Selama ini, orang ingat tugas dan tanggungjawab seorang doktor haiwan adalah kepada haiwan sahaja. Jadi, segala tanggapan selama ini adalah silap. Tugas utama doktor haiwan adalah memastikan kesejahteraan manusia dan haiwan. Semasa grad dulu, kami telah berikrar yang kami akan menyumbang segenap daya dan pengetahuan kami bagi kebajikan masyarakat, mengekalkan sumber ternakan dan mengelakkan penderitaan kepada haiwan.
Haaa…tengok tu. Yang pertama disebut adalah 'kebajikan masyarakat'. Mungkin kebanyakkan pembaca kurang paham apa yang akan aku tuliskan. Kebajikan masyarakat lebih tertumpu kepada penyakit yang berjangkit kepada manusia seperti JE atau selsema burung. Salah satu penyakit yang kurang kita tahu, adalah penyakit Brucella. Penyakit ini boleh menyebabkan kemandulan kepada manusia di mana ia berjangkit melalui haiwan ternakan.
Brucella melintensis, adalah keluarga brucella yang paling merbahaya sekali. Penyakit ini tidak menunjukkan tanda-tanda keguguran kepada haiwan ternakan (subclinical). Dan, ia boleh berjangkit kepada manusia melalui saluran pernafasan dan lain-lain lagi. Sebagai seorang veterinar, kita harus menjaga 'kebajikan masyarakat' supaya penyakit ini tidak menular ke manusia.
Erkkk, apa yang aku akan lakukan jika terjumpa penyakit Brucella melintensis pada lembu??? Aku akan sembelih semua lembu-lembu ini supaya ia tidak merebak ke tempat lain. Itu aku akan buat untuk menjaga 'kebajikan masyarakat'.