"Sebelum kita kena 'tembak', lebih baik kita pergi menembak" — colleague aku cakap.
Aku menerima jemputan Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin untuk memasuki pertandingan menembak yang diadakan sempena 200 tahun Ulangtahun Polis Malaysia. Dalam seumur hidup aku, aku tak pernah menggunakan pistol untuk menembak. Hanya beberapa kali jek menggunakan M16 masa zaman kadet sekolah dulu.
14 peluru daripada 20 peluru yang aku tembak kena pada sasaran. Hahahah…ingatkan senang jek menembak guna pistol nie. Rupanya, payah jugak. Selama ini aku belatih dengan bermain game Counterstrike, dan aku tak berjaya mengaplikasikannya ke dalam kegunaan sebenar.
Cuma satu jek yang aku rasa aku dapat aplikasikan apa yang aku main dalam game ke dalam kegunaan pistol sebenar. Tarik nafas… dan tahan nafas. Memang dalam game pun ada function tarik dan tahan nafas. Ini perlu dipraktikkan bagi mendapat sasaran yang tepat. Cuma, aku kagum…macammana cowboy boleh tembak dengan tepat (hanya menggunakan satu peluru) tanpa perlu menenang??? Logik ker? macam tak logik jek kan???
Menenang = mata kita selari dengan laras pistol terus ke sasaran. Dengan kata nama yang selalu orang sebut, me'narget'.
