Archive for November, 2007

Photolog 1

Hasil aku pada minggu ini bersama 'bini baru' aku. Banyak lagik teknik-teknik yang perlu aku belajar. Buat masa ini, learn how the basic work. Boss aku pernah cakap kat aku, fotografi adalah subjektif. Bukan kamera yang memainkan peranan, tapi teknik. Baru aku tau, ada banyak teknik rupanya seperti zoom burst, panning dan silhouette. Gambar kat atas nie adalah basic setting jek. Cuma gambar langit tu aku menggunakan filter circular polarizer untuk menjadikan langit itu lebih 'biru'. Buat masa sekarang, aku dalam tempoh 'tembak' main-main (belajar) jek. Ada sesiapa nak pergi menembak dengan aku? Jom kita berkongsi ilmu.

Pandang ke bawah, bukan ke depan.

Hari tu aku ada menulis pasal aku langgar kayu di atas jalan raya di Gemas. Ramai orang memberi nasihat. Apabila nampak benda atas jalan, jangan langgar. Sudah menjadi hobi aku suka melanggar benda atas jalan melainkan bangkai haiwan.

Pada satu petang di dalam ladang, aku menaiki motorsikal. Tiba-tiba aku ternampak barang kayu berwarna hitam di atas jalan raya. Aku dengan riaknya memulas throttle motor aku, dengan harapan aku boleh melanggar kayu itu dengan jayanya. Apabila telah sampai dekat. Aku melihat kayu itu bengkang-bengkok. Erkkk…kayu apa nie??? Ehh??? Bergerak pulak kayu nie. Oh, ini bukannya kayu. Tetapi, ular tedung.

Dengan cuaknya (setelah riak tadi) aku menekan brek motorsikal aku. Malang sekali, hampir terjatuh sebab jalan di ladang berpasir/tanah merah dan bukan bertar. Ini menyebabkan motorsikal aku hilang kawalan disebabkan membrek tayar belakang. Nak guna brek tayar depan, tak makan pulak. Apa nak jadi pun jadi la… Aku terus memulas throttle aku kerana aku fikir kalau membrek atau berhenti bukan penyelesaian yang baik. Aku pulas throttle, dengan riak sekali lagik aku berjaya melintasi ular itu di mana semasa aku melintasinya. Ular itu menegakkan kepalanya dan aku terlanggar ekornya. Alhamdulillah, aku tak jadi apa-apa.

Dengan ini, aku ingin menasihati kawan-kawan aku yang mebawa kenderaan. Jika bawa kenderaan, jangan pandang depan. Tapi, pandang bawah.

Zu & Joe

Semalam aku ngan Syahar bersama kengkawan lain berkesempatan untuk pergi ke rumah ex-coursemate kitaorang kerana urusan perkhawinan. Dah lama tak jumpa kengkawan, rindu pulak rasanya. Hari tu, Syahar ada hantar sms 'touching' kat semua kengkawan dia. Ada ker dia cakap rindu zaman belajar dulu, bila tengok koleksi gambar dalam laptop dia.

Itu la kor Syahar. Siapa suruh dok kat Pulau tu. Kan dah terasa ter'pulau'. Bila tengok gambar, teringat muka aku kan??? Hahahaha…Itu belum Jawe (Anjas) yang jauh di sana. Kor rindu tak ngan kiterorang. Hahahahah…tak pe la Jas. Nanti kalau kor dah balik Malaysia. Kor jangan lupa roger kiterorang. Nak jugak aku tengok wajah anak kor nanti. Erkkk, bini kor dah berbadan dua ker belum? Papehal, aku doakan keselamatan korang berdua kat sana. Ok la, aku nak tepek skit gambar terutama untuk kengkawan yang tak dapat menghadiri majlis perkhawinan Zue ngan Abang Joe.


Sementara menunggu kedatangan kengkawan lain, sempat jugak Mamat ini bergambar berlatar belakangkan Masjid UPM.

 


Zu, awat kepala hang teleng? hahahaha… makan leher ayam banyak ker atau kontrol ayu. Fewittt…

 


Dok menjeling lak kat Abang Joe. Kontrok bang…kontrol bang…fuh, fuh…fuhhhh….

 


Dengan adanya, bakal ibu yang berada di tengah tu (tudung ungu), secara tiba tiba gambar ini hilang seri pengantin. Hahahahah…ilek Kin.

 

Lori rakuszzz

Salah satu cerita yang aku tengok berulang-ulang kali adalah Spiderman (movie) dan sekarang, cerita yang selalu aku tengok berulang kali adalah Transformer (movie).

Aku tertarik pada satu ayat dalam cerita tu di mana pada ketika itu, Optimus Prime sedang berlawan dengan Megatron pada penghujung cerita. Megatron ada keluar kata-kata yang menyentuh perasaan aku pada masa tu, iaitu "Prime!!! You still fight for the weak, that is why you lose". Entah la, pada korang mungkin ayat ini biasa, tapi…bagi aku ia satu ayat yang buat aku berfikir sejenak, dan merenung masa lalu.

Ok la, malas la aku nak mengarut benda nie. Aku cuma nak berpesan kepada kengkawan yang lalu ke kawasan Gemas. Berhati-hati di jalan raya. Aku geram tengok lori-lori yang bawak kayu balak kat sini. Hari-hari kalau aku lalu kawasan sini, mesti aku mengutuk lori yang lalu- lalang. Diorang nie kengkadang selalu, bawak lori dengan membawa muatan lebih had. Sampai nak terbuang-buang kayu dalam lori tu.

Bukan sahaja diorang nie bawak kayu balak, malahan diorang nie bawak kayu yang telah dipotong kecil-kecil. Cisss…kayu yang kecil nie la membahayakan penumpang kerana ia tak diikat, malahan disorok di bawah kanvas. Kononnya tak bagi orang nampak la, tapi cuba bayangkan kalau kayu yang 'kononnya tak nampak' itu jatuh ke bawah. Nak-nak lagik kalau ada motorsikal kat sebelah atau belakang. Perghh…tetiba aku teringat cerita "Hujan di tengah hari" (lakonan Jins Samsudin pada zaman 80-an dulu).

Semalam, aku menjadi salah satu mangsa lori-lori rakus ini. Dari jauh aku dah nampak satu objek di atas jalan, aku memandu kereta aku dengan perlahan dan ingin melanggar objek itu. Dalam hati aku, itu adalah 'sponge' yang berbentuk kiub panjang. Bila dah sampai dekat, baru aku nampak, rupanya tu adalah kayu yang berbentuk kiub panjang. Aku mengelak. Fuhh…berjaya mengelak. Tiba-tiba…

Aku merasakan stering aku berat. Aduh…aku dah agak. Mesti kejadian masa aku terlanggar lubang besar dulu nie. Sah, tayar aku koyak. Koyak disebabkan terhiris dengan kayu yang aku cuba elak tadi. TIDAK!!!, dengan lemah longai aku menukar tayar ganti, dan terus menukar tayar baru. Tak pasal pasal duit aku terbang petang tu.

Moralnya, kalau lalu Gemas nie. Hati-hati dengan lori yang rakus nie dan juga Polis. Polis kat sini memang berlambak, tapi satu polis pun aku tak pernah tengok yang menyaman lori-lori rakus nie. Oh….apa nak jadi nie???