Pandang ke bawah, bukan ke depan.

Hari tu aku ada menulis pasal aku langgar kayu di atas jalan raya di Gemas. Ramai orang memberi nasihat. Apabila nampak benda atas jalan, jangan langgar. Sudah menjadi hobi aku suka melanggar benda atas jalan melainkan bangkai haiwan.

Pada satu petang di dalam ladang, aku menaiki motorsikal. Tiba-tiba aku ternampak barang kayu berwarna hitam di atas jalan raya. Aku dengan riaknya memulas throttle motor aku, dengan harapan aku boleh melanggar kayu itu dengan jayanya. Apabila telah sampai dekat. Aku melihat kayu itu bengkang-bengkok. Erkkk…kayu apa nie??? Ehh??? Bergerak pulak kayu nie. Oh, ini bukannya kayu. Tetapi, ular tedung.

Dengan cuaknya (setelah riak tadi) aku menekan brek motorsikal aku. Malang sekali, hampir terjatuh sebab jalan di ladang berpasir/tanah merah dan bukan bertar. Ini menyebabkan motorsikal aku hilang kawalan disebabkan membrek tayar belakang. Nak guna brek tayar depan, tak makan pulak. Apa nak jadi pun jadi la… Aku terus memulas throttle aku kerana aku fikir kalau membrek atau berhenti bukan penyelesaian yang baik. Aku pulas throttle, dengan riak sekali lagik aku berjaya melintasi ular itu di mana semasa aku melintasinya. Ular itu menegakkan kepalanya dan aku terlanggar ekornya. Alhamdulillah, aku tak jadi apa-apa.

Dengan ini, aku ingin menasihati kawan-kawan aku yang mebawa kenderaan. Jika bawa kenderaan, jangan pandang depan. Tapi, pandang bawah.