"Wajah mu sering ku mimpi"….
"Diri mu kerap ku mimpi"….
Rangkap di atas adalah salah satu rangkap lagu Spider yang tengah top sekarang, 'Bila nak saksi'.
Perempuan : Nanti awak tujukan la lagu Spider nie kat kite yek???
Lelaki : Eh??? Kenapa pulak???
Perempuan : Yea la, lagu nie sedap.
Lelaki : Ish, tak elok tau!!!.
Perempuan : Kenapa pulak?
Lelaki : Yea la, tak baik menipu. Sekarang nie memang tak pernah kite mimpikan awak. Bila malam jek, letak kepala. Terus lelap. Tak mimpi apa-apa langsung. Sedar-sedar jek dah pagi. Penat betul bila dah kerja nie.
Perempuan : Aduiii!!! teruknya mamat nie. Baru nak bermanja…. (perempuan berkata di dalam hati sambil menepuk dahi).
Moralnya:
1. Tak baik menipu, walaupun tunang sendiri.
2. Perempuan kena terima hakikat, lelaki adalah makhluk Allah yang JUJUR.
3. Orang perempuan memang suka main tuju-tuju. Cait…
4. Cari tempat yang sesuai untuk bermanja. Hahahahaha….
Nota kaki: Cerita di atas tiada kena dengan mana-mana individu.