Subject

"To do good, you must know your subject well"

Satu ayat yang sama, daripada orang yang berbeza.

Suatu hari, aku bertanya kepada bapak aku. Macamana kita nak handle orang bawah kita???. "Kau perlu menjadi diri mereka dan paham diri mereka jika ingin mengawal mereka", jawab bapak aku ringkas.

Suatu hari, aku SMS orang lama Jabatan Perkhidmatan Haiwan. "Doc, macam mana Doc tahu saya tengah mengelamun tadi masa Doc bagi ceramah?". "In order to be a good officer you must know your subject matter well". Dia balas ringkas sms aku. Aku termenung. Macam pernah dengar jek ayat cam tu. Baru aku ingat, bapak aku yang cakap dulu.

Apa yang aku paham, jika kita ingin membuat sesuatu kita hendaklah tahu apa yang kita nak buat dan benda yang akan kita lakukan. Tak kira la ia melibatkan diri kita atau orang lain. Sebagai contoh, seorang yang bercita-cita ingin menjadi mekanik. Dia akan belajar bersungguh-sungguh cara untuk membaiki kereta (kereta adalah subject dia). Masa belajar dulu, pensyarah aku banyak mengajar ilmu-ilmu veterinar. Mereka kurang mengajar ilmu yang tak boleh diajar nie. Mungkin sebab mereka sibuk kejar syllabus kot. Hehehehe…ini semua dapat kita belajar melalui pengalaman. Betul la orang cakap, pengalaman merupakan guru yang terbaik. Amat rugi jika mereka tidak belajar daripada pengalaman atau kegagalan mereka.

Apabila kita gagal, kita bukan gagal sebenarnya. Apa yang terjadi adalah kerana kita gagal merancang.

2 thoughts on “Subject

  1. 1) Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.

    2) Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi. Ingatlah bahawa anda boleh gagal dalam apa sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yang gagal.

    Reply

  2. Manusia yang gagal adalah manusia yang sering gagal dalam perlawanan loosing eleven..manusia yang berjaya adalah manusia yang mampu menahan nafsu daripada merokok..errkkk…aku bukan tuju kat ko bot..tapi kalu ko terasa..ya ampuunnnn..!!!akakakakkaa..!!!hidup dobot..!! hidup back benchers!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>