Lama betul aku tak menulis dekat blog aku sendiri. Masih belum terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Meneruskan Puasa kepada pengunjung blog aku (walaupun dah setengah Ramadhan).
Pada minggu nie aku berkesempatan untuk mengupdate wordpress kepada version baru iaitu WordPress 2.3. Apa yang menarik pada version nie pun aku tak tahu. Aku cuma update jek. Selain itu, aku membuat back up blog aku di http://dobot.wordpress.com. Jika pada satu hari nanti, dobot.com.my tidak wujud, korang semua boleh la pergi ke dobot.wordpress.com.
Aku berkesempatan melawat blog kengkawan hari ini sementara menunggu masa bersahur. Adui, banyak yang bercerita pasal adik Nurin Jazlin. Sepanjang aku terlibat dalam dunia haiwan nie, tak pernah aku tengok lembu memasukkan timun atau batang kayu ke dalam buntut/jubo/vagina anak lembu lain yang masih kecil. Bukan sahaja lembu, malah kucing, anjing, kerbau, anjing laut dan lain lain lagi. Di dalam dunia binatang tiada manusia, tetapi di dalam dunia manusia ada binatang. Malahan, manusia lebih teruk daripada binatang.
Dalam binatang tak ada yang buang anak sendiri. Dalam binatang tak ada yang bakar bendera Malaysia. Dan, di dalam binatang tak ada yang masukkan timun dalam buntut binatang lain.
Aduhh…manusia…manusia….agaknya, apa kata binatang pada manusia yek???
