PLKN
Dapat jugak aku mengupdate blog aku nie. Sekarang nie aku dah makin jarang dan makin jarang dan jarang-jarang mengupdate blog. Abang aku yang selalu mengupdate blog. Pada minggu lepas, aku menghantar adik aku ke Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Mantin. Kem kat sana di kenali sebagai 'Kem Sri Perkasa'. Cantik, itu ungkapan pertama aku bila melihat tempat tu.
Teringat aku kepada tempat kerja lama aku masa tu. Mai Farm, di Kelumpang Selangor. Kawasan kem ini berdekatan dengan bukit. Percaya la dik, kalau masa pagi-pagi mesti cantik pemandangan kat situ. Dengan kabus pagi menyelubungi bukit. Suasana aman dan damai. Sama keadaan dia macam tempat kerja lama Angah. Indah pemandangan alam ciptaan Allah.
Sayang masa aku pergi hari tu, hari dah tengahari. Jadi, aku hanya dapat buat shot panas terik jek. Cian aku tengok anak buah aku yang sorang tu. Kena panas sebab nak hantar Mak Su dia pergi PLKN. Aku pun memutar dial dan batang lensa aku sambil memcari setting yang sesuai untuk tangkap gambar masa panas. Perghh, susah. Bila aku dapat shot muka orang tu, background belakang pulak yang akan overexpose. Bila teringat pesan Salina, pakai flash untuk fill in muka orang tu. Betul jugak cakap Salina, tapi. Aku malas betul nak bawak flash. Berat. Untuk menghasilkan gambar yang tak terlebih expose. Aku mengangkap gambar dari jauh. Mula-mula aku guna circular polarizer filter (CPL). Tapi, aku heran. Bila aku pakai CPL, makin menjadi-jadi vignetting. Adui, last-last aku tak pakai filter. Aku cuma control white balance jek.
Erkkk, apa la yang aku ngomel nie. Kepada abang aku, aku bukan fast learner. Tapi, orang yang tidur dengan manual kamera dan bukan Merck Manual. Heheheheheh….
| Print article | This entry was posted by doBot on Tuesday, 1 January 2008 at 2141, and is filed under My Life. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |



about 2 years ago
bot,
adik hanya bulih baca entry nko bilo dio cuti rayo cino nanti…
buek maso nie dio tongah sibuk masuk kelas
Reply
about 2 years ago
bot, lupa nk bgtau ko. fill-in tak semestinya pakai flash gedabak. kot malas beno, pakai aje built-in tuh. boleh jugak. yg penting fill-in. tp tak le ko leh control banyak benda mcm flash gedabak.
cantik gambo langit biru ko.
Reply