Kenapa yek???
Kenapa orang 'kita' selalu ada penyakit PHD. Bukannya diorang nak buat PhD. Tapi, selalu ada PHD. Entah la, kalau aku nak katakan. Makin sakit hati bila memikirkan. Tapi, semakin hari., aku semakin bersedia dengan apa jugak yang orang nak cakap. Sejak aku kerja kerajaan, ia banyak mengajar aku bersabar. Bersabar dengan kerenah lembu, kerenah pekerja dan kerenah orang.
Dalam banyak-banyak kerenah, terus terang aku cakap. Kerenah lembu lagi senang nak jaga dari kerenah orang. Sehinggakan aku dah malas nak ambil port hal atau kerenah orang yang memang ternyata ada penyakit hasad dengki nie. Bangun la, wahai bangsa aku. Jangan ada perasaan hasad dengki, dan selalulah bersangka baik. Insya-Allah, segalanya akan dipermudahkan.
Sehingga kini, bila ada orang yang bercakap. Jauh dari sudut hati aku berkata, "Ahh…lantak la, mulut orang". Dengan cara ini, aku dapat menenangkan jiwa aku.
Sehingga kini, aku dah meningkatkan bilangan rokok aku kotak per hari. Hahahaha…dari sekotak kepada 2 kotak sehari. Adui, pening jugak nie. Ingatkan nak kurangkan rokok. Tapi, makin menjadi-jadi bila memikirkan masalah. Anyway, aku suka dengan masalah yang melanda aku sebab bagi aku ia merupakan cabaran untuk diri aku. Terima kasih kepada mereka yang ada PHD.
Anyway, just nak bagi tau. Rumah aku sekarang dah ada line streamyx. Laju gila line kat sini. Mungkin sebab kat tempat aku nie tak ramai yang pasang streamyx. Jadi, line tu boleh cecah 1.23Mbps. Di mana langganan aku sebulan adalah, 512Mbps. Hehehhe…terima kasih TmNut. Hahahahha….Ops, ada orang TmNut yang baca blog aku nie ker tak??? Lantak la, mulut orang. Hahahahha….
biarlah kek oghang nak kato apo bot,dah mmg melayu eh mmg ghomann eh gitu.kot layan kang lagilah sakit hati dibueknyo.
ko ckp lantaklah mulut oghang. kalau den, den kaba’an cenggini yo “poie lah mampuih!”.hahahaha
Reply
Betul bot, aku sokong pendapat ko..kiter jaga periuk nasik kiter udahlah..bukan org yg dengki tu nak naikkan gaji kiter..bukan org yg dengki tue nak bg makan minum kat kiter..bukan org yg dengki tue nak blanjer kiter ker ape..yg penting kiter buat perkara yg betul..yg lain2 tue serahkan kat Allah jer bot..sabar bot,dunia kerja lagi kejam dari dunia student..semoga menjadi seorg yg tabah..den banggo ngan ko..
Reply
perghh…laju tuuuuu. Apalagi, angkat lah Rapidshare Premium. Bleh download bergiga-gigabyte dalam masa sehari. jeles aku…
Reply
Aku ingat aku sorang jer tengah mengalami tekanan perasaan dengan PHD orang kita nie… ahakz..
Tulah… aku pun bengang tahap dewa dengan kerenah ‘orang-orang’ yang kononnya maha bijaksana tuh… takleh tengok orang senang sikit.. mulalah nak menyakitkan hati aku. Tu pasallah kalau ko bukak blog aku… tarak entry. Aku dah tutup. Biarkan amarah aku nie reda, bergantung pada keadaan. Sama ada mahu meneruskan penulisan atau tidak. Bohsan beb..
Anyway.. best nyer ada koneksi internet kat rumah… ahakz..
Reply
bot.. insaf-insaflah rokok tu….. same je cam berhati2 di jalanraya tu…. (Ingat Orang TErsayang)
Reply
best kan duk gemas? ahahhahha. torrent bleh cecah 60kbps kekadang tuh. asyiksss. tapi dulu lagik best dobot. aku bleh online dari jumaat malam sampai pagi isnin dengan kelajuan dl torrent 55kbps tanpa diconnected. suka aku!
Reply
Tahniahlah dah ada streamyx. Laju ekk. tempat aku ni macam siput! Hu hu hu!
Reply
dobot, niat kerja kerana ibadat… insyaallah hati lagi tenang.
Reply
sila bnyak2kan bersbr ngn org2 PHD ni ek bot…sila…sila…hehehe…org2 PHD ni kna byk2 ber’ibadat’…huhu!!!!
Reply
dari pengamatan saya, biasanye orang yang dengki ni..dia ada persamaan ngan kita..
sama bangsa, sama jawatan, sama kos belajar, sama barang berniaga dan sama, sama yang lain.
sukar nak huraikan kenapa dengki, barangkali kerana ada elemen persamaan, takut terancam, lantas wujud persaingan, maka meletuslah perasaan nak lebih dari orang lain…
Reply
Yani: Aku tak kata aku tak tenang di tempat kerja. Malah, aku seronok kerja. Cuma, berkerja dengan orang lebih mematangkan kita.Itu yang aku cuba sampaikan. Dan,aku tak cakap yang orang PHD itu adalah rakan sekerja aku.
Azizul :mungkin itu dari pengamatan Azizul. Tapi, percaya lah. Sifat dengki yang tak bertempat ini hanya dipelopori oleh bangsa kita jek.Tidak dipengaruhi oleh jawatan, course belajar, berniaga.
Hehehehe…mungkin Azizul menyangka kawan sekerja saya dengki dengan saya. Ramalanmu salah belaka.
Reply