Thu 10 May 2007
Sedar tak sedar, dah hampir setahun aku dan rakan-rakan aku menghabiskan pengajian di UPM di dalam bidang perubatan veterinar. Minggu nie, junior kami baru habis Viva atau comprehensive exam. Exam ini merupakan yang paling penting di dalam bidang perubatan veterinar kerana di dalam exam ini, kami akan diuji soalan dari tahun 1 hingga tahun 5 yang terbahagi kepada 3 bahagian iaitu, preclinical, paraclinical dan clinical. Alhamdulillah, pada tahun lepas semua budak dalam coursemate aku lulus dan tiada yang kena repeat paper. Abang aku juga menulis satu entri kepada aku kerana aku berjaya mengakhiri zaman belajar aku. Terharu aku membacanya. Terima kasih Long. Klik sini untuk bacanya.
Aku sebenarnya, ingin berterima kasih kepada kengkawan aku kerana tanpa mereka, aku akan menghadapi kesukaran untuk belajar. Apa yang aku amalkan adalah study berkumpulan. Walaupun ada orang cakap study group ini kadang kala menyusahkan, tapi bagi aku ia banyak membantu aku. Kalau aku dok sorang-sorang, sure aku terlelap punya la. Jadi, melalui study group kita akan dapat ilmu yang lebih. Cuma, kita perlu control diri kita supaya study group tidak menjadi kedai kopi pula. Ada kalanya, kita akan berborak-borak masa study group. Tapi, kita kena set target kita.
Alhamdulillah, kengkawan aku memang aku respek-respek belaka. Ini kerana, mereka bukan kedekut ilmu terutama Anjas tu. Dia nie memang suka bercakap, dan akan menerangkan dengan terperinci. Ada kalanya, aku tak paham aku akan bertanya sebanyak 10 kali kepada dia. Dia melayan jugak. Hahahah…sebenarnya aku dah paham. Cuma aku sajek jek nak menyusahkan dia menerangkan kat aku sebanyak 10 kali. Kalau dia tak boleh jawab, dia akan terpinga-pinga dan jika dah jumpa jawapannya dia akan memberitahu 'kami'. Erkkk…sapa kami tu??? Aku, Ayuz ngan Syahar. Kiter orang dalam group nie tak banyak bercakap, cuma banyak mendengar. Tapi, jika diberikan tugasan kami akan mencari bahan yang disuruh. Dengan mendengar, kami tidak perlu untuk membaca dan mengingat lebih banyak.
Bulan 7 nie Anjas akan berangkat ke Queensland. Semoga dia berjaya di sana dan bila di sana nanti, jangan lupa kengkawan kat sini. Ok la, aku nak letak beberapa keping gambar yang aku tangkap masa study sempena ngan exam Viva pada tahun lepas. Selain daripada tu, aku ingin menghargai kawan aku dengan sajak/poem di bawah. Terima kasih kawan…
kata mak,
KAWAN tu ibarat lebah,
habis madu sepah dibuang…….
kata abah,
KAWAN tu umpama bunga ros,
dipandang cantik dipegang sakit…..
kata atuk,
KAWAN tu seperti air
terus mengalir…..
kata nenek,
KAWAN tu bak bulan
dipuja dan disanjung tp nun jauh di sana….
kate sedare,
kawan tu mcm makanan,
kawan makan kawan!!
kata abang,
KAWAN tu seperti lembu
mengikut saje ape dikata……..
kata kakak,
KAWAN tu tak ubah macam durian
bau je busuk tp sedap dimakan….
kata adik,
KAWAN tu macam biskut
sekejap ade sekejap takde…….
kata saya,
kawan tu tak kisahlah camner..
walaupun dia IBARAT LEBAH, UMPAMA BUNGA
ROS, SEPERTI AIR, BAK BULAN,
SEPERTI LEMBU, TAK UBAH MACAM DURIAN &
MACAM BISKUT!!!
dia tetap kawan…
tau tak sebab ape???
sekali saya dah kawan ngan dia
selamanye dia ttp kawan saya…
Klik link ini untuk baca entri aku mengenai VIVA kami (May 2006).

Apa la yang sedang diterangkan oleh Anjas nie? Tak paham den.

Hamka yang sedang menerangkan sesuatu kepada kami. Terima kasih Hamka

Khusyuk dengar sapa cakap tu Yuz??? Jesse ker??? Hahahah…

View dari atas meja.

Bergambar beramai-ramai selepas habis group discussion.

Aku sempat membuat satu wallpaper untuk PC aku."I wish I had Google implant in my brain".
PS: Happy Birthday, Anjas & Shikin.




May 11th, 2007 at 1208
dobot, kalau kau jupe video yg kita wat masa dvm4, siarkanlah… sunuk.. remind kita semua masa student best. Untuk geng2… Happy 1st year bekerja.
[Reply]
May 11th, 2007 at 1523
“Kawan tiada batas sempadan”… ahakzz.. walaupun kita tak pernah jumpa secara fizikal (ko sibuk sangat lah bot…).. ko ngan aku tetap kawan kan…
Aku sayang kawan aku bernama Mohamad Faizul Shahril aka doBot…
Peace bot peace… :-)) ahakzz
[Reply]
May 11th, 2007 at 2314
Yani: Aku mintak maaf sebab tak dapat letak video tu kerana ia akan memberatkan server yang aku sewa nie. Sedangkan, aku masukkan bunyi pun dah kena sound dengan admin server nie.
Alangz: Hahahaha…Ha ah Lang. Kor tetap kawan aku. Macam tak percayakan??? kita tak pernah jumpa, tapi rasa macam dah kawan lama. Hahaha..bukan BZ lang. Cuma tak ada masa sekarang nie. Jangan risau Lang, kita akan bertentang mata satu hari nanti. Hehehhe
[Reply]
May 12th, 2007 at 745
wah singkatnya masa…..
Jika anda ingin merasa masa yang panjang, cubalah sibuk2kan diri
Nescaya banyak perkara boleh dilakukan dalam masa yang singkat
[Reply]
May 12th, 2007 at 1552
wah… lo dah kayak artes aja yah sibuk banget .. mak erot aja yang sibuk… gak kayak gitu heho.. btw lam kenal sekali masuk blog mu asli mak NYOS… BAGUS BANGET
[Reply]
May 12th, 2007 at 1848
MBA: MBA, aku merasakan masa cepat berlalu jika sibuk. Sebab tu, kengkadang rasa macam tak sempat semuanya. Jika masa singkat, mungkin banyak perkara yang boleh dilakukan.
ag_hez: Waduh waduh..ngak bisa aku paham apa kor cakap nie.Yang aku paham, kor cakap “Bagus Banget”. Erkkk…terima kasih..pakkk.
[Reply]
May 13th, 2007 at 2228
Askum bot…sedar tak sedar betul gak cakap ko dah stahun kiter grad. Aku pon nak ucapkan jutaan terima kasih kat ko bot atas sokongan ngan bantuan selama kiter bergelar sahabat.hehehehe..!! aku bersyukur bot pasal niat dan harapan aku diperkenan ilahi iaitu untuk “MASUK SAMA-SAMA…GRAD SAMA-SAMA”..ilmu yang aku kongsi ngan ko tue tak sebanyak ilmu yang terbentang luas didepan mata tue bot..(perghh..dah jd cam hamka lak..akakakaa)..
Anyway..terima kasih atas segala kenangan manis dan pahit ketika kiter bersama dulu bot..aku sayangkan kawan2 aku semua..BACKBENCHERS RULEZZZ…!!!!
[Reply]
May 14th, 2007 at 025
Dr Jawe aka Anjas: Hahahha…ada kenangan pahit ker? apa dia? Sedih lak aku baca komen kor nie. Tak pe Jas, nanti kalau kor dah di perantauan tu. Sesama la kita kongsi ilmu yek?
[Reply]
May 16th, 2007 at 1212
bot, rindu ar plak biler tgk gegambo tuh.
hehe….
[Reply]
May 17th, 2007 at 1659
thx for the besday wish bot…huhuhuhuhu indu kat bebudak dvm2001-2006……
[Reply]