ZZzzzz….

Siapa kata orang kerajaan tak sibuk??? silap tu. Sampai blog aku nie dah bersawang jadinya. Lama betul aku tak update blog. Mungkin sebab aku terlalu penat bila balik kerja. Aku selalu surfing internet atas katil, secara tak langsung aku akan terus terlelap sambil laptop dan lampu bilik aku masih terbukak. Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz……eh, terlelap pulak. (aku sedang menaip sambil meniarap)

Jika korang selama ini mengatakan orang goverment nie kerja rilek. Hentikan jek la. Aku memula dulu pun cakap macam tu, bila kena kat aku. Tak memang tangan aku dibuatnya. Baru aku tahu, kerja Jabatan Haiwan nie tak rilek. Dengan bossnya, lembunya, dan pekerjanya. Semua nak kena jaga. Lelama, awek aku sendiri dah tak terjaga. Sehinggakan satu hari tu aku terlupa nak call dia. Bukan terlupa sebenarnya, aku tertido awal. Esoknya aku kena bambu la. Aduiii….

Minggu nie aku rasa aku nak rilek, dah 2 minggu aku kena kerja pada hari Sabtu. 2 minggu lepas aku terlibat dengan Karnival Haiwan di MARDI. Minggu lepas melayan kerenah Polis kat Tampin. Aku rasa minggu nie aku nak melayan kerenah awek aku. Lama dah tak jumpa, dah lebih sebulan nie. Karang, alasan kurang kasih sayang pulak. Heheheh…ptuih…