Archive for May, 2007
Kalau kau menjadi aku…
May 29th
"Kalau kau menjadi aku, aku yakin kau akan mengerti".
Penutup botol, kulit kuaci, lipas kering menjadi permainan dia. Dia dilahirkan cacat, dan sering menjadi bahan gelak ketawa orang kampung. Biar pun dia tak pernah nak melawan apa yang mereka lakukan kepada dia. Dia paham, dia berada di dunia dia sendiri. Walaupun dipukul sehingga berdarah, dia tidak pernah berdendam. Malah, lawan dia itu yang menjadi kawan dia akhirnya.
Sebenarnya aku baru sahaja selesai membaca sebuah novel yang aku pernah baca masa aku zaman sekolah menengah dulu. Novel itu bertajuk, 'Jibam'. Aku sebenarnya tersentuh dengan novel ini. Sedih mengenangkan nasib Jibam. Dia seorang yang terencat akal. Walaupun dipukul dan dihina, ia masih tetap ceria. Itu lah Jibam. Dia tidak tahu berdendam, tapi tahu untuk meluahkan perasaan. Tuk Ngah Sudin yang dulu menjadi lawannya, akhirnya menjadi kawan karib Jibam. Begitulah pembalasan Tuhan kepada makhlukNya
Disamping itu juga, selain daripada kisah Jibam, novel ini juga menyelitkan stereotaip masyarakat Melayu di kawasan luar bandar. Ada perasan dengki antara satu sama lain, ada perasaan baik hati, ada perasaan syak was sangka dan bersangka baik. Isu tanah, harta, kahwin, lepak kedai kopi sambil berborak, mencari rotan di hutan dan lain-lain lagi. Ini berjaya digambarkan oleh Ujang di dalam novelnya itu.
Dulu, masa aku beli novel ini, ia bukan dalam bentuk hard cover. Kini, Ujang telah mencetaknya semula di dalam bentuk hard cover. Aku sebenarnya memang mencari novel ini kerana, tidak lama lagik. Akan keluar 'Jibam the Movie'. Salah satu cerita melayu yang wajib ditonton oleh kita semua. Percayalah, aku rekemenkan korang untuk membaca novel ini. Tak tebal, aku habiskannya tak sampai satu hari pun. Yang menjadi persoalan aku, siapakah yang akan memegang watak Jibam itu nanti, seorang kanak-kanak berusia 15 tahun yang terencat akal. Orang yang melakonkan watak Jibam, perlu menghayati watak itu supaya filem Jibam dapat menyayat hati penontonnya sama seperti novelnya.
Kepada orang Soromban, temui Jibam di Seremban Centre Point pada 2 Jun ini jam 8 malam. Rujuk sini untuk maklumat lanjut.

P/S: Kita asyik support cerita orang putih yang berasaskan novel seperti Harry Potter, Lord of The Ring, Bourne Supremacy dan lelain lagik. Apasalahnya, kita menyokong cerita melayu yang berasaskan novel. Supportlah industri filem tempatan.
Orang ladang vs Orang makmal
May 28th
Minggu ini merupakan minggu yang terakhir aku berada di Institut Penyelidikan Haiwan, Ipoh setelah sebulan berkursus. Minggu hadapan, aku dikehendaki melapor diri di Pusat Ternakan Haiwan Jelai Gemas.
Semasa aku belajar dulu, aku sering berpraktikal di ladang-ladang ternakan. Selalunya, kami akan menghantar sampel ke pusat diagnostik seperti Institut ini. Dan, sering mendapat keputusan makmal yang lambat. Pada masa tu, 'orang ladang' akan memarahi 'orang makmal' kerana keputusan ujian yang sering lambat keluar dan kadangkalanya, false positive (keadaan di mana result yang keluar menjadi positif di mana ia sebenarnya negatif).
Kini, aku paham. Kenapa 'orang makmal' lambat keluarkan result. Mereka (orang makmal) bukan sahaja membuat ujian diagnostik ke atas sampel daripada ladang kerajaan. Mereka juga membuat ujian daripada ladang-ladang persendirian. Ini dilakukan secara PERCUMA.
Satu hari nanti, aku akan berkerja di ladang. Aku tak boleh salahkan mereka jika result lambat keluar. Kerana, sampel yang mereka dapat bukan sedikit, banyak. Cuma, apa yang aku harapkan…agar jika sampel itu datang dari ladang kerajaan, harap dipercepatkan. Sebab, setiap masa dan saat adalah penting untuk kita membuat diagnosis.
Orang makmal = mereka yang berkerja di makmal dan melakukan ujian diagnostik ke atas sampel yang dihantar untuk pengesahan penyakit.
Orang ladang = mereka yang berkerja di ladang ternakan dan menjaga pengurusan ternakan dari segi kewangan, pengurusan dan kesihatan.
Gaji naik
May 21st
"Perdana menteri mahu pekerja tambah ilmu, kuat jati diri dan tingkat intergriti."
"Perdana menteri mahu kakitangan awam kreatif dan inovatif bagi menghadapi cabaran perkhidmatan"
Begitulah serba sedikit sms yang aku dapat daripada BERNAMA. Perdana Menteri menyuruh kita meningkatkan perkhidmatan dalam semua bidang. Sejurus selepas itu, aku mendapat sms mengenai kenaikkan gaji kakitangan awam. Ramai kakitangan kat sini dok mengira gaji mereka. Aku pada masa tu blur, keluar dari makmal. Gi hisap rokok. Eh, naik gaji ker??? Takut aku naik gaji nie. Takut orang bawahan aku nanti, dok bercerita pasal gaji jek sampai kerja tak jalan. Bila dah naik gaji nanti, takut mereka tak dapat menyahut seruan Pak Lah. Kasihani la orang tua tu, hehehehe.
Aku masih ingat, "Bot, masuk kerajaan nie bukan sebab duit, tapi kor dapat tolong orang. Kor kena tolong orang". "Kerja swasta untuk dapat duit. Kerja kerajaan, untuk tolong orang", pesan bapak aku. Kepada mereka yang kerja swasta (terutama penternak), korang perlu ingat yang kita orang kerja bukan untuk buat duit, tapi untuk membantu korang. Jadi, bantulah kami untuk membantu anda. Heheheh…dalam maksudnya nie. Psttt…bukan rasuah yek.
Terima Kasih TmNet
May 18th
Terima kasih banyak-banyak kepada pembekal terhebat perkhidmatan jalur lebar di Malaysia ini. Mereka telah melangkah 4 langkah lebih laju daripada sebelum ini. Aku merasa berbangga dengan pencapaian syarikat yang menyediakan jalur lebar ini. Terima Kasih TmNet.
Walaupun begitu, aku marasakan korang (TmNet) nie terlalu cekik darah. Untuk pengguna rumah, korang meletakkan RM268 sebulan untuk perkhidmatan baru korang nie. Pakej baru yang dibuat adalah '4.0 Mbps Streamyx package'. Walau selaju mana pun, kalau P2P (peer 2 peer) masih dikawal (throttling) pun tak guna jugak. Harga mahal untuk apa? Surf laju? tak cukup laju ker sekarang nie? Bagi aku, speed 1Mbps sudah cukup laju untuk surfing. Aku ulangi, 'untuk surfing/melayari internet' sahaja. Bukan untuk P2P atau torrent. Apa gunanya kalau line kelajuan sehingga 4Mbps, tapi kalau download torrent tu hanya boleh sampai 2-3kbps. Hoii!!! berapa banyak beza tu???!!!.
Ok la, kepada yang buta IT tu. Meh sini aku terangkan macam mana konsep TmNut nie yang semakin hari semakin GILA dan MONOPOLI nie. Bayangkan korang nak pergi ke KLIA. Perasan tak highway yang kat KLIA tu ada berapa line? ada 4 line kan? Ini bermakna, highway tu lebar kan? Korang tau tak berapa maximum speed kereta korang masa jalan kat situ? 180km/j tu dah kira paling laju la. Tapi, dengan highway yang lebar tu, dengan kereta korang yang canggih dan jalan highway tu yang kosong, KORANG CUMA BOLEH PANDU BAWAH 110km/j sahaja padahal korang leh hentam sampai 180km/j. Disebabkan ada polis yang dok kawal highway tu dan memerhatikan kelajuan kereta korang, korang tak leh bawak lebih daripada 120km/j.
Di dalam situasi di atas, berikut adalah metaphor situasi nie
- Highway KLIA = speed 4Mbps
- Kereta canggih = PC yang hebat
- Polis = TmNut
- Speed bawah 110km/j = speed kalau korang nak download P2P macam torrent tu (throttling).
Ok la, hentikan jek la promosi macam nie. Baik TmNet gunakan duit tu untuk menyediakan perkhidmatan jalur lebar di kawasan luar bandar. Ado jugak kebaikkannya. Ok la, den maleh nak cerita pasal TmNut (den cuma nak bagi tau pasal pakej GILO nie). Dah berlambak entri aku pasal TmNut nie, tapi apakan daya…Aku 'tidak mempunyai pilihan'.
Nota kaki: Aku jarang guna huruf besar dalam penulisan blog aku. Tapi, aku terpaksa langgar peraturan netiquette.
Makmal Bakteria, VRI
May 15th
Disc Diffusion Method…
Mueller Hinton Agar…
Catalase test…
Triple Sugar Iron…
Oxidase test…
Urease medium…
Citrate medium…
Sulphide-indole-motility…
Methyl Red Vages Prokeur…
Apo benda kek ateh tu ek??? Itu adalah perkataan-perkataan yang wajib korang dengar bila masuk makmal bakteria. Itu baru skit, belum lagi semua. Yang sikit nie la memoningkan kepala aku.
Hari nie, tamat sudah rotation aku kat makmal bakteriologi kat VRI nie. Apo benda la pasal diagnostic bacteria nie. Poning kepalo den. Padahal, bondo nie den dah belajar lamo dulu. Sehingga kini, kepalo den poning memikirkannya dan kadang kala, berat mata (mengantuk) bila masuk lab nie. Jadi, kojo den tangkap gambar skit sobab den raso den mungkin tak akan masuk makmal bakteria lagi (melainkan dengan arahan) sebab den dapat kerja bahagian farm (Pusat ternakan haiwan).

Nampak cantikkan tabung uji nie. Macam-macam warna ada. Macam-macam result ada.

Ini adalah blood agar dan McConkey agar. Mana asalnya nama McConkey nie?

Apa yang menariknya mengenai pengasah pensil ini? Ini la penghilang buhsan aku di makmal.

Aku tak pernah tengok radas nie. Apo ntah nama dia, belly dancer. Wah!!! dalam otak aku terbayang perut yang bergoyang-goyang bila menari. Aku tak sempat nak guna benda nie.
Miss Tiffany
May 14th
Waduh…waduh..waduh…
Zaman sekarang nie, susah betul nak mengenali wanita itu adalah tulen atau tidak. Zaman yang penuh dengan cetak rompak, hinggakan jantina manusia pun dah bagaikan cetak rompak. Kalau selisih tepi jalan nie, mau mata lelaki akan memandang tanpa berkelip dan jika kepala itu boleh dipusingkan 360 darjah, sudah pasti mereka (lelaki) akan memusingkan kepala mereka untuk melihat perempuan tak tulen nie.
Kalau ada anjing pengesan macam "Lucky" dan "Flo" yang berupaya mengesan jantina seseorang itu tulen atau tidak, mesti akan kelihatan lebih banyak bapok yang kesakitan kaki kerana digigit oleh anjing ini. Ini kerana, menurut Teh (1998), bilangan maknyah di malaysia adalah berjumlah sekitar 10 000 orang. 70% hingga 80% adalah berketurunan Melayu dan selebihnya adalah berketurunan Cina, India serta lain-lain etnikminoriti. Banyak tu…jangan la Malaysia nie penuh dan maknyah sudah la. Jangan lepas nie, banyak orang khawin sesama jenis dah la. Jangan jadi macam kaum Nabi Lut. Takut den…
Ok la, ini adalah ratu pondan Thailand 2007. Kalau korang selisih tepi jalan, korang pandang ker tak? dah macam perempuan betul kecuali 2nd runner up tu. Kepada Anjas, bila kita nak gi ke Thailand nie??? Hahahahahha….cakap la kat bini kor yang kor ada outstation kek Langkawi. Kita leh ajak Syahar ngan Ayuz sekali. Ehhh??? Ayuz???
Mak oiii…jantan-jantan nie dah macam ratu dunia pulak
Untuk bacaan lanjut
Tanyarasmi ratu pondan Thailand
Wajarkah maknyah diiktiraf???
Teh Yik Koon, Pengajian Pembangunan Sosial, Universiti Utara Malaysia.
Untuk penglihatan lanjut, kalau korang leh baca bahasa Thai, bagus jugak.
10th. Anniversary Miss Tiffany's Universe 2007
Ripley's most Beautiful Wo-man 2007
Aku pun tak tau apo dio tulis nie, tokan jo la.


