Terima Kasih TmNet

Terima kasih banyak-banyak kepada pembekal terhebat perkhidmatan jalur lebar di Malaysia ini. Mereka telah melangkah 4 langkah lebih laju daripada sebelum ini. Aku merasa berbangga dengan pencapaian syarikat yang menyediakan jalur lebar ini. Terima Kasih TmNet.

Walaupun begitu, aku marasakan korang (TmNet) nie terlalu cekik darah. Untuk pengguna rumah, korang meletakkan RM268 sebulan untuk perkhidmatan baru korang nie. Pakej baru yang dibuat adalah '4.0 Mbps Streamyx package'. Walau selaju mana pun, kalau P2P (peer 2 peer) masih dikawal (throttling) pun tak guna jugak. Harga mahal untuk apa? Surf laju? tak cukup laju ker sekarang nie? Bagi aku, speed 1Mbps sudah cukup laju untuk surfing. Aku ulangi, 'untuk surfing/melayari internet' sahaja. Bukan untuk P2P atau torrent. Apa gunanya kalau line kelajuan sehingga 4Mbps, tapi kalau download torrent tu hanya boleh sampai 2-3kbps. Hoii!!! berapa banyak beza tu???!!!.

Ok la, kepada yang buta IT tu. Meh sini aku terangkan macam mana konsep TmNut nie yang semakin hari semakin GILA dan MONOPOLI nie. Bayangkan korang nak pergi ke KLIA. Perasan tak highway yang kat KLIA tu ada berapa line? ada 4 line kan? Ini bermakna, highway tu lebar kan? Korang tau tak berapa maximum speed kereta korang masa jalan kat situ? 180km/j tu dah kira paling laju la. Tapi, dengan highway yang lebar tu, dengan kereta korang yang canggih dan jalan highway tu yang kosong, KORANG CUMA BOLEH PANDU BAWAH 110km/j sahaja padahal korang leh hentam sampai 180km/j. Disebabkan ada polis yang dok kawal highway tu dan memerhatikan kelajuan kereta korang, korang tak leh bawak lebih daripada 120km/j.

Di dalam situasi di atas, berikut adalah metaphor situasi nie

  • Highway KLIA = speed 4Mbps
  • Kereta canggih = PC yang hebat
  • Polis = TmNut
  • Speed bawah 110km/j = speed kalau korang nak download P2P macam torrent tu (throttling).

Ok la, hentikan jek la promosi macam nie. Baik TmNet gunakan duit tu untuk menyediakan perkhidmatan jalur lebar di kawasan luar bandar. Ado jugak kebaikkannya. Ok la, den maleh nak cerita pasal TmNut (den cuma nak bagi tau pasal pakej GILO nie). Dah berlambak entri aku pasal TmNut nie, tapi apakan daya…Aku 'tidak mempunyai pilihan'.

Nota kaki: Aku jarang guna huruf besar dalam penulisan blog aku. Tapi, aku terpaksa langgar peraturan netiquette.

5 thoughts on “Terima Kasih TmNet

  1. Fuyoooo dahsyat lah tmnut, 4 MBPS.
    Betol cakap nko tu bot, baik improvekan kelajuan internet kek kawasan-kawasan kampung. Itu lebih penting. Lebih mengITkan masyarakat desa.Kadang-kadang orang Malaysia nie tak reti nak pilih keutamaan. Depa kena belajar Fiqh Awaliyat lah den ghaso. Ini tidak buek package 4 mbps lopeh tu kena kan charge melampau-lampau.

    Reply

  2. Along : Apo bondo Fiqh Awaliyat??? den pun poning.

    Ayuz: Jangan la ini macam Yuz. Sorry Yuz, aku tak berniat nak cakap uncle kor. Hehehhe. Nanti aku kena ISA ngan pak cik kor nanti.

    Reply

  3. Bro , aku memang suka la dengan cadangan ko.Menghabiskan beras je buat promosi 4Mbps.Baik pergi tingkatkan kualiti kat area2 luar bandar. Rumah member aku pakai sampai 6 bijik computer.pakai 1Mbps..ok je..laju je.

    Reply

  4. aku rela pay slightly more untuk p2p. kenapa diorang tak terpk camtuh ek? untuk pakej yg takleh p2p buat laa murah..pehtu “cekik” sampai 0kb/s untuk p2p. pehtu kasik pakej mahal skets untuk org2 gila p2p. takbleh ke? bangang aa. kalo aku banyak duit aku dah bukak company sendiriks..sediakan perkhidmatan camtuh

    p/s: aku neh banyak idea2 bagus rupanya, hahahha

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>