Salah satu cerita yang aku tengok berulang-ulang kali adalah Spiderman (movie) dan sekarang, cerita yang selalu aku tengok berulang kali adalah Transformer (movie).

Aku tertarik pada satu ayat dalam cerita tu di mana pada ketika itu, Optimus Prime sedang berlawan dengan Megatron pada penghujung cerita. Megatron ada keluar kata-kata yang menyentuh perasaan aku pada masa tu, iaitu "Prime!!! You still fight for the weak, that is why you lose". Entah la, pada korang mungkin ayat ini biasa, tapi…bagi aku ia satu ayat yang buat aku berfikir sejenak, dan merenung masa lalu.

Ok la, malas la aku nak mengarut benda nie. Aku cuma nak berpesan kepada kengkawan yang lalu ke kawasan Gemas. Berhati-hati di jalan raya. Aku geram tengok lori-lori yang bawak kayu balak kat sini. Hari-hari kalau aku lalu kawasan sini, mesti aku mengutuk lori yang lalu- lalang. Diorang nie kengkadang selalu, bawak lori dengan membawa muatan lebih had. Sampai nak terbuang-buang kayu dalam lori tu.

Bukan sahaja diorang nie bawak kayu balak, malahan diorang nie bawak kayu yang telah dipotong kecil-kecil. Cisss…kayu yang kecil nie la membahayakan penumpang kerana ia tak diikat, malahan disorok di bawah kanvas. Kononnya tak bagi orang nampak la, tapi cuba bayangkan kalau kayu yang 'kononnya tak nampak' itu jatuh ke bawah. Nak-nak lagik kalau ada motorsikal kat sebelah atau belakang. Perghh…tetiba aku teringat cerita "Hujan di tengah hari" (lakonan Jins Samsudin pada zaman 80-an dulu).

Semalam, aku menjadi salah satu mangsa lori-lori rakus ini. Dari jauh aku dah nampak satu objek di atas jalan, aku memandu kereta aku dengan perlahan dan ingin melanggar objek itu. Dalam hati aku, itu adalah 'sponge' yang berbentuk kiub panjang. Bila dah sampai dekat, baru aku nampak, rupanya tu adalah kayu yang berbentuk kiub panjang. Aku mengelak. Fuhh…berjaya mengelak. Tiba-tiba…

Aku merasakan stering aku berat. Aduh…aku dah agak. Mesti kejadian masa aku terlanggar lubang besar dulu nie. Sah, tayar aku koyak. Koyak disebabkan terhiris dengan kayu yang aku cuba elak tadi. TIDAK!!!, dengan lemah longai aku menukar tayar ganti, dan terus menukar tayar baru. Tak pasal pasal duit aku terbang petang tu.

Moralnya, kalau lalu Gemas nie. Hati-hati dengan lori yang rakus nie dan juga Polis. Polis kat sini memang berlambak, tapi satu polis pun aku tak pernah tengok yang menyaman lori-lori rakus nie. Oh….apa nak jadi nie???