Hari tu aku ada menulis pasal aku langgar kayu di atas jalan raya di Gemas. Ramai orang memberi nasihat. Apabila nampak benda atas jalan, jangan langgar. Sudah menjadi hobi aku suka melanggar benda atas jalan melainkan bangkai haiwan.
Pada satu petang di dalam ladang, aku menaiki motorsikal. Tiba-tiba aku ternampak barang kayu berwarna hitam di atas jalan raya. Aku dengan riaknya memulas throttle motor aku, dengan harapan aku boleh melanggar kayu itu dengan jayanya. Apabila telah sampai dekat. Aku melihat kayu itu bengkang-bengkok. Erkkk…kayu apa nie??? Ehh??? Bergerak pulak kayu nie. Oh, ini bukannya kayu. Tetapi, ular tedung.
Dengan cuaknya (setelah riak tadi) aku menekan brek motorsikal aku. Malang sekali, hampir terjatuh sebab jalan di ladang berpasir/tanah merah dan bukan bertar. Ini menyebabkan motorsikal aku hilang kawalan disebabkan membrek tayar belakang. Nak guna brek tayar depan, tak makan pulak. Apa nak jadi pun jadi la… Aku terus memulas throttle aku kerana aku fikir kalau membrek atau berhenti bukan penyelesaian yang baik. Aku pulas throttle, dengan riak sekali lagik aku berjaya melintasi ular itu di mana semasa aku melintasinya. Ular itu menegakkan kepalanya dan aku terlanggar ekornya. Alhamdulillah, aku tak jadi apa-apa.
Dengan ini, aku ingin menasihati kawan-kawan aku yang mebawa kenderaan. Jika bawa kenderaan, jangan pandang depan. Tapi, pandang bawah.
akakakakaahh…giler ah bot..nasib baik ko tak ape2..kalu tak arwah dah kawan baik aku nie..huhuhuu..
Reply
hahahha
boleh buat movie la “jangan pandang depan”
watak utama die -> ular tedung itam gemas
hero – > farm manager @ rempit sambilan
Reply
btol tue ayuz…akakakakahh..
Reply
tuh aaa dobot neh..asik nak riak2 melanggar. hati2 laa di jalan raya :p
Reply
perghhh….nasib baik tak mati ular tu. Kalau tak, ko bleh didakwa. Ular tedung adalah spesis terlindung (ye ke? hahaha)
p/s: Dobot, ko ex-mrsm terendak ke? Jika ya, jom join forum alumni tdk. Next year ada prog besar
Reply
Anjas: Hahahah…kot kor tak sempat mintak ampun kat aku nanti. huhuhu…
Ayuz: Wakakakakka….gua jadi mat rempit sambilan pulak. Hahahha…layan Brooo
Muna: Bukan sahaja riak Muna, malahan takbur melanggar. Hehehhehe…
Sherrina: Yup sherrina, aku ex MRSM. Erkkk, bila?
Reply
next year, sambutan Jubli Perak. Join forum alumni disini:
http://www.iiumedic.edu.my/extdk/
Reply
hurm.. sian ular tu …
tak de ke lembu2 kat padang ragut ngko tu kene kikah dek kemarahan ular tu ?
ape hal pun …
hati2 di jalan ladang keh keh keh keh
Reply
Sherrina: OK Thank, kalau ada kelapangan aku gi nanti
Sibelang: Amacam gi Australia? banyak pengalaman baru? share-share la ngan junior.
Reply
Yg kau langgar ekor ular tu buat apa? Kan speed dalam ladang kau 20km sejam….. aku saman kau kang!
Mana gambor g Tjg Bidara?
Reply