Sibuk betul kebelakangan nie. Tak sempat aku nak update blog aku yang keusangan nie. Anyway, terima kasih kepada kengkawan yang sudi menjenguk ke blog aku nie. Aku juga ingin mengucapkan tahniah kepada kengkawan aku yang berjaya di dalam temuduga untuk masuk ke Jabatan. Nanti kita gi induksi sesama yek? Aku pun tak gi induk si lagik nie. Ok la, aku ingin meletak beberapa keping gambar yang aku snap minggu lepas, di mana aku ke Institut Bioteknologi Haiwan Kebangsaan di Jerantut untuk berkursus dan gambar pada majlis perkhawinan sepupu aku. Sebarang komen, amat aku hargai. Komen membina lagik aku hargai.
Cakkk!!!Gambar ini aku tangkap masa awal-awal pagi.
(Focal Length: 250mm; Exposure Mode: Aperture Priority; Metering Mode: Multi-Pattern; 1/4000 sec – F/6.3; Exposure Comp.: -1.0 EV; Sensitivity: ISO 500)
"I feel gooood….."
(Focal Length: 70mm; Exposure Mode: Aperture Priority; Metering Mode: Spot; 1/60 sec – F/5.3; Exposure Comp.: -1.0 EV; Sensitivity: ISO 500)
Masa awal pagi sebelum bertolak pergi nikah.
(Focal Length: 18mm; Exposure Mode: Aperture Priority; Metering Mode: Multi-Pattern; 1/1500 sec – F/3.5; Exposure Comp.: 0 EV; Sensitivity: ISO 160)
>
Mak uii!!! terkejut aku. Siap dengan Hulubalang sekali. Memang raja sehari betul nie. Aku tak dapat membuat composition yang baik pada langit tu. Nampak terlalu cerah atau overexpose. Ingin cuba polarizer, tapi dalam wedding event, kita kena cepat. Tak ada masa nak tukar filter. Heheheh….
(Focal Length: 18mm; Exposure Mode: Aperture Priority; Metering Mode: Multi-Pattern; 1/180 sec – F/11; Exposure Comp.: 0 EV; Sensitivity: ISO 200)
>
bot, gambo last bawah.
klu langit biru dgn awan kepul2 time tu, ko set aperture ke f8. ISO 100. shutter speed kalo pakai flash dia mmg tak lebih 200 (ejas la smpi metering ko kat 0). ko pi dekat sket dgn pengantin, rendahkan angle ko..pastu flash ko kasi tembak.
flash tu bertujuan nak fill-in kawasan gelap sebab langit atas cerah, dan bila ko pegi rendah, nnt muka pengantin jadi gelap.
itu org ajar kat aku dulu la…kasi try aaa.
jom la outing bila2. Bleh aku bagi sket ilmu yang sikit dari aku ni.
Reply
fullamak, dah keluar dah segala focal length, exposure mode bagai….perghhh..
Reply
elo dr dobot. aku nak cakap tahniah sebab kamera n lens yang bole tahan power dan lengkap (compare dengan aku)..hehe
ok crtical comment. overall memang good composition. framing cantek. yg tu aku rasa xde masalah. tp kalo bole, masa daylight shooting, cuba guna iso yang rendah yang bole (100-200 ke). iso rendah untuk elakkan banyak ‘noise’ dalam gamba ko.elak guna iso tinggi unless necessary. cth gamba 1-2 yg kat ibhk tu, iso 500 agak tinggi gak.just mu 2 cents..keep shooting
Reply
Cayalah bot..tunggu hasil nukilan dari aku lak keh..kekekee..nanti ko ajar aku keh mana yg boleh..aku nie kan buta IT sket..kekekekee..selamat menembak bot..
Reply
perghh… salina ajar guna manual setting tuu… hehehe…
terima kasih salina…
Reply
nie yang aku malas nak tinggal komen dlm blog ko nie bot. sembang bab2 kamera nie,jeles tul aku.mentang2 lah aku pakai 4.1mp jek.jelesnya aku.hahahha.
apa kabau ko?ko masih kejer kat kluang?.aku balik kluang ujung bulan nanti leh ah kita lepak2 minum kat jalan yap tau sah ker,belakang panggung wayang lama kat town ker,ker lepak kluang station ker, roger aku ok?.
Reply
Assalamualaikum wrth.
fuyo bot, lawa gambo2 ko amik. aku masih lagi menunggu e-book ko ni. teringin jgk nak join d club tapi basic bahasalensa, aku xblajo lagi, xleh nak terima dek antenna aku lagi bahasa2nye, sampai ISO pn ade, aku ingat ISO ni kat fakulti n pejabat2 je ade
Reply