Janji kepada masyarakat

Selama ini, orang ingat tugas dan tanggungjawab seorang doktor haiwan adalah kepada haiwan sahaja. Jadi, segala tanggapan selama ini adalah silap. Tugas utama doktor haiwan adalah memastikan kesejahteraan manusia dan haiwan. Semasa grad dulu, kami telah berikrar yang kami akan menyumbang segenap daya dan pengetahuan kami bagi kebajikan masyarakat, mengekalkan sumber ternakan dan mengelakkan penderitaan kepada haiwan.

Haaa…tengok tu. Yang pertama disebut adalah 'kebajikan masyarakat'. Mungkin kebanyakkan pembaca kurang paham apa yang akan aku tuliskan. Kebajikan masyarakat lebih tertumpu kepada penyakit yang berjangkit kepada manusia seperti JE atau selsema burung. Salah satu penyakit yang kurang kita tahu, adalah penyakit Brucella. Penyakit ini boleh menyebabkan kemandulan kepada manusia di mana ia berjangkit melalui haiwan ternakan.

Brucella melintensis, adalah keluarga brucella yang paling merbahaya sekali. Penyakit ini tidak menunjukkan tanda-tanda keguguran kepada haiwan ternakan (subclinical). Dan, ia boleh berjangkit kepada manusia melalui saluran pernafasan dan lain-lain lagi. Sebagai seorang veterinar, kita harus menjaga 'kebajikan masyarakat' supaya penyakit ini tidak menular ke manusia.

Erkkk, apa yang aku akan lakukan jika terjumpa penyakit Brucella melintensis pada lembu??? Aku akan sembelih semua lembu-lembu ini supaya ia tidak merebak ke tempat lain. Itu aku akan buat untuk menjaga 'kebajikan masyarakat'.

9 thoughts on “Janji kepada masyarakat

  1. aku benar2 teringin nak tengok … ngko sembelih lembu2 yang ade positif brucella mellitensis ni … kalau free call aku … time ko nak semelih tu.. keh keh keh keh ..

  2. lembu saja ka yang boleh kena brucella nih?ikan,kuda,kambing leh kena ka?maknanya kalo leh jangkit thru pernafasan..kalau kita pi ladang yang ada brucella..kita balik kandang kita..posibble leh bawak jangkitan tuh?

  3. Sibelang : Jika nak tengok, janganlah guna nama palsu di dalam internet. Pakai la nama betul ko, supaya senang kita berurusan atau untuk aku call kor. Tapi, kor jangan risau. Sebab tempat aku tak ada lembu yang kena Brucella Melitensis nie, so aku takut harapan kor punah. Heheheh….

    Faizal: Faizal,setahu aku cuma ada tiga haiwan jek tak termasuk manusia. Lembu, kambing dan babi. Jangkitan melalui pernafasan tu maksud aku, bila kita potong dalam badan dia. Kita terlalu dekat ngan organ dalaman dia, sehingga dia boleh merebak melalui pernafasan. Seeloknya, jika kor ada menternak, sediakan satu tangki yang ada penyembur kuman. Sembur pakaian atau kereta kor sebelum masuk atau keluar ladang kor.

  4. Pak Ngah doBot tengah handle kes nie ke pak Ngah?

    Abi sy cakap setiap orang yang bekerja adalah untuk memudahkan orang lain.

    Tak kiralah orang tu tinggi mana atau rendah mana? Orang itu bekerja pasti secara sedar atau tak sedar mereka telah pun melunaskan tanggungjawab sosial mereka pada masyrakat

  5. haku shangat2 tak shetuju denghan pengeluaran lembu jaundice tu dari jg. Mmg la keluar atas alasan buucela. Taphi… thengok laa … kan ke gagal fmd tu .. NSP lak tu .. bukan titre. Nila ngata matlamat menghalalkan chare!

  6. Sibel: Aku memang dari awal tak setuju pasal kemasukkan lembu daripada China tu. Aku cuma ‘ikan bilis’, sebab tu matlamat menghalalkan cara. Bagi aku, lembu itu keluar pun ada eloknya sebab aku dapat menjalankan program breeding kat PTHJG.

    Aku setuju ngan idea kor.Aku lagi setuju kalau semua lembu kat PTHJG tu kena cull. Ini baru dapat memastikan ladang kita bebas dari segala penyakit. Untuk pengetahuan kor Sibel, bukan FMD dan Brucella jek ada kat situ. Ada byk lagik, tapi…tak elok rasanya kalau kita chat kat sini. Apa kata kita berjumpa, at least kita dapat berkenalan. Amacam??? call aku kalau kor free, 017-6611200.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>