Men are from Mars, Women are from Venus…
Itu la buku yang pernah aku baca ketika dulu. Aku pinjam dari akak ipar aku. Menarik, dan ada kaitannya. Buku ini dikarang oleh John Gray. Buku nie dah lama, tapi masih menarik untuk dibaca.
Semalam, aku pergi ke kursus kahwin. Macam-macam topik yang dibincangkan. Terutama hubungan suami-isteri. Bila penceramah itu menyebut, lelaki dan wanita adalah berbeza. Aku teringat akan buku yang aku baca nie setahun yang lepas. Sama…metaphor yang ingin disampaikan oleh penulis buku ini menceritakan lelaki berasal dari Mars dan wanita dari Venus. Masing-masing berbeza. Penduduk Mars berkahwin dengan penduduk Venus. Apa akan jadi???
Aku bagi satu contoh, bila seseorang lelaki mempunyai masalah (bukan masalah rumah tangga) dia tidak akan menceritakan kepada bini dia. Ini kerana, dia merasakan dia boleh menyelesaikannya sendiri tanpa bertanya kepada isteri. Jadi, dia akan duduk berdiam diri sambil berfikir sehingga dapat jawapan dia. Bila dah dapat jawapan, baru la dia akan berasa lega.
Tetapi, terbalik pula dengan perempuan. Perempuan lagik suka meluahkan dari pada berfikir. Biarlah lelaki tidak memberi jalan penyelesaian, asalkan lelaki itu mendengar dengan baik masalah perempuan tadi (bukan masalah rumah tangga). Bagi mereka, jika dah luahkan maka selesai masalah. Kadang-kala tu, apa yang diluahkan tidak relevan dengan masalah meraka. Melalut ke tempat lain. Janji, mereka dapat melepaskan emosi mereka. Sampai kengkadang, suami dah tak larat nak melayan. Itu la penduduk venus…Hehehhe…
Kepada bakal-bakal suami atau isteri atau mereka yang dah menjadi suami isteri, jika korang ingin membaca buku ini. Korang bolehlah memuat turunya di sini. Aku suka gaya penulisan penulis ini mengolah metaphor suami-isteri. Ok la, selamat membaca.
alaaaa bot, aku baru beli ko tu, tgk ada yang boleh donlod lak!. uwaaaa!.hahahah
Reply
well…man n women…they complete each other…don’t they? it’s just like a two different strands of rope, twined together for a greater strength and more useful…the most important thing: must accept each other as it is…adiosss!!
Reply
apa tajuk buku tu? mutiara yang hilang?
Reply
ayobkelubi: hahahhaha…tak pe la, janji kor abis baca.
@z@: Hehehehe…i agree with you. I think the most important thing is not to accept each other but to know each other. From knowing, they will accept each other. Martian and venusian, is best metaphor. Erkk, does martian and venusian exist???? Hehhehhe….
azizul: Aduii, apa kena la kor nie Azizul. Bukan buku tu, itu buku belajar seks. Buku yang aku cakap nie, lebih penting. Pasal komunikasi. Kalau, martian dan venusian tak kenal macammana mereka nak baca buku mutiara yang kor cakap tu? Pikir-pikirkan la…
Reply
Aku suka baca perlaksanaan enakmen undang-undang keluarga islam selangor.
‘isteri yang tidak menurut perintah, boleh di denda rm 100 untuk kali pertama dan rm500 untuk kali kedua dan seterusnya’
oh, baru aku tahu, boleh kena denda..
Reply
dobot, mula-mula aku kawen, aku ada gak bising-bising dan luahkan apa aku tak puas ati depan2, pahtu mesti hubby aku tensen juga. Lepas tu aku buat pendekatan bagi sms pada waktu pagi sebelum keje kalu aku tak puas hati kat dia. Pada 5 bulan pertama, ada macam2 menda yang ko tak tahu tentang dia akan kau tahu, kadang2 ada konflik dengan family mertua, ada perkara buruk ttg dia ko tak suka dan argument tu biasa la. Tapi sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula suami isteri… ikatan yang dibina itu terlalu besar ertinya, apa2 pergaduhan mesti akan baik balik kejap je… title suami-isteri tu macam kalimah keramat plak, mesti buatkan ko lagi sabar. Apa aku boleh cakap, jalankan tanggungjawab sebagai suami dengan baik, insyaallah isteri ko mesti dengar cakap ko. Itu sikit2 pengalaman aku.
Reply
Dalam setahun, masing2 baru akan complement each other, bila ada baby lagilah baru tahu sayang tu lagi banyak…
Reply
Bot…heheheh..bot..tak sangka den bot, ko dah matang ruponyo. Apopun, den sokong seratus peratus pendapat ko..kekekekee..jom melantit nanti biler den balik?hehee
Reply
dobot dah matang
Reply
Ko lak biler lagi amat?hehehehe..
Reply
aku kene bagi dobot dulu anjas…sebab tu janji antara aku ngan dobot…lagipun aku belum sampai hukum wajib lagi…dobot tu bukan setakat wajib je tapi dah sampai tak de istilh lagi dah boleh pakai….jgn marah yer dr dobot nanti kene jual:D
Reply