Tiga baru lepas

1 dah..
2 pun dah…
3 baru lepas…

Lepas nie kena tunggu lagik 2 tahun untuk sequence yang ke 4. Diorang cakap, mungkin tahun 2009 akan ada Spiderman 4. Walaubagaimanapun, aku teruja dengan cerita Spiderman 3 kali ini. Walaupun ada 3 villains (orang jahat), jalan cerita masih menarik. Walaupun ada serba sedikit yang lari daripada komik asal. Ada jugak yang mengatakan Sam Raimi, Tobey Maguire dan Kristen Dunst tidak akan bersama lagik. Dan akan menggantikan Tobey Maguire dengan Jake Gyllenhaal. Waduh…waduh…hero cerita gay nie yang nak jadi Spiderman ker nanti? Tak pe la, layan jek la.

Apa harapan aku pada Spiderman 4.

  1. Jangan terlalu banyak villain, sebab ia akan lari dari komik asal.
  2. Watak Lizard dan Scorpion dapat diadakan. Kerana, symbiote yang disimpan oleh Dr. Curt Connors boleh dijadikan cerita lagik yang Venom belum mati.
  3. Jangan la Spiderman banyak menangis dalam Spiderman 4 nie (dalam Spiderman 3, hero nie banyak menangis). Buruk muka hero menangis. Kalau menangis takat keluar air mata jek kire OK la, tapi bila dah siap ngan memek muka pulak. Lain macam ghoman (muka) dio.
  4. Banyakkan CGI yang gempak.
  5. Panjangkan cerita pun tak pe. Lawan dengan LOTR. Sampai 3 jam pun aku sanggup tunggu dalam wayang.

Ok la, kepada kengkawan…aku nasihatkan tengok la cerita Spiderman 3, mesti korang tak akan menyesal. Ok, selamat menonton.

Nota: isk…isk…isk…Kuala Terengganu tak ada panggung wayang. Wayang kulit ada tak???

3 thoughts on “Tiga baru lepas

  1. bot, aku dah tgk dah… semalam… 2 hari wayang penuh …. tgk kat depan….jadi la…janji dapat tgk…ekh lupa plak nak bagi tau…aku tgk kat Langkawi Parade…kahkahkah Chalok Parade ader ker? kahkahkahkahakhk
    selamat berkhidmat bot….kahkahkahakh

    Reply

  2. Hahahah…jangan katakan Chalok Parade, Terengganu Parade pun tak ada.

    Tak pe la Syahar, at least aku tak stay satu tempat. Kor berapa lama lagik nak kerja UWL??? Hahahah…masuk la kerajaan. Kerja kerajaan nie lagik banyak pengalaman. Hinggakan, jaga akaun kira-kira pun kor. Meh la…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>