Surat daripada TmNut

Kepada Tuan/Puan,

Terima kasih kerana mengirim e-mel kepada pihak kami. Kami memohon maaf di atas kelewatan membalas e-mel ini.

Merujuk kepada masalah anda dalam memuat turun fail-fail melalui aktiviti P2P, kami ingin memaklumkan bahawa kami tidak menyekat secara langsung sebarang aktiviti yang melibatkan aplikasi P2P. Kepadatan trafik yang terhasil daripada terlalu banyaknya aplikasi kepada aktiviti P2P ini sebenarnya telah menyebabkan kesesakan talian di mana 20% pengguna sebenarnya menggunakan 80% daripada jumlah keseluruhan 'bandwidth' pengguna yang lain.

Memandangkan jumlah pengguna jalur lebar adalah semakin meningkat, lebih ramai pengguna dijangkakan akan menggunakan perisian P2P seperti Kazaa dan juga Bit Torrent untuk membuat transaksi fail/data secara 'online'.

Pada kebiasaannya, perisian/aktiviti ini akan dibiarkan berjalan sepanjang hari bagi tujuan muat turun data/fail dan berikutan dengan itu, lebih banyak 'bandwidth diperlukan berbanding dengan pengguna yang hanya menggunakan internet bagi tujuan 'surfing' mahupun 'chatting'. Negara-negara maju sekalipun yang mana mempunyai kadar penembusan jalur lebar yang tinggi akan menghadapi masalah yang sama disebabkan pengguna jalur lebar mempunyai keupayaan untuk mengeksploitasi 'bandwidth'.

Adalah dimaklumkan bahawa kami bukan tidak memihak kepada pengguna-pengguna yang menggunakan P2P tetapi ia merupakan suatu situasi yang tidak adil bagi kepentingan pihak minoriti memandangkan kami tidak dapat menaiktaraf infrastuktur bagi tujuan tersebut. Disebabkan itu, kami telah mengambil jalan untuk menghadkan penguasaan terhadap aplikasi berkenaan. Objektif utama pengawalan penguasaan pada sesetengah 'link' adalah untuk mengurangkan kapasiti kepadatan dan pada masa yang sama membolehkan menstabilkan kualiti perkhidmatan untuk semua pengguna.

Pengawalan ini dilihat seperti suatu keperluan memandangkan sifat P2P yang mana menggunakan setiap bandwidth yang ada dan sekiranya dibiarkan tanpa kawalan, ianya akan menyesakkan talian dengan lebih teruk dan akan menyebabkan gangguan pada aplikasi/talian yang lain pula. Malangnya, mekanisma pengawalan ini tidak boleh membezakan jenis talian/aplikasi dan ianya akan mengawal segala-galanya termasuk aktiviti e-mel, ftp, 'web browsing' mahupun 'video streaming'.

TM Net telah membuang penyekatan terhadap aktiviti menaik turun bagi semua link, tetapi kami masih mengekalkan pengawalan untuk aktiviti memuat turun. Pengawalan ini akan dibuang sejurus selepas kami dapat menambah kapasiti 'bandwidth' untuk talian antarabangsa yang dijangkakan sedia beroperasi pada tahun ini.

Kami berharap penjelasan yang diberikan dapat menghuraikan segala pertanyaan anda. Bagi pihak TM Net, kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang timbul. Kami akan sentiasa memperbaiki mutu perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan kami.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau maklum balas, sila layari laman web www.tm.net.my dan klik "Need Help? Contact our Customer Service".   
 
Kami berharap agar sentiasa dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik.
 

Yang benar,
Muhammad Jamil
Customer Care Support, Internet Services,
Customer Service Management,
TM Retail.

www.tm.net.my

(ICOMS#5147727-327617)

5 thoughts on “Surat daripada TmNut

  1. rajin ko email diorang dobot, ehehehhehe. eh, aku nak tanya, kalo kita list nak download banyak2 menda serentak kat utorrent, bleh mengslowkan dia ke ek? aku terlambat perasan ari tuh, america’s next top model dah start, so aku download aa sumer dari epi 1-epi10. pehtu terusss slow mlow jer dia download. tak abes2. slalu kat gemas top speed dl torrent untuk stimmix 512 aku tuh, dalam 55-60kbps. laju tak? ahhahahahhaha. tapi lepas aku paksa dl banyak2 terus speed dia top2 pun around 20++kbps ajer :( ker sebab tak banyak seeder/peer orang malaysia? hmmmm

    Reply

  2. Muna: Pertama, ini bukan email tmnet kepada aku. Heheheh…aku amek kat forum mana ntah. Kedua, jika line umah kor tak kena throttle, kor akan dpat speed laju. 55-60kbps tu dah kire laju la. Aku dapat 0kbps. Kalau ikut pemikiran yang waras, memang line kor akan slow bila kor donload byk2. Cuba bayangkan satu getah air. Jika getah air itu ada byk bocor, mesti tekanan air yang keluar adalah rendah. Jika satu jek yang bocor, speed (tekanan) pun laju la. Erkkk…apa bocor-bocor nie??? aku relpy komen kor nie masa mengantuk.

    Long: kor patut bersyukur Long sebab line dah kena throttle supaya aku tak leh sedut byk-byk. Tapi, kor masih tak sedar kebaikan torrent nie. heheheh…

    Reply

  3. tapi kannnnnnnnnnnnnn, dolu2 aku pernah donlot banyak2 tuh, slamber speed tetap reach 55kbps. ada kena mengena ngan stimmiz throttle2 neh ke ek? arghhhhh, menchisss aaa. like i said b4, aku rela bayo mahal skets (sket jer laa tapinya, hahaha), supaya aku bleh menorrent (lain macam jer bunyiknya, hahahha) dengan gembira dan laju, huhu

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>