


Perhatikan gaya Syahar berlari ke arah sana. Kangkangan yang besar, menampakkan dia bersungguh-sungguh berlari ke arah Liza di ikuti dengan Fong Yan. Ayuz? mengapa dia ke arah kiri gambar???

Hehehehe…bila aku slow motion kan video nie (klik sini untuk tengok video). Aku geli hati tengok Ayuz (bukan nama sebenar). Dia nampak besungguh-sungguh untuk menyelamatkan Liza sehingga sanggup bertembung dengan Foong Yan. Tapi, apakah yang mengubah hati dan perasaan dia supaya tidak pergi menyelamatkan Liza yang sedang terbaring di tepi pagar sana. Sehingga kini, aku masih tertanya-tanya :-

1. Kemanakah Ayuz pergi di dalam video ini? adakah dia takut dipanggil lelaki macho bila pergi menyelamatkan Liza? (takut awek kor nampak ker Yuz???huhuhu…)

2. Begitu pantas Syahar berlari. Dia terus berada di hadapan Foong Yan. Bagaimana dia mendapat 'kuasa' sebegitu?

3. Erkk…mana orang lain masa tu??? Apasal 3 orang jek???

 

21 thoughts on “Peristiwa di stable kuda

  1. kahkahkahkah….
    wei kangkang ikhlas tu…kahkahkahkah
    kurang-kurang g gak la tolong si liza tu kan…kahkahkahkahkahk

    Reply

  2. BP : kat mana kawan kor dok BP??? kat kluang nie ker???

    Ayuz: Ini bukan konspirasi untuk menjatuhkan kor nie. hahahahah

    Syahar: Hahahahha…ikhlas??? kangkang pun ada ikhlas ker? apa lagi contoh kangkangan ikhlas??? Hahahahahah!!!

    Reply

  3. akakakaaa…kelakar giler time tue..aku jadi kaget melihat liza (nama sebenar) jatuh kuda..hehehe..!!sampai skg aku takut naik kuda..huhuuhuu!! (kengkawan yg lain tgh sibuk tolong dobot shooting filem tu)

    Reply

  4. Huhhhh.. patutlah ko tetiber menghilangkan diri… maka.. terkuburlah janji2 ko kat aku… akan ku tagih janji mu itu bot.. hahaa…

    Anyway… slamat menjalankan tugasan sebagai seorang penjawat awam… keje baik2 bot…

    (Ko ngan negeri Johor takleh dipisahkan ekk?.. slalu sangat dapat ‘rezeki’ kat sana… ahakz..)

    Reply

  5. HAHAHAHAHA! Super Syahar hebat ooooo!!! Bot…bagilah satu ruangan special untuk Ayuz membongar kebenaran disebalik peristiwa tersebut!

    Reply

  6. Oh.. ini kisah lama ni. yang aku ingat lepas kita hantar liza (bukan nama sebenar tu)ke hospital kluang, ko suruh aku ambil curi gambar nurse comel kat situ.

    Reply

  7. Dr Jawe : Hahahah…bukannya aku yang shot gambar nie la Jawe.

    clinician A : Kan lebih menarik jika kor pun memperkenalkan diri kor yang sebenar kepada aku.

    Alangz: Lang, aku bukan dok Johor ler. Aku cuma traning kat sini jek. Ala Lang, kor merajuk ngan aku ker??? Jangan la macam nie. Hehehhe

    Jamri : Thanks.

    Joanne : Aku nak biar Ayuz berterus terang Joanne, di ruangan komen nie pun ok la. Tapi, dia masih malu-malu. Hahahaha…

    rudy bluehikari : Thanks rudy. InsyaAllah.

    Luqman : Hahahha…kor jangan la sebut pasal nurse cute tu. Nanti awek aku tahu, tak ke nyaya aku nanti. Anyway Man, good luck for ur viva.

    Reply

  8. hahahahha
    aku just nak secure kuda tu supaya ia tak melanggar liza or org lain! hahhaha.
    ok kan jawapan camtu?
    nyways, kalo dah ade 3-4 org dok ke liza, xde significance la kalo aku pegi.
    ok harap semua berpuas hati dgn reply aku ni.
    regards!

    Reply

  9. betul….
    aku tak pernah tipu…
    akakkakak
    ni liza ade kat sebelah ni
    die pon kata ok.
    “kenapa die (dobot) amik topic ni?” liza (bukan nama sebenar) tanya aku.
    anis ko dobot!!!
    akakkakakakkakakkakakaka

    Reply

  10. sampai 18 komen untuk posting terhangat nko kali nie bot.

    Masuk den nie dah 19 orang.Aku terima hujah nko ayuz. den tahu nko nak securekan kuda tersebut.

    Reply

  11. time kasih kutak
    cuba2 nasihat adik ko tu!!!
    akakkakakkakakka
    anyways, syok la ko dah jd mat saleh eh? hehehhe

    Reply

  12. Hua hua hua…siap bawak Liza (bukan nama sebenar) sebagai bahan bukti. Ok ok la. Kiterorang percaya la cakap kamu wahai Mat Kuda. Hahaha…kor kan otaikan sekarang. To secure the horse kan????

    hahahaha….aku percaya….

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>