Gaji naik

"Perdana menteri mahu pekerja tambah ilmu, kuat jati diri dan tingkat intergriti."

"Perdana menteri mahu kakitangan awam kreatif dan inovatif bagi menghadapi cabaran perkhidmatan"

 

Begitulah serba sedikit sms yang aku dapat daripada BERNAMA. Perdana Menteri menyuruh kita meningkatkan perkhidmatan dalam semua bidang. Sejurus selepas itu, aku mendapat sms mengenai kenaikkan gaji kakitangan awam. Ramai kakitangan kat sini dok mengira gaji mereka. Aku pada masa tu blur, keluar dari makmal. Gi hisap rokok. Eh, naik gaji ker??? Takut aku naik gaji nie. Takut orang bawahan aku nanti, dok bercerita pasal gaji jek sampai kerja tak jalan. Bila dah naik gaji nanti, takut mereka tak dapat menyahut seruan Pak Lah. Kasihani la orang tua tu, hehehehe.

Aku masih ingat, "Bot, masuk kerajaan nie bukan sebab duit, tapi kor dapat tolong orang. Kor kena tolong orang". "Kerja swasta untuk dapat duit. Kerja kerajaan, untuk tolong orang", pesan bapak aku. Kepada mereka yang kerja swasta (terutama penternak), korang perlu ingat yang kita orang kerja bukan untuk buat duit, tapi untuk membantu korang. Jadi, bantulah kami untuk membantu anda. Heheheh…dalam maksudnya nie. Psttt…bukan rasuah yek.

7 thoughts on “Gaji naik

  1. Dok tongkat dagu sambil berfikir….

    “korang perlu ingat yang kita orang kerja bukan untuk buat duit, tapi untuk membantu korang. Jadi, bantulah kami untuk membantu anda….”

    Aku cuba untuk mendalami maksud kata-kata ko tuh bot… mmmm… terlalu luas…

    Tapikan.. yang aku boleh nampak… perlaksanaan tidak boleh keluar dari pejabat sewaktu minum pagi dan petang sektor kerajaan di negeri Terengganu haruslah diperluaskan ke negeri2 lagi supaya mutu dan kualiti kerja dapat dipertingkatkan lagi. :D

    Sekian mekasih… =))

    Reply

  2. Elok disenaraikan org2 gomen yg betul2 keje kerana nak menolong bukan kerana gaji di senarai Hall of Fame supaya usaha mereka tak sia-sia dan dikenang. Maklumkah, rasanya golongan mcm ni golongan yg hampir pupus…..

    Reply

  3. Alangz: Kalau tak boleh keluar minum dari pejabat tak apa Lang. Tapi, bagaimana pula kalau kat dalam pejaba tak ada kedai minum? Aku dok dalam ladang lembu, ada ker kedai dalam ladang lembu?

    Azizul:
    Azizul, kerja gomen nie tak kaya dan tak miskin. Pandai-pandai la kor menilainya.

    Sherrina:
    Engkau lebih arif Sherrina, kerana kor banyak buat kerja dengan Kerajaan. Pengalaman mu amat aku perlu dan hargai. Heheheh… :)

    Yani: Bila kor start kerja kat UPM?

    Reply

  4. Pingback: Cari Kerja Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>