1 dah..
2 pun dah…
3 baru lepas…
Lepas nie kena tunggu lagik 2 tahun untuk sequence yang ke 4. Diorang cakap, mungkin tahun 2009 akan ada Spiderman 4. Walaubagaimanapun, aku teruja dengan cerita Spiderman 3 kali ini. Walaupun ada 3 villains (orang jahat), jalan cerita masih menarik. Walaupun ada serba sedikit yang lari daripada komik asal. Ada jugak yang mengatakan Sam Raimi, Tobey Maguire dan Kristen Dunst tidak akan bersama lagik. Dan akan menggantikan Tobey Maguire dengan Jake Gyllenhaal. Waduh…waduh…hero cerita gay nie yang nak jadi Spiderman ker nanti? Tak pe la, layan jek la.
Apa harapan aku pada Spiderman 4.
- Jangan terlalu banyak villain, sebab ia akan lari dari komik asal.
- Watak Lizard dan Scorpion dapat diadakan. Kerana, symbiote yang disimpan oleh Dr. Curt Connors boleh dijadikan cerita lagik yang Venom belum mati.
- Jangan la Spiderman banyak menangis dalam Spiderman 4 nie (dalam Spiderman 3, hero nie banyak menangis). Buruk muka hero menangis. Kalau menangis takat keluar air mata jek kire OK la, tapi bila dah siap ngan memek muka pulak. Lain macam ghoman (muka) dio.
- Banyakkan CGI yang gempak.
- Panjangkan cerita pun tak pe. Lawan dengan LOTR. Sampai 3 jam pun aku sanggup tunggu dalam wayang.
Ok la, kepada kengkawan…aku nasihatkan tengok la cerita Spiderman 3, mesti korang tak akan menyesal. Ok, selamat menonton.
Nota: isk…isk…isk…Kuala Terengganu tak ada panggung wayang. Wayang kulit ada tak???
