Mars & Venus

Men are from Mars, Women are from Venus…

Itu la buku yang pernah aku baca ketika dulu. Aku pinjam dari akak ipar aku. Menarik, dan ada kaitannya. Buku ini dikarang oleh John Gray. Buku nie dah lama, tapi masih menarik untuk dibaca.

Semalam, aku pergi ke kursus kahwin. Macam-macam topik yang dibincangkan. Terutama hubungan suami-isteri. Bila penceramah itu menyebut, lelaki dan wanita adalah berbeza. Aku teringat akan buku yang aku baca nie setahun yang lepas. Sama…metaphor yang ingin disampaikan oleh penulis buku ini menceritakan lelaki berasal dari Mars dan wanita dari Venus. Masing-masing berbeza. Penduduk Mars berkahwin dengan penduduk Venus. Apa akan jadi???

Aku bagi satu contoh, bila seseorang lelaki mempunyai masalah (bukan masalah rumah tangga) dia tidak akan menceritakan kepada bini dia. Ini kerana, dia merasakan dia boleh menyelesaikannya sendiri tanpa bertanya kepada isteri. Jadi, dia akan duduk berdiam diri sambil berfikir sehingga dapat jawapan dia. Bila dah dapat jawapan, baru la dia akan berasa lega.

Tetapi, terbalik pula dengan perempuan. Perempuan lagik suka meluahkan dari pada berfikir. Biarlah lelaki tidak memberi jalan penyelesaian, asalkan lelaki itu mendengar dengan baik masalah perempuan tadi (bukan masalah rumah tangga). Bagi mereka, jika dah luahkan maka selesai masalah. Kadang-kala tu, apa yang diluahkan tidak relevan dengan masalah meraka. Melalut ke tempat lain. Janji, mereka dapat melepaskan emosi mereka. Sampai kengkadang, suami dah tak larat nak melayan. Itu la penduduk venus…Hehehhe…

Kepada bakal-bakal suami atau isteri atau mereka yang dah menjadi suami isteri, jika korang ingin membaca buku ini. Korang bolehlah memuat turunya di sini. Aku suka gaya penulisan penulis ini mengolah metaphor suami-isteri. Ok la, selamat membaca.