Memantai
Jika ditanya generasi masa kini, tidak ramai yang mengetahui mengenai adat memantai (menyembelih binatang) menjelang Aidilfitri, antara warisan unik yang masih diamalkan masyarakat Minangkabau di negara ini. Entah di mana silapnya, adat ini yang masih diamalkan di beberapa perkampungan di Selangor dan Negeri Sembilan seakan dilupakan. Tuntutan gaya hidup moden menyebabkan ramai yang memilih untuk membeli daging di gerai.
Semalam, tempat aku bekerja membuat aktiviti memantai. Alhamdulillah, acara bermula jam 10 malam dan berakhir jam 3 pagi. Aku sebenarnya malas nak buat masa siang. Sebab ia akan mengganggu masa kerja. Selain dari itu, kalau hari siang kebanyakkan staff aku yang muda-muda tu malas nak memantai sebab tak dapat merokok/makan.
Mengikut cerita orang tua-tua, adat ini asalnya diadakan pada hari mantai iaitu hari melihat anak bulan bagi menentukan tarikh hari raya. Tapi, disebabkan ramai yang mintak cuti awal, jadi aku tak buat memantai pada hari mantai iaitu masa melihat anak bulan. Selain daripada itu, kemeriahan adat ini tidak hanya membabitkan kita bergotong-royong melapah daging, tetapi merangkumi keseluruhan persediaan mereka menyambut lebaran seperti membakar lemang, buat rendang dan lelain lagik. Tapi, disebabkan kesuntukkan masa dan budget yang terhad. Aku hanya membuat aktiviti penyembelihan jek.
Kepada staff aku yang terbaca blog aku nie, aku ingin mengucapkan terima kasih di atas kerjasama tuan/puan semua.
| Print article | This entry was posted by doBot on Wednesday, 10 October 2007 at 1650, and is filed under Work. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |


about 2 years ago
alamak, siap pakai jentolak tu….
Slamat Hari Raya
Reply
about 2 years ago
tu cam yellow cattle je tu? keh keh keh …
Reply