Minggu lepas aku berkesempatan untuk pergi ke Pusat Latihan Veterinar di Jerangau. Pada hari pertama, adalah hari untuk bermesyuarat. Agak lama tak jumpa pengurus-pengurus ladang yang lain. Apa lagik, malam tu memang rancak la kiter orang bermesyuarat. Memasing menceritakan perihal yang berlaku di ladang masing-masing supaya masalah dapat diatasi bersama dan pelbagai lagi isu-isu semasa di Jabatan Perkhidmatan Veterinar nie. Lepas bermesyuarat, kiterorang pergi melayan bowling pulak. Layan bowling pun sampai pukul 12 malam. Lepas tu, melepak kat kedai makan sampai pukul 1 pagi. Esok nak meeting nie. Bila balik bilik, bukannya masing-masing nak tidur. Layan borak lagik….sampai la mata aku dah cukup stim untuk tidur dalam jam 3.30 pagi dan meeting start pukul 8.30 pagi.

Selepas meeting, keesokkan harinya kami akan ada lawatan sambil belajar. Kami dibawa melawat ke ladang yang diusahakan oleh Kembar Teguh Sdn Bhd. Tertarik aku melihat ladang ini. Pedok ragutannya tiada sebatang pokok dan nampak hijau. Mereka menggunakan baja organik sebagai sumber baja mereka dan mereka juga memproses baja sebagai produk tambah nilai. Selain daripada itu, rumah kambing yang kecil atau mikro juga ada di sana. Rumah ini sesuai untuk dijadikan teduhan atau rumah khas untuk kambing yang dibiakkan (breeding). Insya-Allah, kadang kambing mikro ini akan dipamerkan di pameran MAHA 2008 kelak pada bulan 8 nanti.


Ini merupakan Dewan Kuliah yang disediakan oleh pihak Kembar Teguh.


Disebelah kiri ini adalah rumah kambing yang berkapasiti tinggi manakala disebelah kanan pula adalah stor makanan terbuka.


Utamakan Keselamatan


Gaya seorang juara. Memang juara pun, semua frame dia bantai menang. Hahahah….bodek sifoo…

 

Untuk melihat lebih gambar, klik sini.