Tue 29 May 2007
"Kalau kau menjadi aku, aku yakin kau akan mengerti".
Penutup botol, kulit kuaci, lipas kering menjadi permainan dia. Dia dilahirkan cacat, dan sering menjadi bahan gelak ketawa orang kampung. Biar pun dia tak pernah nak melawan apa yang mereka lakukan kepada dia. Dia paham, dia berada di dunia dia sendiri. Walaupun dipukul sehingga berdarah, dia tidak pernah berdendam. Malah, lawan dia itu yang menjadi kawan dia akhirnya.
Sebenarnya aku baru sahaja selesai membaca sebuah novel yang aku pernah baca masa aku zaman sekolah menengah dulu. Novel itu bertajuk, 'Jibam'. Aku sebenarnya tersentuh dengan novel ini. Sedih mengenangkan nasib Jibam. Dia seorang yang terencat akal. Walaupun dipukul dan dihina, ia masih tetap ceria. Itu lah Jibam. Dia tidak tahu berdendam, tapi tahu untuk meluahkan perasaan. Tuk Ngah Sudin yang dulu menjadi lawannya, akhirnya menjadi kawan karib Jibam. Begitulah pembalasan Tuhan kepada makhlukNya
Disamping itu juga, selain daripada kisah Jibam, novel ini juga menyelitkan stereotaip masyarakat Melayu di kawasan luar bandar. Ada perasan dengki antara satu sama lain, ada perasaan baik hati, ada perasaan syak was sangka dan bersangka baik. Isu tanah, harta, kahwin, lepak kedai kopi sambil berborak, mencari rotan di hutan dan lain-lain lagi. Ini berjaya digambarkan oleh Ujang di dalam novelnya itu.
Dulu, masa aku beli novel ini, ia bukan dalam bentuk hard cover. Kini, Ujang telah mencetaknya semula di dalam bentuk hard cover. Aku sebenarnya memang mencari novel ini kerana, tidak lama lagik. Akan keluar 'Jibam the Movie'. Salah satu cerita melayu yang wajib ditonton oleh kita semua. Percayalah, aku rekemenkan korang untuk membaca novel ini. Tak tebal, aku habiskannya tak sampai satu hari pun. Yang menjadi persoalan aku, siapakah yang akan memegang watak Jibam itu nanti, seorang kanak-kanak berusia 15 tahun yang terencat akal. Orang yang melakonkan watak Jibam, perlu menghayati watak itu supaya filem Jibam dapat menyayat hati penontonnya sama seperti novelnya.
Kepada orang Soromban, temui Jibam di Seremban Centre Point pada 2 Jun ini jam 8 malam. Rujuk sini untuk maklumat lanjut.

P/S: Kita asyik support cerita orang putih yang berasaskan novel seperti Harry Potter, Lord of The Ring, Bourne Supremacy dan lelain lagik. Apasalahnya, kita menyokong cerita melayu yang berasaskan novel. Supportlah industri filem tempatan.




May 30th, 2007 at 951
Alahaiiii… sian Jibam… aku pun baca gak novel nie dulu… punya tinggi daya imiginasi aku takala baca novel nie.. aku membayangkan aku nie jiban… hhuhuu.. terasa hati sungguh… sayu bot.. (aku tak malu ngaku aku menangis masa baca novel tuh…) sedih giless…. Apapun… thanks 4 da info bot….
P/S: Bot.. broken link lah.. http://jibam.cesb.net.my/ - last MY tuh.. ko tertinggal Y….
[Reply]
May 30th, 2007 at 1005
Pertamanya, aku ingin mengucapkan terima kasih kepada Alangz kerana ternampak broken link tu. Tocee tocee…yang keduanya, kor pun nangis ke Langz??? Hahahah…tak malu. Huhuhu, aku takat mata berair jek. Terbayangkan macammana Jibam kena buli.
Erkkk…Lang, kor membanyangkan kor Jibam???Erkkk….kor macam dia ker? (soalan sebab aku tak pernah jumpa kor Langz)
[Reply]
May 30th, 2007 at 1648
Pertamanya jugak.. aku ucapkan sama-sama.. yang salah kita tegur2 kan.. yang betul kita contohi… (hohoho.. ada gaya calom suami mithali tak bot?.. muakakakkaka)…
Yang kedua lak… aku nak malu benda.. memang kenyataannya aku menangis.. mebayangkan nasib insan OKU seperti Jibam tuh.. sian ek dia kena buli…
Yang ketiganya… hahaa.. aku membayangkan ok.. membayangkan.. jauh rupa aku ngan si Jibam tuh… hahaha.. ko bot…. sebab ko tak pernah jumpa akulah ko kena jumpa aku… bila tuh?.. nyet.. nyet.. nyet…
Yang keempat.. pergh.. 1st time aku post 2 komen dalam entry ko nie… aku rasa cam aku nie giler kuasa lak.. dah tuh tulis tak reti-reti nak stop…. hahaa….
[Reply]
May 30th, 2007 at 2255
dobot…ang dok veterina kan..heheh…x sangka ade lagihh blogg nih…bukan jibamm tuh cite lame ker…? rase nye dah bape tahunn ku dah bace buku tuh..n skang asik tgk org promooo jerkkk buku nih…ade keluarann baruu ker..?
[Reply]
May 31st, 2007 at 1947
pernah baca rasanya novel ni… tapi tak ingat bila… lama dah sesangat kot… baca sesikit je sebab tak sanggup nak abiskan baca… lagipun pinjam novel orang masa tu… huhuhu…
[Reply]
June 1st, 2007 at 1319
akum..ai dobot!
mcmane report duty kat jelai gemas,ok tak?
[Reply]
June 4th, 2007 at 1050
aku pernah baca novel jibam masa mula2 dikeluarkan… abang aku yg ke3 minat giler dgn ujang belikan buku tu. aku pun tatau mana dah buku tu tapi ya… jibam memang kesian… dan dia asyik tarik tong kosong…
[Reply]