Tak ada tajuk

Satu ketika dahulu, menulis blog dah menjadi satu kewajipan pada aku. Rasa, kalau tak menulis. Macam tak sah. Sekarang nie, bila aku nak menulis blog, rasa macam takut-takut. Hahahah, maklum la. Dah kerja kerajaan nie jarang update blog sebab takut-takut terlepas pulak rahsia kerajaan nie. Tapi, kengkadang tu ada jugak terlepas.

Buat masa sekarang, aku agak sibuk dengan urusan MAHA 2008. Yang paling aku menyampah bila MAHA 2008 nie adalah perangai supplier yang manjang call aku. Bila dan dari mana tah dia dapat tahu aku terlibat dengan MAHA 2008 pun aku tak tau. Selalunya, aku akan cuba meletak telefon aku secepat mungkin kerana panggilan dari mereka-mereka ini membuatkan aku pening kepala nak melayan. Antara sebab aku malas nak layan kerana aku pun tak finalize lagik pasal MAHA nie, diorang dah usya-usya nak job. Sabar la, bila aku memerlukan korang, aku akan call. Tak payah korang nak membodek aku untuk mendapatkan kerja. Kengkadang, geli hati aku melihat gelagat mereka. Jika dengan aku tak dapat call, diorang terus jumpa boss besar aku. Hahahah…jumpa la. Yang penting aku menjalankan amanah yang telah diberikan kepada aku.

Aku sekarang sedang menghitung hari nie. Mengelabah jugak nak kahwin nie. Kursus tak pergi lagik, hantaran tak beli lagik. Erkkk, itu semua tak penting. Yang penting aku selamat nanti. Insya-Allah, bila dah siap kad nanti, aku akan hantar kepada korang yek. Kalau tak ada kad, aku akan email atau letak invitation di dalam website yek. Hehhehe, maklumla…ingatkan murah nak buat kad khawin nie. Nak buat kad jek dah dekat RM2000. Pergh, besar jugak belanja khawin nie. Nasib baik la kahwin nie sekali jek. Hahahah, kalau 2 kali, 3 kali atau 4 kali. Entah la….

6 thoughts on “Tak ada tajuk

  1. Biasak argh bot… nak job depa kenalah kerja lebih skit…

    Hehehe.. itu baru kad kan bot?.. tapi tu budget utk untuk 2 pihak kan?.. (kita org spend RM1635 utk kad)… banyak giles rasanya… cop.. dah dapat kad alangz tuh?.. (datang ekk)…

    Akupun menghitung hari jer nie.. ko akan rasa apa yang aku rasa.. macam2 rasanya… wakaka… tak karuan beb…

    Reply

  2. hahaha.. cerita pasal kahwin.. I like the last part.. Becareful bot, kang cakap nak kahwin 2, 3 atau 4.. Habis kau.. !!!

    Just a little reminder, kalau bot nak kahwin.. Sila bagi date earlier. I can arrange and attend it. SO please let me know ya.. I have been missing a lot of our good friend’s wedding.. I felt sad..

    Life over in Borneo island is great !! marilah, honeymoon di sini bot..

    Reply

  3. Betul tue Dennis, i’m quite agree with your first para…hehehe..ada hati ker bot nak 2, 3 dan 4..kekeke..kalu yg majlis lepas tue, bleh arr aku attend..kekekkeeke..

    Bot, ko dtg honeymoon kat sini lah bot..aku sponsor tpt tinggal ngan makan..tapi hari2 ko kena layan lembu ngan kambing arr kiri kanan ko…akakakaka..samo jer cam jolai gomas tue ah..

    Amat..dobot bukan ker dah gi kursus kawen free dulu?kekekekekeke..takkan nak kursus lagi? mungkin kursus berenti merokok ataupon kursus fitness kot..huak huak huak..jgn marah bot..!!

    Selamat pengantin baru kat kawan aku yg besh nie..hehehe..

    Reply

  4. 22hb – sepang. sorry aaa dobot, ada janji ngan kimi aaaa. anyway congrats aaa. nanti2 kot aku lak kawen, ko kojo gomeh lagik, jangan lak boikot aku, ahahhaha

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>