Hukum pegang babi

Semalam, aku memasuki forum CARI dan aku juga ada mendapat email yang mempersoalkan vet memegang haiwan bernajis berat nie. Aku nak tulis kat dalam forum tu, dan aku nak tulis jugak penjelasan di dalam blog aku. Tapi, apakan daya. Aku insan biasa yang lemah. Lemah…aku ulangi, aku insan lemah sebab sambil menaip aku dok meniarap atas katil sehingga mata aku layu dan tertido. Jadi, mood untuk menaip itu terus hilang bila badan dah penat semacam jek.

Untuk pengetahuan, penulis email yang memberi penjelasan ini adalah coursemate aku dulu dan aku tertarik dengan penjelasan dia yang panjang lebar dan jelas ini. Ini kerana, tak ramai orang yang memasuki course veterinar ini dan mereka tidak tahu bagaimana kami 'berkerja'. Terima kasih Hamka kerana menulis email ini sebab tak perlu insan yang lemah nie menaip panjang-panjang untuk penjelasan umum. Heheheh…siap disemak lagik oleh Prof Rasedee. Hamka, aku memang aware pasal email-email nie sejak kebelakangan nie. Tapi, aku masih tak sempat untuk memberi penjelasan. Alhamdulillah, kor telah memberi satu penjelasan yang aku kira bernas dan bagus berdasarkan perbincangan kor dengan ustaz-ustaz. Jadi, aku ingin meminta kebenaran kor untuk meletak dalam blog aku nie. Kalau kor tak benarkan, aku akan delete post nie. Hehehhe….(tiada charge dikenakan untuk tujuan ini.)..hehehehe….

Ini adalah gambar-gambar yang telah 'merebak' di dalam internet.


Email pertama
Tak tau ler aper agenda mereka nie..betul ke islam atau sajer mempermainkan islam..kekadang depa nie bukan islam tp pakai tudung tangkap gambar cam gitu semata2 nak main2..tp kalau betul depa islam.. kesian ek…

Ulasan doBot :- aduiii…aku confius dengan sesetengah orang yang suka menabur fitnah seperti ini. Adakah mereka dah tak ada kerja-kerja kat pejabat tu??? Kalau tak ada kerja, masuk kerja goverment. Berlambak kerja nak buat nie. Huhuhuhu…


Email kedua
Saya dapat email ini dari egroup `orang awam'. Bukan dari egroup doktor haiwan. Justeru cerita sebenar berkenaan gambar2 ini saya tak tahu..

Bagi orang Islam awam ianya menjijikkan dan seolah-olah menghina agama, tetapi bagi doktor haiwan saya belum pasti kerana dalam proses menjadi doktor haiwan mungkin ada banyak cabaran yang perlu dilalui.

Kalau sahabat-sahabiah semua ada hubungan dengan doktor haiwan, cuba tanyakan pada mereka adakah ini proses `disensitization' yang perlu mereka jalani sebelum menamatkan pengajian dalam jurusan Veterinar atau sebaliknya satu usaha menghina pegangan agama..

Kalau saya dapat maklumat yang betul mungkin saya dapat membantu egroup umum yang menyebarkan gambar ini…

Ulasan doBot :- Penghantar email nie bagus, dia mewakili diri dia yang mengatakan dia jijik terhadap makhluk Allah nie. Tapi, pada masa yang sama, dia ingin penjelasan yang lebih mengenai karier vet nie.


Email Saudara Hamka.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Kepada yang berkenaan,

Semoga sentiasa dalam lingkungan rahmat dan kasih sayang Allah swt. Saya merasa terpanggil untuk memberikan sedikit maklumbalas berkenaan beberapa gambar yang diedarkan menerusi internet yang menunjukkan seorang siswi Fakulti Perubatan Veterinar UPM yang bergambar berdekatan serta memegang/menyentuh anjing dan babi.

Email ini saya tulis secara panjang lebar dengan harapan huraiannya dapat difahami dengan jelas dan tidak disalah tafsirkan. TETAPI buat mereka yang tidak mempunyai masa yang banyak untuk membaca cukuplah saya katakan TIADA APA-APA MASALAH PADA GAMBAR TERSEBUT!. IA TIDAK MENGHINA ISLAM SEBALIKNYA MENERANGKAN BAHAWA UMAT ISLAM BOLEH MENYENTUH ANJING DAN BABI. ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH UNTUK MENGURUSKAN KESELESAAN HIDUP HAIWAN INI DENGAN MEMASTIKAN KEBEBASAN DAN KESIHATANNYA TERJAGA.

Tiada nas yang mengatakan menyentuh anjing dan babi itu haram. Yang haram ialah memakannya. Kita perlu jelas pandangan Islam terhadap 2 makhluk ini. Kedua-duanya adalah ciptaan Allah, dan Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia, sebaliknya setiap sesuatu itu ada hikmahnya. Adakah Allah menciptakan anjing dan babi ini untuk dipandang hina oleh umatnya?

Sebelum meneruskan perbincangan, izinkan saya memberi sedikit pengenalan diri, saya merupakan salah seorang graduan Doktor Perubatan Veterinar tahun 2006. Kini menyambung pelajaran dalam bidang master fisiologi di Fakulti Perubatan Veterinar UPM semester pertama. Sebelum ini, bersekolah di Sek. Men. Keb. Agama Kuala Selangor. Saya bukanlah orang yang paling sesuai untuk memberi penjelasan kerana yang terbaik adalah mereka yang mendalami ilmu agama agar dapat menjelaskan dengan menyatakan nas-nas serta tafsiran yang tepat serta mendalam. Walaubagaimanapun saya akan cuba menjelaskan dengan pengetahuan agama sedikit yang saya ada dan hasil daripada perbincangan secara peribadi dengan ustaz-ustaz serta seminar yang pernah kami adakan di fakulti sendiri berkenaan dengan isu ini.

Pertamanya, sebagai seorang doktor veterinar (doktor haiwan) sememangnya kami mungkin akan berhadapan dengan situasi merawat anjing atau babi. Bagi doktor veterinar atau ringkasnya vet, yang bekerja di klinik-klinik haiwan kebanyakannya akan merawat anjing dan juga kucing. Walaubagaimanapun terdapat sesetengahnya yang menghadkan rawatan kepada kucing sahaja. Berkenaan dengan babi, kebiasaannya tiada vet muslim yang akan bekerja di ladang ternakan babi. Walaubagaimanapun, bagi vet yang bekerja di jabatan perkhidmatan haiwan, adakalanya mereka akan ke ladang ternakan babi untuk membuat pemeriksaan bagi memastikan ladang tersebut mengamalkan amalan pengurusan ladang yang baik supaya bebas daripada penyakit-penyakit berbahaya seperti penyakit Nipah yang merebak pada tahun 1999 yang turut membahayakan nyawa manusia. Terdapat juga vet yang bekerja di makmal yang memproses sampel-sampel yang datang daripada babi atau anjing seperti darah, najis, organ-organ dan sebagainya

Justeru, dalam kurikulum Doktor Perubatan Veterinar, pelajar akan terlibat mengendalikan anjing dan babi. Bermula dengan organ-organ haiwan tersebut dalam amali bagi subjek anatomi dan fisiologi sehinggalah kepada mengendali, merawat dan membuat post mortem terhadap haiwan tersebut secara seluruhnya apabila memasuki tahun para-klinikal dan klinikal. Secara umumnya saya bersetuju dengan perkataan “desensitization” yang digunakan oleh salah seorang yang menghantar email tersebut kepada saya. Sebagai vet, proses ini perlu kerana kami tidak sepatutnya jijik untuk merawat pesakit kami kerana itu merupakan tanggungjawab kami yang juga terkandung dalam ikrar yang dilafazkan oleh setiap vet ketika bergraduan.

Apabila memasuki tahun ke 4, pelajar vet akan mengikuti subjek pengenalan terhadap klinik. Dan subjek klinik pada tahun ke 5. dalam kedua-dua subjek ini pelajar akan dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan yang kecil dan kumpulan – kumpulan ini akan bergilir membuat praktikal dalam amalan-amalan yang telah ditetapkan. Pelajar-pelajar ini akan membuat praktis selama seminggu dalam setiap amalan. Amalan-amalan ini termasuklah amalan haiwan kesayangan yang melibatkan rawatan terhadap anjing dan amalan ternakan babi yang memerlukan pelajar ke ladang ternakan babi untuk membuat pemerhatian, diagnosis penyakit serta rawatan. Daripada apa yang saya lihat, gambar-gambar yang diedarkan menerusi internet itu adalah gambar yang diambil oleh pelajar ketika praktikal sama ada dalam subjek pengenalan klinik atau subjek klinik ini. Pada pandangan saya, pelajar itu berkongsi gambar – gambar tersebut secara umum dalam internet bukanlah bertujuan menghina agama atau sebagainya, sebaliknya sekadar berkongsi suatu pengalaman yang mungkin tidak dilalui oleh orang ramai.

Berkenaan dengan isu menyentuh, memegang, merawat anjing dan babi yang dikategorikan sebagai najis “mughollazoh” iaitu najis berat dalam feqah, ianya bukanlah haram seperti mana yang dikatakan oleh sesetengah masyarakat melayu. Ramai yang bertanya kepada saya bagaimana saya sebagai seorang muslim boleh menyentuh anjing dan babi yang haram disentuh?. Berdasarkan pelajaran feqah yang saya pelajari sejak sekolah rendah agama hinggalah sekolah menengah, menyentuh najis “mughollazaoh” tidak haram. Apa yang dinyatakan oleh hukum feqah ialah apabila kita menyentuh najis “mughollazoh” kita dikehendaki menyucikannya dengan bersamak iaitu membasuh dengan air yang telah dicampurkan dengan tanah sekali dan membilasnya dengan air mutlak sebanyak 6x. Yang haram berkaitan dengan anjing dan babi ialah memakannya bukan menyentuhnya.

Sebagai seorang melayu, saya maklum pandangan masyarakat melayu yang merasakan ‘geli’ atau jijik terhadap anjing dan babi. Mungkin ini adalah disebabkan nilai yang diwarisi daripada ibubapa yang mungkin berasal daripada usaha untuk mengelak daripada tersentuh anjing dan babi yang mana proses menyucikannya dilihat sebagai agak leceh dan jika tidak dilakukan akan menjejaskan ibadah. Saya sendiri, walaupun telah jelas berkenaan dengan hukum menyentuh anjing dan babi, merasa kekok dan sedikit ‘geli’ apabila kali pertama memegang jantung babi apatah lagi ketika kali pertama mengangkat anjing untuk diletakkan di atas meja pemeriksaan yang mana tekniknya memerlukan kita merapatkan badan anjing tersebut ke badan sendiri kerana itu merupakan teknik yang selamat bagi mengelakkan kecederaan yang tidak dingini dalam proses mengangkat tersebut. Namun, kita perlu jelas pandangan Islam terhadap 2 makhluk ciptaan Allah ini. Adakah Allah menciptakan anjing dan babi ini untuk dipandang hina kerana itu ianya diistilahkan sebagai najis berat? Jika ya mengapa terdapat hukum feqah yang menyatakan haiwan buruan yang dibunuh oleh anjing buruan yang terlatih halal dimakan dengan syarat pemburu berniat kerana Allah ketika melepaskan anjing buruan tersebut. Bagaimana pula dengan kisah seorang pelacur yang diampunkan dosanya dan dimasukkan ke dalam syurga hanya kerana memberi minum kepada seekor anjing yang kehausan dengan menggunakan kasutnya?

Anjing dan babi juga merupakan makhluk ciptaan Allah yang mana termasuk dalam tanggungjawab manusia sebagai khalifah di mukabumi untuk menguruskannya. Sebagai makhluk ia juga seperti manusia memerlukan makanan apabila ia lapar, minuman apabila haus dan ia perlukan rawatan apabila ia sakit, walaupun mungkin dari sudut keutamaannya berbeza dengan manusia. Justeru saya melihat apa yang dipelajari oleh vet berkenaan dengan anjing dan babi serta kewajipan merawatnya termasuk dalam perkara fardhu kifayah dan ia memenuhi sebahagian tanggungjawab manusia sebagai khalifah.

Walaubagaimanapun menjadi tanggungjawab vet untuk mengetahui tuntutan agama yang perlu dipenuhi dalam kerjayanya. Vet dan pelajar doktor perubatan veterinar perlulah berhati-hati dan tidak sambil lewa dalam soal kesucian tubuh badan dan pakaian kerana ianya akan menjejaskan ibadah. Yang terbaik ialah mengasingkan pakaian kerja dengan pakaian harian terutamanya pakaian untuk solat jika tidak mahu menyamak pakaian kerana khuatir pakaian akan rosak dan sebagainya. Bagi orang awam pula tidak perlu risau kerana najis ini “tidak berjangkit” maksudnya jika seorang vet hanya membasuh tangannya dan telah membersihkan zat najis tersebut selepas bertugas tetapi masih belum menyamak tangannya, ia tidak “berjangkit” jika anda bersalaman dengannya kerana tiada zat najis (warna, bau dan rasa) pada tangan vet tersebut. Tetapi vet tersebut perlu menyucikan tangannya dengan bersamak sebelum solat. Hal yang sama jika anda bersalaman dengan orang bukan Islam yang mungkin memelihara anjing di rumahnya. Begitu juga dengan tapak kasut anda yang memijak mukabumi yang pernah dipijak oleh anjing atau babi. Tidak perlu risau dan terlalu was-was selagi tiada zat najis. Walaubagaimanapun terdapat cadangan daripada sesetengah ustaz untuk menyamak seluruh badan sekali sekala bagi orang awam dan mungkin berkala bagi vet seperti sebulan sekali supaya jika terdapat najis “mughollazoh” pada badan yang tidak diketahuinya, ia dapat disucikan. Namun saya kira ini adalah sekadar satu pandangan bukan kewajipan yang baik untuk mereka yang was-was praktikkan. Sebenarnya terdapat pelbagai persoalan – persoalan yang timbul yang berkait dengan kerjaya vet seperti bagaimana vet muslim merawat kuda yang terlibat dalam lumba kuda, apakah hukumnya?, bagaimana pula dengan bayaran upah perkhidmatan yang diterimanya?adakah ianya halal? Begitu juga jika vet muslim memberi perkhidmatan nasihat untuk memperbaiki usaha perladangan babi, bagaimanakah hukumnya? Adakah ianya berdosa kerana membantu orang memakan babi? Bagaimana jika membuat pembedahan yang panjang sehingga terlepas solat? Adakah sama seperti pembedahan manusia yang membolehkan solat tersebut dijamakkan? Banyak lagi soalan-soalan yang datang samada daripada orang awam, dikalangan vet atau pelajar vet sendiri yang saya sendiri tidak mampu menjawabnya dengan ilmu agama yang cetek ini. Saya kira perkara yang sama juga berlaku atau akan berlaku dalam bidang kerjaya anda jika anda mencarinya…ini kerana Islam itu adalah cara hidup yang syumul, elemennye terdapat dalam semua bidang, dan yang indahnya, Islam sudah pun ada jawapannya, terpulang pada kita untuk menyelidik dan memahaminya dengan panduan dan tunjuk ajar daripada mereka yang ahlinya.

Akhirnya, sebagai seorang muslim, marilah kita bersama mengambil tanggungjawab untuk memperbetulkan salah faham masyarakat khasnya masyarakat melayu berkaitan dengan isu ini. Perkara ini banyak dipertikaikan oleh masyarakat yang bukan Islam terutamanya mereka yang kuat memegang nilai kebajikan haiwan. Seorang senior saya dalam projek tahun akhirnya yang berkenaan dengan kebajikan haiwan, menjalankan satu soal selidik. Salah satu daripada soalannya adalah “jika anda melihat seekor anjing yang tersepit kakinya, adakah anda akan menolong melepaskan kakinya? Nyatakan alasan bagi setiap jawapan anda”. Sebagai seorang muslim saya merasa sedih dan malu apabila terdapat satu jawapan yang menyatakan “Tidak, kerana saya seorang Islam”. Senario ini harus kita ubah kerana sebagai seorang Islam kita perlu menjaga 3 hubungan iaitu hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia dan hubungan dengan makhluk yang lain. Sesungguhnya Islam itu syumul, segalanya sudah pun digariskan panduannya, terpulang kepada kita untuk mencari, memahami dan mengamalkannya. Wallahua’lam

Saya mengalu – alukan mereka yang ingin mengemuka pandangan, memperbetulkan fakta atau berkongsi maklumat baru berkenaan dengan hal ini. Anda bolehlah menghantar email kepada lapanjuta[at]yahoo.co.uk. Sekian moga bermanfaat untuk semua. Terima kasih.

Dr. Mohd Dzulhamka Kamaluddin
DVM, UPM

Disemak oleh,
Prof. Dr. Rasedee Abdullah
Pensyarah
Fakulti Perubatan Veterinar
Universiti Putra Malaysia

Ulasan doBot:- Syabas Hamka, aku baca artikel kor nie berulang-ulang supaya masuk dalam otak aku. hehehhe… 

 

50 thoughts on “Hukum pegang babi

  1. Alhamdullilah …explanation well received sebabnya email dgn pictures of the girl dah tersebar terlalu laju, kami yang kat Scotland ni pun dah tertanya-tanya, terbahas-bahas mengenai issue ini. Akak terus try carik fakta on this and found the explanation in your blog. A very good one..but I guess bottom line is the girl in the picture should have paste an explanation of the whole issue next to her picture…kesian la plak jadi bahan hinaan because of the pictures. A picture speaks louder than words tu la..the danger!!!especially dalam masyarakat Melayu kita…Jazakallah!!

    Reply

  2. Alhamdulillah,

    Den pon ado dapek email gambar nie bot.
    bagi den, mungkin tak jadi masalah, sbb den paham kerja korang. dan den paham atas dasar apo korang dibenarkan memegang dan merawat 2 haiwan ini.

    cuma semalam den tersentuh bilo mano ado draftman den yang mempertikaikan gambar ni. Den tak somek nak explain sbb den terlalu sibuk ngan tender. Anyway it was a good answer by hamka.

    Sampaikan salam den pada hamka yo.

    Reply

  3. Assalamualaikum wrth.

    Terima kasih buat semua yg membaca dan memberikan sokongan. bot, trima kasih jugak mempost email aku tu. hrp2 usaha kita dikira sebagai ibadah.

    kalau tengok respon daripada email penjelasan tu lagi macam2. ada yang sokong, ada yang still xpuas hati. ada yang bagi dalil-dalil dan kata xsepatutnya bergambar macam tu. even ada yang still kata menyentuh anjing dan babi ni haram. macam2…ape yang aku boleh katakan wallahua’lam. aku cube bawa perkara ni kepada yang lebih faakeh utk dibincangkan.

    kesimpulannye aku kira yang menjadi isu adalah posing budak tu yang kelihatan macam bangga dapat memegang anjing dan babi tu especially gambar yang berbaju merah tu. however i’m sure almost every vet student ada gambar mcm tu. gambar kita semua nampak hepi pegang tu bukannye bangga atau riak nak pegang benda tu tapi aku rasa biasala kita, ape2 praktikal pun kita hepi je. even buat PD pun hepi semacam je. jarang2la ade gambar nampak sedih, kcuali gambo ko yang pancit trecking kat taman negara dulu:P

    Anyway i’m not suppose to expect everyone agree with me, perbezaan pendapat juga satu rahmat. hakikatnye sensitiviti masyarakat melayu Islam terhadap benda ni ada bagusnye juga dalam hal-hal yang tertentu. so let it be. cuma kita yang sebagai vet muslim ni bagaimanapun perlulah lebih2 berhati2 dalam tindakan dan mempertingkatkan lagi ilmu dalam hal ni.
    wallahua’lam

    p/s-’alaikassalam ya akh abu mujahid

    Reply

  4. Hamka,
    Ish perkara tmn negara usahlah diceritakan lagi…hahahaha!! Tak nak ingat macam mana ditipu sampai trekking 16km dalam hutan kena minum air sungai lagi…
    Anyway, well said. As a vet in horse racing, I don’t condone gambling, but who else is going to look after the welfare and health of the athletes (horses) involved in it if we don’t do it? The industry is going to continue no matter what.

    Reply

  5. Clap.. clap.. clap…

    Cayalah Hamka.. penuh panjang lebar ulasan anda.. (cuma alangz kena bace balik… takleh nak tangkap baca sekali nie.. hohoho).. apapun, tahniah atas usaha dan penjelasan anda.

    Kredit gak utk dobot yang publish email nie kat sini sebab Alangz pun pernah melihat gambar awek tuh tersebar kat internet dan kesian gak.. ramai orang yang buat andaian tanpa mengetahui perkara sebenar.

    Sekali lagi.. tahniah Hamka… credit utk dobot dan mmm.. cun gak awek tuh ekk.. wakkakaka… (mampos aku kalau tunang aku baca.. wakakakkaa)

    Reply

  6. Joanne > u xpela. at least u dah ada untuk treat all d horses. tu pun kalau u tak plan nak convertla, manela tau u minat dengan dobot ke, ha ha ha.anyway about d race horse actually ada 2 pendapat in Islam one kata NO. another stream kata boleh for the sake of the horse’s welfare ,as u said not for the gambling. Anyway 4 me let the non muslim buatla senang, no problem tak pening kepala, joanne pun makin terer n d welfare of d horses also terjaga. btul tak Dr. joanne. ni joanne soo ke ni? aku main blasah je mnyampuk tapi joanne mane lagi yg tau crita taman ngara btul tak dobot.

    Reply

  7. org malaysia neh memang ramai yg over sentitif n suka menyibuk2 dan menyebarkan fitnah. kadang2 tensen je ngan mentaliti orang2 sekarang neh, hmmmm. aku memang anti org send spam2 email neh. pada aku, kalo menda tak sahih tuh tak usah aa kita tolong2 memfwd2 dan menspam orang lain plak.

    anyway, sebagai seorang pencinta haiwan, errr, comel plak aku tengok anak babi tuh. errrr *larikk*

    Reply

  8. Salam bang,
    Masalahnya adalah mentality masyarakat kita bang. Asal anjing jer, asal babi jer semua haram, sampai sentuh pun haram. Entah tang mana sentuh pun boleh jatuh hukum haram tuh.. adehhh..

    Mula2 aku tengok pic tu dulu, aku dah agak dah melatop punya lah isu ni nanti.

    Reply

  9. waduh.. hamka… explaination yg dahsyatzz.. rasa nak terkeluar air mata baca hujah ko.. anywayzz.. tahniah sebab bagi hujah panjang lebar kepada orang2 lain kat luar nun yg tak brapa faham psal benda2 camni.. eh macam blog hamka plak ni.. hehe.. hi dobot..

    Reply

  10. Syabas Dr. Hamka ini, dan prof. yang semak penjelasannya. Penjelasannya memang boleh terima, dengan latar belakang pendidikan dan “cross-check” dengan ustaz-ustaz setempat. Tugas dan tanggungjawab seorang vet, tidak sekali-sekali menghina Islam, malah itu adalah fardu kifayah.

    Tapi, secara khusus tentang gambar pelatih vet ini yang jadi soal.Kau nak bertugas, bertugaslah, nak cari ilmu, cari ilmulah, nak praktikal, praktikallah, tak siapa yang tersinggung.
    Cuma yang kau pose manja dengan khinzir-khinzir tu apahal? Kalau tengok aksinya, bukan main seronok pegang khinzir ni, tambah pulak khinzir yang masih “budak”. Kelakuan ini yang pada aku tak betul dan perlu ditegur. Bukan tanggungjawabnya, bukan praktikal UPMnya, bukan fardu kifayahnya, tapi kelakuan dan tindakannya.
    Sepertinya dia ini tidak diberitahu, anjing dan babi ini, hendaklah dijauhi, kalau tersentuh, kena samak, sebab najis mughallazah. Ada sebab kenapa anjing dan babi(serta keturunannya) jatuh dalam kategori mughallazah. Maka, janganlah dipegang-pegang tak tentu pasal, kalau pegang berpasal pun, janganlah ber’posing manja’.

    Kalau iya pun, janganlah sampai ke kandang. dan kalau ia sekalipun, pakailah “glove” ke, apa ke. Macamlah takde pilihan lain. Bagaimana didikan agamamu wahai gadis? perihal akhlakmu, tingkahlakumu dan kesucianmu? jika engkau berbuat ini kerana maklumat yang salah dan dorongan-dorongan yang salah, maka mohonlah keampunan, kerana dengannya engkau tersasar.

    Dr.Hamka, kisah pelacur memberi minum anjing dan masok surga itu tiada kena mengena dengan vet memegang binatang-binatang haram, tapi lebih kepada menceritakan penentuan siapa yang terima hidayah dan siapa yang masuk surga-neraka itu adalah hak yang Maha Mutlak dan Hak yang Maha Tinggi (Kun fayakun).

    P/s: mohon difikirkan.

    Reply

    Aku tetap aku Reply:

    Aku setuju dgn pndapat dan teguran ras raka tu…ada benarnya…klau atas urusan kerja tu memang boleh diterima tetapi ni siap pose manja apa hal lah pulak? Ni kes sambil menyelam minum air ler ni..tak taulah dunia sekarang ni…klau iapun nak kejar ilmu, carilah jurusan lain…kan bnyk pilihan…kita hidup di dunia ni kan brbilang bangsa…jadi biarkan jerlah bangsa lain yng ambil tugas2 tu…fikir-fikirkanlah…kdg2 bkerja tu pun bukan kerana nak kaut ilmu tapi nak gaji tinggi jer…maafkan aku kalau trkasar…aku pun masih cetek juga ~

    Reply

  11. Assalamualaikum wrth wbrkth

    Terima kasih ‘ras raka’. setuju dengan pendapat dia. memang budak tu xsepatutnye share gambar pose macam tu dgn umum sebab boleh mendatangkan kekeliruan, salah faham dan fitnah, ckupla sebgai simpanan peribadi. sepatutnya di ‘pose’ gambar2 tengah buat kerja kalau nak kongsi pengalaman pun. cuma silap sikit saya dalam membaca suasana sebab email-email yg saya terima sebelum ini lebih kepada tidak bersetuju bab pegang tu sebab haram, haiwan-haiwan itu dilaknat dsb, jadi tidaklah saya ulas berkenaan tu. mohon maaf atas kelemahan.

    berkenaan kisah pelacur dan anjing tu, saya sekadar mengulang hujah pembentang kertas kerja ‘Islam dan veterinar’ yang pernah dianjurkan di fakulti dulu. mungkin tafsiran ustaz masa tu sedikit berbeza. wallahua’lam

    moga dengan isu ini kita dapat sama2 meluaskan ilmu agama..terima kasih buat semua yang sudi berkongsi.

    Reply

  12. salam…dobot aku setuju ko post kan komen hamka kat sini..aku pon dapat gak email gambar tu…aku kesian sgt kat budak tu..mungkin silap dia sebab excited ambik gambar, bukan selalu dapat sentuh babi kan?masa aku dapat email tu aku taklah terkejut tapi macam aku ckp tadi..kesian kat student tu…kat mane2pun org selalu ckp haram pegang babi..aku pun dah penah tanyakan kat uztaz kat sekolah laki aku, ada ke dalam Quran ckp pasal benda ni?ustaz tu cakap hukumnya najis mughallazah, yang tang haram tu, kalau dimakan oleh org islam….ape2 pun , aku setuju dgn hamka, kalau ambil gambar masa buat treatment mungkin org awam taklah terkejut sgt n menyebabkan isu sensitiviti ni…apa yang aku leh buat, aku forwardkan add website ko ni kepada org2 yang penah menerima email gambar2 ni..hope it helps to clear things a bit…amin…

    Reply

  13. Betul la tuh. Yang haramnya makan. Sentuh kena samak. Tapi tak perlu la nak posing sampai cam tu skali. Macam berbangga pulak dukung menatang tu. Sebagai bandingan la kan, mayat kena hormati, takleh disakiti, tapi atas dasar kajian, dibolehkan. ATAS DASAR KAJIAN! BUKAN SUKA-SUKA, BUKAN NAK BUAT POSING! so sama la dengan kes ini. Secomel manapun menatang tu, kalau dah bai tetap babi la jugak. Nak publish apa ke bendanya. Memang tak salah la kot, takde unsur2 menghina, takde provokasi, tapi sekadar tak berapa nak molek la kalau orang tengok.

    Reply

  14. salam.

    yg haram tetap haram. yg wajib samak kena disamak. isu utama kat sini pasal posing sakan tu. kalau cerita mcmana posedur keje vet tu orang akan faham sebab tugas vet adalah utk membantu haiwan2 kan. sesiapa pun kalu tengok binatang apa pun yg sedang kesakitan patut membantu. cuma bila posing manja dgn menatang tu yang silapnya…over sesangat…kita kena faham mentaliti dan sensitiviti org kita. tambahan lak pegang tu x guna sarung tangan. walaupun saya ni x terlibat dlm bidang ni sy hrp para vet semua berhati2 dlm apa jua tindakan.

    Selamat berbakti.

    Reply

  15. syabas dobot krn postkan email untuk pengetahuan semua. Syabas Hamka, you did a very good job. It is about education! terharu sama u punya penjelasan lah…I think now, civilised people should be able and learn to justify things wisely kan? ….eh, u punya writting skill pandai lah…macam penulis buku je, mesti kena train semasa exam dulu kan?…kekeke

    Reply

  16. Ello bot… masa aku dpt email ni yg diforwardkan kpd aku oleh kakak ipar aku yang duk Jeddah, kepala otak aku mmg dah terbayang muka ko.. untuk pengetahuan semua isu ni jadi isu hebat di Saudi, siap masuk tv.. menurut kakk ipar aku la.. (aku tak pasti kesahihannya!)
    Aku malas nak komen pjg2.. sbb maybe yg tersurat dan tersirat lebih kurang sama jer dgn pendapat yang lain .. tapi aku mmg 110% setuju ngan komen ras raka… apesal nak kena pose manje2 ngan anak babi tu.. dgn tak pakai glove.. kalau nak sentuh isu vet muslim.. jgn la tak letak seiring dgn isu safety.

    komen aku :- awek cun ni may be stud baru.. n xcited masuk vet!! semoga dier dapat grad dgn jayanya!!!

    Reply

  17. pegang babi atau anjing [kalau salah satu atau keduanya basah], cuma perlu disamak saja…
    tapi kalau pegang tangan lelaki yang bukan muhrim… berdosa…
    peliknya, ia takkan jadik isu kalau yang dipegang perempuan ni tangan seorang lelaki yang ajnabi kan?

    Reply

  18. dobot, selamat puasa dan maaf zahir batin.

    ini email aku terima pasal isu ini.

    ……………………………..

    Pensyarah Melayu ini, iaitu Dr Mohd. Dzulhamka Kamaluddin tidak menjawab isu dan persoalan yang sebenarnya di dalam tulisannya.

    Umat Islam marah bukan soal pegang, merawat atau mengkaji penyakit babi dan anjing. Isunya ialah SIKAP yang ditunjukkan pelajar Islam tersebut dan betapa biadabnya pensyarah mereka yang tidak mengambil peduli tanggungjawab yang diamanahkan oleh Islam agar adab dan akhlak perlu dijaga dalam apa jua bidang dan situasi.

    Umat Islam Melayu khususnya, dari dulu, kini dan selamanya mengajar anak-anak mereka jijik dengan anjing dan babi sebab itu satu pendidikan untuk memahamkan mereka babi dan anjing itu hukumnya haram.

    Dalam waktu yang sama, masyarakat majmuk boleh faham orang Islam jijik dengan babi dan anjing kerana hukum agama Islam telah menetapkan begitu. Maka mereka perlu menghormati agama Islam dalam apa situasi sekalipun kerana kita telah menunjukkan sikap kita.

    Berzina perbuatan haram maka menghampirinya juga dilarang. Anjing dan babi haram maka mendekatinya juga dilarang. Kecuali melibatkan perkara-perkara yang dibenarkan oleh syarak dan adab yang diajar oleh Islam.

    Bukankah anjing dan babi itu NAJIS BERAT. Baiklah, jika NAJIS SEDERHANA macam tahi manusia atau tahi haiwan mahu tak pelajar ini bergambar dan berposing sebelah tahi tersebut sebagaimana gambar mereka dengan babi?

    Apa yang boleh kita katakan jika pelajar ini bergambar ceria di sebelah pancutan air kencing rakannya sendiri. Bolehkah kita senyum dengan alasan mereka sedang belajar urine test? Cukupkah kita hanya katakan tahi dan air kencing itu cuma najis sederhana sahaja.
    Mana akhlak dan adab kita?

    Apakah kita gembira melihat rombongan pelajar Islam bertudung dan bergambar dengan penuh ceria di hadapan kilang arak dengan alasan mereka sedang membuat kajian.
    Hari ini kita sudah tidak kisah melihat gadis Islam bertudung menari dan berjoget bersama lelaki di atas pentas sambil menyanyikan lagu rock atau gadis-gadis bertudung yang ikut berjoget di bawah pentas sambil bersorak gembira melihat artis kafir atau Melayu yang sekadar menutup kemaluan sahaja. Ini kah trend yang ingin kita jadikan budaya?

    Persoalan anjing dan babi ciptaan Allah memang tidak sesiapa akan menyangkal. Tetapi soal bagaimana kita melayannya telah diajar oleh Islam. Syaitan ciptaan Allah tetapi dilayan dengan laknat. Manusia ciptaan Allah dilayan mengikut kebaikan atau kejahatannya. Haiwan ciptaan Allah dilayan mengikut kegunaannya.

    Memang benar kita perlu melayan haiwan dengan baik, tetapi sebaik mana layanan sekalipun apabila berhadapan dengan harimau, singa, ular dan binatang berbisa yang lain ada batasnya.

    Belajarlah sehingga PHD sekalipun, tetapi jika soal adab dan akhlak masih keliru, jika soal najis masih diringan-ringankan, soal anjing dan babi masih tidak ada perasaan jijik lupakanlah untuk merasa bangga dengan PHD yang dimiliki.

    Percayalah jika trend ini berlarutan orang bukan Islam akan menganggap tiada apa larangan orang Islam terhadap kedua-dua binatang najis ini. Jangan salahkan mereka jika suatu hari nanti pensyarah ini dihidangkan dengan gulai babi atau sup anjing kerana anak-anak didiknya telah menunjukkan SIKAP yang diajar guru mereka.

    Jadi penggunaan sarung tangan adalah salah satu cara untuk tidak mewujudkan sentuhan secara terus kepada binatang itu. Sudahkah langkah itu dilaksanakan?

    Berdasarkannya kami membantah kenyataan Dr Dzulhamka Kamaluddin serta Prof. Dr. Rasedee Abdullah dari Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia dan meminta agar perkara ini dibawa ke pengetahuan masyarakat supaya lebih berhati-hati dengan Universiti Putra Malaysia.

    Hal sensitif kepada umat Islam sebegini sewajarnya dirujukkan dahulu kepada pihak berwajib seperti JAKIM dan tidak sepatutnya pihak pensyarah dan fakulti tersebut terlalu cepat “menghalalkan” dan membela tingkah laku siswinya yang berlebihan itu kerana ia bakal mengundang polemik yang lebih buruk.

    ……………………

    Reply

    mijie666 Reply:

    adab ye.. adab… cth adab.. macam masa kawin wat pelamin.. islam takde pon suh ikut adat.. takde satu pon lam quran cakap kena ikut adat. and.. satu lagi pegang anjing and babi bukan satu masalah.. just mungkin stgh orang tak pandai agama atau ilmu agama cetek. berdosakah sentuh makhluk tersebut? ada lam quran? jangan terlalu mengikut adat sgt la. plz.. pegi baca quran dan fardu ain dulu sbelom nak tegur orang

    Reply

    Wan Reply:

    ini adalah respon kpd pengirim emel yg diterima oleh mahyudin.

    macam mana sekiranya gadis dlm gambar tu bergambar & bersentuhan dgn lelaki bukan mahram (boyfriend) ?
    Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Majah menyatakan bahawa “Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja)dengan wanita yang bukan mahram.”

    saya rasa tahap sensitiviti org Melayu/Islam mungkin tak sama bila gadis bergambar bersama boyfriend dgn gadis bergambar bersama babi/anjing.

    Kilang arak tak setara kalau dibandingkan kes bergambar dgn anjing/babi. Bergambar di hadapan kilang arak sama dgn mempromosikan arak tu sendiri, jadi memanglah haram hukumnya. Tapi bergambar dgn anjing/babi samalah dgn bergambar dgn haiwan2 lain, cuma perlu disamak saja (kalau tangan atau bulu atau kedua2nya basah).

    Begitu juga perbandingan dgn bergambar dgn najis manusia/haiwan. Tak setara. Najis manusia/haiwan memang wajib disuci & selamanya najis. Tapi sekiranya tangan pemegang & bulu anjing/babi dua2 kering, tidak dikira najis & tak perlu samak.

    Contoh2 haiwan yg diberikan juga tak boleh disamakan dgn anjing/babi. Haiwan2 tersebut secara nalurinya liar & mempunyai kemungkinan utk mengancam keselamatan, dah tentu perlu ada batas yg lebih besar & layanan yg berbeza. Tapi berapa banyakkah kes anjing/babi mengancam keselamatan manusia berbanding contoh2 yg diberikan? Anjing/babi bukanlah termasuk dlm kategori haiwan liar.

    “Jangan salahkan mereka jika suatu hari nanti pensyarah ini dihidangkan dengan gulai babi atau sup anjing kerana anak-anak didiknya telah menunjukkan SIKAP yang diajar guru mereka.”
    Orang bukan Islam tahu kulit buaya/ular (disertu) boleh disentuh & dipakai oleh orang Islam, tapi tak ada pun yg menghidangkan daging buaya/ular depan kita. Misconception antara PEGANG dengan MAKAN perlu diperjelaskan terhadap semua. Susah sangat ke nak fahamkan org lain beza PEGANG dgn MAKAN ?

    “Umat Islam Melayu khususnya, dari dulu, kini dan selamanya mengajar anak-anak mereka jijik dengan anjing dan babi sebab itu satu pendidikan untuk memahamkan mereka babi dan anjing itu hukumnya haram.”
    Inilah masalahnya kalau terlalu sgt ikut adat. Perlu JIJIK jika dikaitkan dgn makan, kerana memang dah terang2 diharamkan dalam Al-Quran, tapi bukan berurusan dgn haiwan2 tersebut. Inilah misconception atau MINDSET yg perlu diperbetulkan dlm masyarakat kita.

    “Berzina perbuatan haram maka menghampirinya juga dilarang. Anjing dan babi haram maka mendekatinya juga dilarang. Kecuali melibatkan perkara-perkara yang dibenarkan oleh syarak dan adab yang diajar oleh Islam.”
    - boleh bagi dalil/nas yang mengatakan anjing/babi tu haram? Haram yg mcm mana yg dimaksudkan?

    Reply

  19. Haram Pegang Babi – dari http://baheis.islam.gov.my
    Jawapan dari Baheis / Panelis Jakim

    Nama : Mohd Hafiz.
    E-Mel : wasilah_mhmz@yahoo.com.
    Kategori : ISU SEMASA

    SUB KATEGORI
    Sosial

    Tarikh : 15/03/2007 01:04 PM

    Soalan :
    assalamu’alaikum

    1) apakah hukumnya memakai ataupun mempunyai barangan daripada produk kulit yang diperbuat dari kulit babi? Ada pendapat yang mengatakan bahawa memegang kulit babi yang kering tidak mengapa dan tidak perlu disamak.. adakah hal ini sama dengan barangan kulit yang sudah kering? pegang tanpa perlu samak? huraikan hukum kulit babi.. kerana banya fatwa yang berkaitan tentang daging babi sahaja.. jadi saya hendak tahu tentang hukum kulit babi itu… dan hukum bila dibuat produk dari kulit babi… sekian.. wassalam…

    Jawapan :
    Hukum menggunakan atau memakai produk daripada kulit babi adalah haram sama ada menyentuh dengan sengaja atau tidak sengaja adalah wajib disamak dengan sekali air tanah dan tujuh kali air mutlak. Barangan tersebut hendaklah dibuang atau memberikannya kepada orang bukan Islam..

    Status : Selesai – Paparan Web.
    Nombor : Panel SJAI 300707
    Rujukan
    Tarikh : 30/07/2007 04:31 AM

    Reply

  20. ini jwpn empunya diri pd sy..hrp2 bulan pose ni udah2 le..dia pun ngaku salah…jgn main2 org yg dh bertaubat ni..pahala seorg wanita yg mengaku berzina dan menunggu 2 tahun utk dijatuhkan hukum hudud sehingga anak dilahirkan, disusukan dan dicarikan penjaga mengikut hadith nabi “SEPERTI PAHALA 70 ORG AHLI MADINAH”

    From:
    eMameiOw

    Date:
    Friday, 14 September, 2007 9:33 PM

    Subject:
    Re: u hv to cease this sis…

    Message:
    Wa’alaikumsalam kak…terima kasih atas nasihat akak tu..saya memang tak berniat langsung nak timbulkan masalah ni…takde niat nak mengelirukan atau menimbulkkan sensitivi masyarakat apetah lagi mengaibkan dri sndiri…saya bukan berbangga bergambar dgn haiwan tu…saya cuma jadikan gmbar2 tu sebagai koleksi peribadi…sebagai kenangan…sebab tak mungkin saya akan terjerumus dgn haiwan tu bila da berkerja kelak…peluang saya belajar,saya gunakan sebaik2nye…tak semua orang berpeluang mendapat pengalaman sebegitu.tapi saya sangat sedih bila ade pihak yg tak bertanggungjawab menyebarkan gmbr2 tu..tanpa usul periksa…dan tanpa bertanya terlebih dahulu…apakah yg sedang saya lakukan..cuba akak bayangkan…macammana saya nak mengambil gmbr semasa sedang membuat rawatan n kajian pada masa itu?sudah tentu masa tu saya sedang sibuk…kawan2 saya yang lain pn sedang sibuk menjalankan tugas…’kami hanya pelajar yg ingin belajar sesuatu yang baru..kami hanya berpeluang bergambar setelah selesai tugas kami…itu pun tak banyak yang dapat kami rakamkan…mungkin salah saya bergambar begitu…tapi percayalah…saya tak sangka langsung semua ini berakhir begini…akhir kata…saya meminta maaf atas perkara ini…saya hanya insan biasa..tak lari dari melakukan kesalahan…terima kasih juga kerana memahami..wassalam..

    Reply

  21. as’kum semua!
    kenape hal yg sebegini perlu di hebohkan sedang banyak lagi hal lain yg perlu dipertikaikan. Mmg tul org akan pertikaian kan ape yg dinampak tapi ape yg berlaku depan mata semua wat tak tau.
    Yg dah berlaku sudah! biar lah sidia bertaubat. Yg kite dok mempersoalkan kesalahan dia kenape. Ada lagi teruk perlakuan yg perlu kite tengok diluar 2. Walau pun kes ni ada di persoalkan diluar negara seperti di Arab saudi itu tak bermakna negara kite teruk. malah negara dia lagi teruk coz org arab sendiri minum arak dikhalayak ramai.Kenape tak kite persoalkan sedangkan itu adalah negara arab.
    Wat masa ni saya masih lagi bekerja di salah satu negara arab dan selalu perhatikan masalah mereka lagi teruk dari kite kat malaysia.
    Warga dia sendiri merogol pembantu rumah paling ramai.
    Ini bukan cakap kosong sebab kite sendiri hendle kes sebegini kat sini.
    Bulan puasa, berbuke ngan tamar dan arak adakah arak itu satu minuman yg di benarkan? Ingat kat negara arab tak ada pelacur yg pakai jubah hitam?
    Duk pakai jubah dan tasbih selalu tapi tetap gak cam 2. Tak de plak org mempertikaikan? Biar kite tengok dia memperkatakan asalkan negara kite dan umat islam malaysia tetap bersatu.
    Ini tak semua nak bantai. Jaga diri dan keluarga sendiri sebelum menjaga org lain.
    Jangan sampai ape yg terjadi di negara arab terjadi di negara sendiri.

    Reply

  22. Dr Dzulhamka Kamaludin who give opinion about this issue is my cousin…

    Pernah masa hari raya 2-3 tahun yang lalu, saya dengan Dr pi tanam anjing yang mati bebetul kat umah kitorang… Memuler mmg geli…

    Tapi when dia dh terang.. barulah kitorang ‘cousin-cousin’ dia tahu..

    Hmm.
    Hope isu tu dah settle. Mastika pun dah buat cover-up kan…

    Mohd Ikhmal bin Mohd Iskandar
    BBA (Hons) Transport, UiTM
    Kolej Islam Sultan Alam Shah (SPM2000)

    Reply

  23. Bagi saya.. pendapat dari Dr Dzulhamka adalah pendapat dari seorang yang berkecimpung dalam arena vet itu sendiri..

    Mungkin apa yang dikata itu betul tapi mungkin juga kurang lengkap..

    Apa yang penting kita sebagai manusia menerima keterbukaan sesiapa sahaja utk memberi dan menerima pendapat…

    Melayu penuh dengan ‘do and dont’ yang kadang-kadang melangkaui agama Islam itu sendiri…

    Mungkin wanita itu melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh masyarakat kita tapi apa yang penting binatang yang mereka pegang itu hanyalah najis dan boleh disamak.. Bagi setengah orang ia mungkin giler, mungkin juga tidak..

    Tapi bagaimana pula dengan artis-artis kita yang sewenangnya-wenangnya ‘cium-mulut’ atas tiket pasangan kekasih…

    Adakah ‘mastika’ buat cover-up utk isu ini???

    SAMA-SAMA KITA FIKIRKAN

    Mohd Ikhmal bin Mohd Iskandar
    a.k.a Cousin to Dr Dzulhamka Kamaludin

    BBA (HONS) TRANSPORT
    KISAS SPM 2000

    Reply

  24. hampeh la awek ni..
    tau la belajar kos tu..
    kok ye pon nk pegang jgn la siap amik gambar..
    dah tau bende tu haram walaupon xbasah..
    kalau boleh cuba la elakkan..
    hope bende ni dijadikan pengajaran..

    Reply

  25. salam

    Tidak ada dalil Quran dan Sunnah mengatakan haram “menyentuh” babi atau anjing.

    Berdasarkan kepada usul fiqh, jika sesuatu itu tidak dinyatakan hukumnya, ia adalah harus. Jadi hukum mememgang babi dan anjing adalah harus. Settled.

    Tidak ada salahnya bergambar dengan babi atau anjing. Malah lebih baik bergambar dengannya yang tidak berdosa daripada dengan orang2 yang hanya tau memaki hamun menuduh orang berdosa tanpa sebab yang syarie. Sebab tu manusia yang berdosa di sisi tuhan lebih hina dari binatang.

    Kepada student yang bergambar dengan babi dan anjing: dont worry sister. You did nothing wrong so tak payah minta maaf.

    Kepada Dr Hamka: Gua salute you. You gout guts dude. Tak payahla layan sangat Melayu-Melayu paranoid kuno and jumud ni.

    Tkasih.

    matsarkas

    Reply

  26. salam..
    kak rasa simpati dgn apa yg adik lalui..mmg lumrah manusia hanya menilai melalui mata..tapi tak pernah menilai melalui hati..kan.

    semoga sudah-sudah lah menuduh dgn kata2 yg manyakitkan hati..
    kan ALLAH Maha Mengetahui…yg pentingnya di HATI (niat)…itu yg kak maksudkan pd diri adik …sbb kalau brgambar pegang babi or anjing masa tu..bukan niat utk memperlekehkan agama…ALLAH MAHA TAHU..kan..
    dah la..adik jgn takut…hanya ALLAH dan adik yg tau niat sebenarnya kan…sebenarnya..yg patut risau org2 yg menyebarkan fitnah dan mengutuk2 adik…
    tak pe dik…byk pahala yg adik dpt dgn tak pasal-pasal..:)
    semoga adik terus berjaya menjadi muslimah yg trbaik dibumi ALLAH….ameen

    Reply

  27. salam…
    Mr.Hamka..penjelasan anda tu memang jelas..sebagai org melayu yg beragama islam kita tak usah perbesarkan hal ni..islam ni mudah,jgn kita perbesarkan sesuatu yg kita tak pasti…saya pun ada memelihara 2 ekor anak anjing..ia merupakan anak anjing liar yg beranak di belakang rumah saya..

    salah seekor darinya telah terbelit di belukar..saya telah selamatkannya dan memeliharanya hingga sekarang…mula2 memang saya geli ..sebab mentelity kita org melayu mengajar kita begitu..tapi bila di renung dari segi hukum..tak salah kita menyelamatkan dia…dan sehingga kini banyak gambar2 yg saya telah ambil sebagai kenangan…mungkin lps ni saya akan keluarkan gambar2 itu di internet…nak tengok kecoh ke tak…

    masa tu lah kalau ada yg kecoh2 berkenaan gambar tu..saya akan minta dia pergi ke sekolah agama belajar feqah…kepada perempuan yg telah bergambar dgn anjing tu jgn lah risau..tak de salah apa yg anda buat..yg penting niat kita kena betul… allah lebih mengetahui…

    t.kasih..

    Reply

  28. Erm…. xkisah pegang babi??????? jika niat kat ht utk m’buat kebajikan… tapi babi adalah binatang yang diharamkan oleh allah, ianya sudah tertulis…. masih ade yg sangsi ke ttg ape yg diharamkan??? atau ade perkara haram yg nak dihalalkan???? erm renung2 kan lah… tapi hamba diingatkan jika dalam keadaan darurat sahaja kita diberi hak utk itu??? adakah kamu ade hak utk itu? fikirkan lah…. jika kamu tahu cara samak yg betul adalah tidak hairan bg hamba…maaf jika ade tersilap kata…. kalau ada yg lebih tahu hal2 hukum haram adalah dinasihatkan bantu kami semua dgn hal islam pegang binatang yg diharamkn…

    Reply

  29. ape yg blh sya ckp, kita masing2 punya tugas dan tanggungjwb. kalo dah tahu perbuatan kita tu akn mendatangkan keraguan adalah lebih baik kita elakkan. rasanya lagi selamat kalo vet tue tak perlu mengambil gmbar kerana masyarakat melayu masih ramai yg berfikiran konservatif

    Reply

  30. pegang babi dengan anjing TAK HARAM. pegang antara LELAKI PEREMPUAN memang SAH HARAM..tapi orang tak bising pulak kan? sedih dgn mentaliti rakyat malaysia esp melayu..

    Reply

  31. salam… saya seorang non-muslim dan sering juga tertanya kenapa ada orang katakan anjing dan babi haram sedangkan haiwan ini turut merupakan ciptaan tuhan. Terima kasih atas penjelasan ini, lebih jelas atas isu ini sekarang :-)

    Reply

  32. Babi adalah binatang najis berdasarkan al-Qur`an dan Ijma’ para sahabat Nabi (Ijma’us Sahabat) (Prof Ali Raghib, Ahkamus Solat, hal. 33). Dalil najisnya babi adalah firman Allah SWT (yang bermaksud) :

    “Katakanlah: ‘Tiadalah aku memperoleh dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali jika makanan itu bangkai, atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya semua itu kotor (rijsun).” (TMQ Al-An’aam [6] : 145)

    Jika binatang itu termasuk jenis yang najis (babi dan juga anjing), maka semua bahagian tubuhnya adalah najis, tidak kira sama ada dalam keadaan hidup ataupun mati. (Abdurrahman Al-Baghdadi, Babi Halal Babi Haram, hal. 47). Imam al-Kasani dalam kitabnya Bada’i’us Sana’i` fii Tartib asy-Syara’i’ (I/74) mengatakan bahawa babi adalah najis pada zatnya dan babi tidak dapat menjadi suci jika disamak.

    Reply

  33. Memang betul hukum pegang tidak haram. Kita mesti ingat, macam mana
    bagi mereka yang kurang arif tentang hukum. Tentu mereka fikir anjing tu boleh dipegang sedangkan mereka juga tidak tahu cara menyamak yang betul. Kalau sama-sama kering tidak mengapa, tetapi mesti berhati-hati memegangnya jangan terkena najis dan air liur pulak. Kalau kita pelihara anjing, kalau setiap hari selalu usap dan peluk, sanggupkah kita rajin menyamak setiap kali pegang? Saya rase kalau kita tidak tahu dan tidak sanggup, tak perlulah pegang/peluk anjing atau babi.

    Reply

  34. Assalamualaikum, pada pandangan saya bidang vet ni fardhu kifayah,oleh itu mesti ada orang muslim yang terlibat dengan bidang ni. Tugas mereka sama seperti doktor perubatan cuma pesakitnya sahaja berbeza, iaitu haiwan. Haiwan disini terdiri dari pelbagai famili dan spesis. Termasuklah haiwan seperti anjing dan babi. Sebagai doktor vet,mereka tidak boleh mengelak dari merawat kedua-dua binatang di atas kerana itu sudah menjadi kewajipan mereka. Islam agama yang syumul dan sesuai untuk semua jadi,jangan jadikan isu ini untuk menidakkan janji Islam… Terima Kasih kepada Dr. Hamka diatas penjelasan beliau.

    Reply

  35. aku terpernah baca kt satu blog ni,tp ingat2 lupa..sejarah babi diharamkan..masa zaman nabi sulaiman x silap aku (kalau salah betulkan ye).. masa tu ada roh/angin jahat yg buat onar (kan nabi sulaiman boleh perintah angin)..lpass tu nabi sulaiman arahkan/tangkap angin/roh jahat tu dan nabi sulaiman memasukkan angin/roh jahat tu kat badan babi..sebab apa aku x pasti..sebab tu ada kt youtube tunjukkan daging babi ni berulat dan busuk sebab telah dimasukkan roh/angin jahat kt badan babi smapi daging dia berulat,berkuman,bervirus..dan sebab itulah kuman2 kt badan babi tu kuat disebabkan roh/angin jahat tu..sahih atau tidak? harap2 ada org yang mencerahkan kisah ni..

    Reply

  36. Orang melayu selalu membuat hukum melayu sendiri mengalahkan hukum Islam itu sendiri….sebab itulah orang bukan Islam pandang serong pada Islam disebabkan orang melayu melabelkan Islam itu melayu dan melayu itu Islam…sampaikan orang bukan islam tak mahu mendekati Islam disebabkan tak mahu dilabelkan sebagai melayu juga….itu lah salahnya..sejak dari dahulu kita telah melabelkan sebegitu…

    Hukum anjing telah di manupulasikan sampai nampak susah sangat dengan Agama Islam ini…begitu juga dalam bab nikah kahwin…orang melayu melabel mcm2 kepada mereka yg kahwin secara sedehana dan kurang budget..hantaran rendah dikatakan perempuan itu tidak laku…sedangkan dalam Islam tak ada hukumnya hantaran ni…bila nak kahwin ada sekatan2 dengan merisik,tunang,kahwin sedangkan Islam hanya meletakkan syarat tidaj sampai begitu…jika tak buat semua tu dikatanya kita kahwin koboi..itulah orang melayu..dari dulu sampai sekarang…nak buat peraturan tu berpada2 padalah..sangan merosakkan perkara wajib disebabkan nak bunga- bunga faedah (interest) yg banyak sehingga membebankan penganut Islam itu sendiri disebabkan oleh adat2 dan kepercayaan melayu mcm ni….

    Reply

  37. Assalamualaikum…

    Alhamdulillah!

    semoga allah sentiasa memberikan ingat yang kuat kepada semua doktor Vet
    yang mengandalikan binatang yang haram ni makan ini, agar tidak terlupa untuk menyamak dan membersihkan badan dari najis-najis yang terlekat di badan.

    Sesungguhnya umat diakhir zaman ada lah umat yang berdirinya sekarang ini.Semoga Allah s.w.t memberikan pelindung kepada doktor vet yang beragama islam.

    ummati! ummati!

    itulah kata-kata yang membimbangkan keluar dari mulut rasul allah s.w.t yang kita cintai…

    orang yang beriman adalah orang yang sentiasa memcuba mengelakkan diri dari perkara-perkara yang membawa kemurkaan allah s.w.t, fitnah dajjal dan dll.

    Reply

  38. Post ni dari tahun 2007 sampai skrg x habes2 lg. Semua orang.. dalam masalah hukum agama.. jgn bg andaian sendiri.. pendapat sendiri.. Kalau x tahu atau x pasti, rujuk pada ustaz2.. jgn tanya pada ‘seorang’ ustaz je. Rajin2 lah pergi masjid belajar agama..

    Reply

  39. Terlau banyak pulak pandangan disini dan kebanyakan tiada langsung ilmu agama didada tetapi cuba juga untuk berkata-kata. Harap anda tidak terlalu pandai untuk membuat hukum sendiri. Sila rujuk dengan alim ulama dan badan ugama juga ustaz dan ustazah yang bertauliah. Jangan la berkata-kata tentang sesuatu yang kita tidak pasti. Kita berlandaskan al quran dan hadis tapi anda cukup pandai utk mengatakan yang hukum itu tiada didalam al quran. Sudahkan anda mendalami alquran sehabisnya sebelum berkata2. Semoga kite semua diberi hidayah….amin….

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>