Archive for May, 2008
Batu Putih
May 26th
Ada seorang staff aku tanya, apa la penting sangat Pulau Batu Putih tu. Besarnya lebih kurang 2 padang bola jek. Aku cuma sengih jek. Aku memberi dia satu metaphor yang mudah.
Cuba kor bayangkan kor ada 2 ekar tanah. Dalam 2 ekar tanah tu, ada 0.3 ekar kawasan yang berpaya yang kor rasa kor tak leh nak buat apa dah. Jadi, kor pun mengusahakan tanah yang lagik 1.8 ekar tu. Tapi, dalam pada masa kor mengusahakan tanah tu, ada orang lain minta kat anak atau bini kor tanah yang berpaya tu. Maka, disebabkan masa mereka minta tu kor tak ada, katakan kor pergi outstation sampai sebulan. Maka anak atau bini kor bagi kat mereka tu. Dalam masa sebulan tu, orang yang minta tanah tu dah membuat kolam ikan kat sana. Ada pembangunan kat kawasan berpaya tu. Tempat tu jadi cantik, maju dan ada guna.
Bila kor balik, kor terkejut. Dah ada orang buat kolam memancing kat sana. Siap buat tempat mancing orang ramai lagik. Kor pun nak tuntut balik kawasan tu. Tapi, kor tau. Orang rumah kor dah cakap masa kor tak ada dulu, dia dah bagi kat orang luar tu buat pembangunan kat tempat paya tu. Tapi, semua dah terlambat. Kor pun bawak masuk court. Nak tuntut balik tempat kor tu. Adakah kor akan menang?
Apa pentingnya? Hey, adakah kita nak mengadaikan tanah air kita kerana kebodohan kita sendiri? Maruah negara kita. Tidak seinci pun tanah milik negara ini akan senang-senang diberi kepada orang luar. PAHAM!!!
KLCC
May 14th
Pada minggu lepas, aku berkesempatan untuk pergi ke KLCC. Apa lagik, menembak jek la. Susah betul nak tangkap gambar objek yang ada reflex. Masa tu, aku tak bawak polarizer filter sebab tu tak jangka benda-benda macam nie. Ok la, aku paste beberapa keping gambar yang aku tangkap.
Sesambil tu, aku mencuci lens aku dengan menangkap gambar awek mat salleh nie.
Makhluk pelik
May 4th
Ada satu makhluk tu, kalau kita buat salah sikit jek, dia akan cepat merajuk.
Ada satu makhluk tu, kalau kita beri puji sikit, dia akan cepat OK dah.
Apakah makhluk yang pelik tu???
Ia adalah perempuan. Makhluk ini memang pelik kan???kan??? Huhuhuhu…

