Knight Industries Three Thousand

Kalau korang sezaman membesar dengan aku, mesti masa kecik-kecik dulu korang selalu tengok ceritak Knight Rider kan? Antara siri tv yang menjadi kegilaan pada masa tu. Salah satu kegilaan kereta pada masa tu, pastinya kereta itu boleh melompat dan tahan peluru. Perghh, pasti korang teringat cerita tu kan masa kecil dulu. Kalau korang tak pernah Knight Rider, aku rasa baik korang tak payah baca apa aku nak tulis nie.

Ingat lagik tak pada KITT??? Kitt sekarang (2008) merupakan Ford Shelby GT500KR Mustang. Kenapa Ford jugak? Hehehhe…sebab kereta amerika. Aku cuma frust dengan suara KITT sekarang jek. Macam suara robot. Suara KITT sekarang adalah suara Val Kilmer. Aku suka pada KITT sekarang berbanding dulu sebab lebih nampak canggih.

Jalan cerita siri ini masih sama, sambungan daripada Knight Rider masa kecik. Anak Micheal Knight menjadi hero dalam cerita nie pulak. Aku rasa, kepada pendownload-pendownload tegar, aku rasa korang perlu download drama bersiri nie. Aku baru lepas layan 2 jam opening series. Aku suka cerita nie. Dan, aku suka KITT baru nie. Korang tau tak, purata kelajuan KITT adalah 307km/h. Perghh, seolah-olah dari Johor Bharu ke Kedah hanya mengambil masa 2 jam!!!. Kagum den.

Antara keistimewaan KITT adalah :-

* 550 horsepower solar hybrid engine
* Sports-tuned suspension
* Xenon headlamps with infrared night-vision
* Metallic paint with nanotech enhanced camouflage including morphing License Plate. (boleh tukar-tukar kaler)
* Military satellite access
* FBI database access
* Self-regeneration and damage repair
* High-speed Internet (Ini aku suka…hahahah…broadband ker apa nie?)
* Artificial Intelligence
* Voice-activated GPS
* Apple Wireless Keyboard in the glove box under an accessory drawer (KENAPA PERLU APPLE??!!!CISS, SPOILER!!!)
* Biometric Interface to access security features.
* Wireless headset to communicate with passengers within a limited distance.
* Biomedical Scanner.

Ok la, aku rasa, baik korang layari website nie,http://www.nbc.com/Knight_Rider/. Aku tak tahu setiap hari apa siri ini akan ke udara. Sebab tak confirm lagik, cuma producer telah mengeluarkan 2 jam episod yang pasti membuatkan aku geram, sebab nak tengok lagik. Cis…

P/s: kepada abang aku, layan long…Cerita masa kita kecik-kecik nie. Racun…racun……

4 thoughts on “Knight Industries Three Thousand

  1. tak arr .. aku membesar ngan
    blue thunder
    battle star galactica
    ba ba black sheep
    indiana jones
    3,2,1 contact
    beyond 2000
    sesame street

    Reply

  2. * Apple Wireless Keyboard in the glove box under an accessory drawer (KENAPA PERLU APPLE??!!!CISS, SPOILER!!!) <<<< bot apple wireless tu tak bersalah huhuuhhuhu

    Reply

  3. Sibelang: Eh??? bukan itu semua sezaman ker? sebab, aku pun tengok cerita yang kor cakapkan tu. Hehehehhe

    Amat: Amat, apple wireless tu tak bersalah. Yang bersalah adalah mereka yang pro kepada Apple. Orang seperti kor ngan Ayuz dan jugak pencipta KITT tu.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>