Bila nak saksi

"Wajah mu sering ku mimpi"….

"Diri mu kerap ku mimpi"….

Rangkap di atas adalah salah satu rangkap lagu Spider yang tengah top sekarang, 'Bila nak saksi'.

Perempuan : Nanti awak tujukan la lagu Spider nie kat kite yek???

Lelaki : Eh??? Kenapa pulak???

Perempuan : Yea la, lagu nie sedap.

Lelaki : Ish, tak elok tau!!!.

Perempuan : Kenapa pulak?

Lelaki : Yea la, tak baik menipu. Sekarang nie memang tak pernah kite mimpikan awak. Bila malam jek, letak kepala. Terus lelap. Tak mimpi apa-apa langsung. Sedar-sedar jek dah pagi. Penat betul bila dah kerja nie.

Perempuan : Aduiii!!! teruknya mamat nie. Baru nak bermanja…. (perempuan berkata di dalam hati sambil menepuk dahi).

Moralnya:
1. Tak baik menipu, walaupun tunang sendiri.
2. Perempuan kena terima hakikat, lelaki adalah makhluk Allah yang JUJUR.
3. Orang perempuan memang suka main tuju-tuju. Cait…
4. Cari tempat yang sesuai untuk bermanja. Hahahahaha….

Nota kaki: Cerita di atas tiada kena dengan mana-mana individu.

4 thoughts on “Bila nak saksi

  1. I likeeee….

    Hahaha.. aku suka bangat baca entri ko nie bot.. dan pernyataan mengenai “Perempuan kena terima hakikat, lelaki adalah makhluk Allah yang JUJUR.” amat-amatlah aku sokong…

    Tapikan… moral of the story tuh… “tak baik menipu walaupun TUNANG sendiri”… cam sesuatuh jer… wakkakaka…

    Apapun… be yourself.. best of luck bot..

    Reply

  2. sangatt jujurr, hahahah. memang kot lelaki neh spesies terlampau jujur atau spesies lidah bercabang :p

    aku pon kadang2 hangen je dengar jawapan2 jujur dr mulut lelaki itu, huhu

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>