Baru balik daripada Terengganu setelah selama 5 hari berada di sana. Sepanjang 5 hari di sana, kami membuat semakan terhadap Aset Kerajaan yang ada di ladang masing-masing. Nasib baik aku bawak 2 orang staff aku, boleh la aku menjadi pemerhati di sana dan sambil menangkap beberapa keping gambar. Alhamdulillah, semuanya telah di semak oleh Boss, dan kami bertolak pulang ke Gemas pada pagi Khamis di mana sempat jugak aku pusing-pusing bandar Kuala Terengganu untuk menangkap gambar kawasan sekitar Pasar Payang.
Ok la, aku akan letakkan beberapa keping gambar untuk di kongsi bersama. Jika ingin tengok lebih banyak gambar, sila tekan sini.
"Usang…"
Kawasan di sekitar Pusat Ternakan Haiwan Tersat. Aku tertarik dengan tekstur batu di sini. Amat sesuai jika kita ingin menjadikan sesuatu gambar yang berkonsepkan 'oldies'.
Semasa pergi ke Pasar Payang, aku tertarik dengan langit biru mengadap Pulau Duyong
"Dimamah usia …"
Aku menggunakan lens 50mm, setelah diracun oleh beberapa orang. Hasilnya, memang menakjubkan. Gambar sharp. Tapi, aku kena perlu lebih berhati-hati untuk bermain dengan aperture.

Pergh..syaaaabbaas lah bot..gambar yg “dimamah usia” tue mmg extreme larr..nice shot..!!
Reply
Lama dah aku tak merayap ke Trengganu.
Gambar2 yang berjiwa! Aku suka!
Reply
bot… sekali tgk ko ni macam Dr.Aidi lah… hehehe… may be ko kecik sket kot… hahaha.. Jaga badan sket bot… nanti tak leh turun dah… Apesal Ann tu gebu gak??? Besh ke dok Lenggong tu??
Reply
pasal apa dr. ardhy muncung je bibir dia? cari apa?
Reply