Kenapa yek???
Kenapa orang 'kita' selalu ada penyakit PHD. Bukannya diorang nak buat PhD. Tapi, selalu ada PHD. Entah la, kalau aku nak katakan. Makin sakit hati bila memikirkan. Tapi, semakin hari., aku semakin bersedia dengan apa jugak yang orang nak cakap. Sejak aku kerja kerajaan, ia banyak mengajar aku bersabar. Bersabar dengan kerenah lembu, kerenah pekerja dan kerenah orang.
Dalam banyak-banyak kerenah, terus terang aku cakap. Kerenah lembu lagi senang nak jaga dari kerenah orang. Sehinggakan aku dah malas nak ambil port hal atau kerenah orang yang memang ternyata ada penyakit hasad dengki nie. Bangun la, wahai bangsa aku. Jangan ada perasaan hasad dengki, dan selalulah bersangka baik. Insya-Allah, segalanya akan dipermudahkan.
Sehingga kini, bila ada orang yang bercakap. Jauh dari sudut hati aku berkata, "Ahh…lantak la, mulut orang". Dengan cara ini, aku dapat menenangkan jiwa aku.
Sehingga kini, aku dah meningkatkan bilangan rokok aku kotak per hari. Hahahaha…dari sekotak kepada 2 kotak sehari. Adui, pening jugak nie. Ingatkan nak kurangkan rokok. Tapi, makin menjadi-jadi bila memikirkan masalah. Anyway, aku suka dengan masalah yang melanda aku sebab bagi aku ia merupakan cabaran untuk diri aku. Terima kasih kepada mereka yang ada PHD.
Anyway, just nak bagi tau. Rumah aku sekarang dah ada line streamyx. Laju gila line kat sini. Mungkin sebab kat tempat aku nie tak ramai yang pasang streamyx. Jadi, line tu boleh cecah 1.23Mbps. Di mana langganan aku sebulan adalah, 512Mbps. Hehehhe…terima kasih TmNut. Hahahahha….Ops, ada orang TmNut yang baca blog aku nie ker tak??? Lantak la, mulut orang. Hahahahha….