Mon 28 May 2007
Minggu ini merupakan minggu yang terakhir aku berada di Institut Penyelidikan Haiwan, Ipoh setelah sebulan berkursus. Minggu hadapan, aku dikehendaki melapor diri di Pusat Ternakan Haiwan Jelai Gemas.
Semasa aku belajar dulu, aku sering berpraktikal di ladang-ladang ternakan. Selalunya, kami akan menghantar sampel ke pusat diagnostik seperti Institut ini. Dan, sering mendapat keputusan makmal yang lambat. Pada masa tu, 'orang ladang' akan memarahi 'orang makmal' kerana keputusan ujian yang sering lambat keluar dan kadangkalanya, false positive (keadaan di mana result yang keluar menjadi positif di mana ia sebenarnya negatif).
Kini, aku paham. Kenapa 'orang makmal' lambat keluarkan result. Mereka (orang makmal) bukan sahaja membuat ujian diagnostik ke atas sampel daripada ladang kerajaan. Mereka juga membuat ujian daripada ladang-ladang persendirian. Ini dilakukan secara PERCUMA.
Satu hari nanti, aku akan berkerja di ladang. Aku tak boleh salahkan mereka jika result lambat keluar. Kerana, sampel yang mereka dapat bukan sedikit, banyak. Cuma, apa yang aku harapkan…agar jika sampel itu datang dari ladang kerajaan, harap dipercepatkan. Sebab, setiap masa dan saat adalah penting untuk kita membuat diagnosis.
Orang makmal = mereka yang berkerja di makmal dan melakukan ujian diagnostik ke atas sampel yang dihantar untuk pengesahan penyakit.
Orang ladang = mereka yang berkerja di ladang ternakan dan menjaga pengurusan ternakan dari segi kewangan, pengurusan dan kesihatan.




May 28th, 2007 at 1714
laa..hang kat ipoh ker…hampeh tak bagitau aku :p. aku baru lepas balik dr ipoh. yer yer..aku pernah tutup blog. aposal?
d80 ek? ok jer. utk org2 mcm kita ni. aku pun mungkin beli d80 jer. itu je yg mampu. kot ada duit lebih, tak tahu nak bazir ke mana bolehla beli d200. alang2 baik beli d2xs. hehehe.
[Reply]
May 29th, 2007 at 1222
Aku dulu ‘Orang Studio’. Muak main dengan pelan. Ha ha ha.
[Reply]
May 29th, 2007 at 1517
gila la org ladang hahahhahaha
[Reply]
May 29th, 2007 at 2149
Eh, you are at Ipoh ke? I pun kat Ipoh, dah 3 minggu, nak tambah 2 minggu lagi. Kat Perak Turf Club. Sebelah VRI je. Kalau senang, jom kita keluar la.
[Reply]
May 30th, 2007 at 1156
alamak joanne forgot to tell u our trephine isn’t working properly la…
ke dah bagitau? kalo dah just abaikan this msg..
chowsss
[Reply]
June 1st, 2007 at 2145
Assalamualaikum warahmatullah,
Sbb tu kerajaan hantar nko training dulu bot, supaya nko akan lebih menghargai mereka-mereka yang ada di lab tu. Terutamanya jika nko antar sampel kek depa nanti.
[Reply]
June 11th, 2007 at 1041
Hai dobot..yer jet pun ade dengar pasal citer jibam nak kuar panggung..tapi tentu lebih menarik kalau yasmin yg menjadi director nya..jet yakin dia dapat mengoleh cerita jibam tuu dgn menarik sekali..apa pun tunggu je kemunculan filem tu kan…
[Reply]