Mon 21 May 2007
"Perdana menteri mahu pekerja tambah ilmu, kuat jati diri dan tingkat intergriti."
"Perdana menteri mahu kakitangan awam kreatif dan inovatif bagi menghadapi cabaran perkhidmatan"
Begitulah serba sedikit sms yang aku dapat daripada BERNAMA. Perdana Menteri menyuruh kita meningkatkan perkhidmatan dalam semua bidang. Sejurus selepas itu, aku mendapat sms mengenai kenaikkan gaji kakitangan awam. Ramai kakitangan kat sini dok mengira gaji mereka. Aku pada masa tu blur, keluar dari makmal. Gi hisap rokok. Eh, naik gaji ker??? Takut aku naik gaji nie. Takut orang bawahan aku nanti, dok bercerita pasal gaji jek sampai kerja tak jalan. Bila dah naik gaji nanti, takut mereka tak dapat menyahut seruan Pak Lah. Kasihani la orang tua tu, hehehehe.
Aku masih ingat, "Bot, masuk kerajaan nie bukan sebab duit, tapi kor dapat tolong orang. Kor kena tolong orang". "Kerja swasta untuk dapat duit. Kerja kerajaan, untuk tolong orang", pesan bapak aku. Kepada mereka yang kerja swasta (terutama penternak), korang perlu ingat yang kita orang kerja bukan untuk buat duit, tapi untuk membantu korang. Jadi, bantulah kami untuk membantu anda. Heheheh…dalam maksudnya nie. Psttt…bukan rasuah yek.




May 22nd, 2007 at 1449
Dok tongkat dagu sambil berfikir….
“korang perlu ingat yang kita orang kerja bukan untuk buat duit, tapi untuk membantu korang. Jadi, bantulah kami untuk membantu anda….”
Aku cuba untuk mendalami maksud kata-kata ko tuh bot… mmmm… terlalu luas…
Tapikan.. yang aku boleh nampak… perlaksanaan tidak boleh keluar dari pejabat sewaktu minum pagi dan petang sektor kerajaan di negeri Terengganu haruslah diperluaskan ke negeri2 lagi supaya mutu dan kualiti kerja dapat dipertingkatkan lagi.
Sekian mekasih… =))
[Reply]
May 22nd, 2007 at 2027
hi..
berapakah tangga gaji VO sekarang? G41
campur ngan elaun berapa?
i see your comment pada http://www.kambingboer.blogger.com
aku baru jumpa website. bagus website tu.
terima kasih.
[Reply]
May 23rd, 2007 at 111
Elok disenaraikan org2 gomen yg betul2 keje kerana nak menolong bukan kerana gaji di senarai Hall of Fame supaya usaha mereka tak sia-sia dan dikenang. Maklumkah, rasanya golongan mcm ni golongan yg hampir pupus…..
[Reply]
May 23rd, 2007 at 918
gaji naik bagi org baru nk masuk gomen….
alhamdulillah……..
[Reply]
May 24th, 2007 at 1229
Alangz: Kalau tak boleh keluar minum dari pejabat tak apa Lang. Tapi, bagaimana pula kalau kat dalam pejaba tak ada kedai minum? Aku dok dalam ladang lembu, ada ker kedai dalam ladang lembu?
Azizul: Azizul, kerja gomen nie tak kaya dan tak miskin. Pandai-pandai la kor menilainya.
Sherrina: Engkau lebih arif Sherrina, kerana kor banyak buat kerja dengan Kerajaan. Pengalaman mu amat aku perlu dan hargai. Heheheh…
Yani: Bila kor start kerja kat UPM?
[Reply]
May 24th, 2007 at 1315
Wey.. Bila sampai Serdang ‘call-call’lah aku. Kita minum-minum. Jumpa ’super senior’ kau ni. Ha ha ha.
[Reply]