Archive for April, 2007
Amira
Apr 29th
"Veterinarian Dr Syahar Amira Ghani said UWL was expecting two more chicks within the next week or two." The Star, 29 April 2007.
Sejak bila la nama si Syahar nie boleh tukar kepada nama perempuan. Amira…sedap jugak. Hahahahah…..Tu la, aku dah cakap dulu. Nama ayah kor tu buat confius. Nama sebenar dia adalah Syahar Amir A Ghani. 'A' tu stand for what??? Abu? Abdul? Ahmad?. Kan orang surat khabar dah silap, dia ingat 'A' tu sekali ngan Amir tu. Boleh masuk kes saman nie. Hehehhe. Anyway, Amira pun sedap jugak bunyi dia. Jambu skit…
Link dari The Star. Klik sini.
Jangan gelakkan orang tau…
Apr 23rd
Dahulu…
Aku : Hahahahahah…Kesian kor Syahar. Kat Langkawi tu tak ada panggung wayang. Nanti kalau ada cerita lastest, aku citerkan kat kor yek. Huhuhuhu…
Syahar : Erkkkk….yea laaaaa
Kini…
Syahar : Hahahahah…padan muka kor doBot. Kat Terengganu tak ada wayang, kat Langkawi dah ada wayang. Kah kah kah kah…
Aku : Ada…wayang kulit (aku memendam rasa tak puas hati kat Syahar)
Moralnya.
1. Jangan la kita gelakkan orang lain. Nanti kita akan kena gelak balik.
2. Kalau orang gelakkan kita…kita jangan berdiam. Lawan balik. Hahahaha…walaupun wayang kulit.
3. Apasal orang dok ingat, panggung wayang tu tempat maksiat??? Aku paling suka tengok wayang sorang-sorang. Boleh layan 2-3 movie sekali gus. (Erkk…ini nak kire sebagai morale of the story ker???)
Uncle doBot
Apr 15th
Pak Ngah ???
Pak cik doBot ???
Uncle doBot….
Haaa…panggil 'Uncle doBot' yek. Abang aku dapat anak yang pertama hari nie. Aku dapat anak buat yang pertama hari nie. Adik aku dapat anak buah yang pertama hari nie. Mak aku dapat cucu yang pertama hari nie. Bapak aku dapat cucu yang pertama hari nie. Anak buah aku dapat pak cik yang sporting hari nie. Hahahahahha….Tahniah Long dan Acik Mum di atas kelahiran anak yang pertama nie. Anto la gambar yo Long (abang den kek UK sekarang sobab bini dio bersalin kek sano). At least dapat la den nengok muko anak buah den yang pertamo nie. Erkkk…hari rayo nak kono bagi duit rayo RM100 ker? Iskk…bebudak tak elok pogang duit banyak-banyak. Hahahahaha….
Fantastic
Apr 9th
Aku heran, kenapa yek. Kalau dalam F1, perkataan 'fantastic' selalu disebutkan oleh pemandu mereka bila bercakap depan kamera. Mungkin mereka dah terbiasa dengan perkataan tu agaknya. Agaknya, kalau aku jadi pemandu F1, mesti aku akan sebut 'fantastic' kot. Di bawah berikut, adalah contoh ayat yang mereka selalu sebut.
"…fantastic for the team"
"Fernando did a fantastic job!!!"
"Yeah, it’s absolutely fantastic"
"What a fantastic drive"
"You’ve done a fantastic job,doBot" (hehehe…terasa macam pemandu F1 laks)
"I think it is fantastic for the team"
Teringat masa belajar dulu, kalau ada kes kucing/anjing patah ke, luka ke, atau dengan nama lain kena langgar kereta ker, mesti student vet akan sebut kes 'hit by car' atau singkatan dia HBC. Kiter orang tak nampak pun kucing/anjing tu kena langgar dengan kereta. Mungkin kena langgar dengan basikal ker, motorsikal ker dan lelain lagik. Tapi, kiter orang nak jugak sebut,'hit by car'. Alaaa…bukan kiter orang jek, senior-senior kiter orang pun sebut cam tu jugak. Termasuk la junior kiter orang sekarang. Kes apa??? 'hit by car' laa….
Nota: Kita akan biasa menyebut perkataan yang kita biasa sebut. Seperti perkataan, 'fantastic' dan 'hit by car'.

Di podium pun mereka bersama-sama…Fantastic McLaren!!!

Di pit stop pun mereka bersama-sama. Fantastic teamwork McLaren!!!


