Sibuk

Semalam buat pertama kalinya setelah sekian lama aku tak naik bas ekspress, semalam aku bertolak dari Ipoh ke Seremban. Setelah 3 tahun aku tak naik bas ekspress, akhirnya aku naik jugak. Semasa kita sedang memandu, kita tak nampak bintang di langit. Tapi, bila kita duduk di dalam bas atau menjadi penumpang. Kita akan nampak bintang di langit.

Kita terlalu sibuk 'memandu' sehingga kita lupa memandang keindahan alam ciptaan Tuhan. Kita terlalu sibuk 'berkerja' sehingga kita lupa memandang keindahan alam ciptaan Tuhan. Masya-Allah, banyaknya bintang di langit. Cantiik…