Satu ketika dahulu, menulis blog dah menjadi satu kewajipan pada aku. Rasa, kalau tak menulis. Macam tak sah. Sekarang nie, bila aku nak menulis blog, rasa macam takut-takut. Hahahah, maklum la. Dah kerja kerajaan nie jarang update blog sebab takut-takut terlepas pulak rahsia kerajaan nie. Tapi, kengkadang tu ada jugak terlepas.
Buat masa sekarang, aku agak sibuk dengan urusan MAHA 2008. Yang paling aku menyampah bila MAHA 2008 nie adalah perangai supplier yang manjang call aku. Bila dan dari mana tah dia dapat tahu aku terlibat dengan MAHA 2008 pun aku tak tau. Selalunya, aku akan cuba meletak telefon aku secepat mungkin kerana panggilan dari mereka-mereka ini membuatkan aku pening kepala nak melayan. Antara sebab aku malas nak layan kerana aku pun tak finalize lagik pasal MAHA nie, diorang dah usya-usya nak job. Sabar la, bila aku memerlukan korang, aku akan call. Tak payah korang nak membodek aku untuk mendapatkan kerja. Kengkadang, geli hati aku melihat gelagat mereka. Jika dengan aku tak dapat call, diorang terus jumpa boss besar aku. Hahahah…jumpa la. Yang penting aku menjalankan amanah yang telah diberikan kepada aku.
Aku sekarang sedang menghitung hari nie. Mengelabah jugak nak kahwin nie. Kursus tak pergi lagik, hantaran tak beli lagik. Erkkk, itu semua tak penting. Yang penting aku selamat nanti. Insya-Allah, bila dah siap kad nanti, aku akan hantar kepada korang yek. Kalau tak ada kad, aku akan email atau letak invitation di dalam website yek. Hehhehe, maklumla…ingatkan murah nak buat kad khawin nie. Nak buat kad jek dah dekat RM2000. Pergh, besar jugak belanja khawin nie. Nasib baik la kahwin nie sekali jek. Hahahah, kalau 2 kali, 3 kali atau 4 kali. Entah la….


