Wed 25 Jun 2008
Hari Ahad yang lalu, first time aku menangkap gambar orang kahwin yang aku tak kenal langsung. Alhamdulillah, banyak ilmu yang aku belajar dari Kamalia. Aku bersama Hanis pergi ke Majlis Perkahwinan Miza & Faiz untuk ikut salah seorang photographer yang aku kenal melalui satu forum, nama dia Kamalia. Banyak yang dia ajar kami.
Aku tak ada banyak masa untuk edit beberapa gambar, jadi aku buat mana yang termampu jek. Aku ingatkan tak penat tangkap gambar orang kahwin nie. Rupanya, mak uii, bukan main penat. Nasib baik pengantin sporting. Caya la Miza ngan Faiz, korang memang sporting walaupun kiterorang paksa korang masuk dalam semak samun masa sesi outing. Tapi aku tak dapat nak shot banyak kat dalam semak tu sebab tak tahan miang kena semak. Kerjasama yang korang berikan amat aku hargai untuk mengasah diri ini, terutama dari segi teknik mengambil gambar seperti composition dan exposure.
Ok la, aku letak beberapa keping gambar di sini. Jika ada sesiapa yang berminat nak aku tangkap gambar korang. Calling-calling la aku. Insya-Allah aku akan menerimanya. Walaubagaimanapun, aku akan mempertimbangkannya sebelum mengambil gambar korang. Ini kerana terdapat beberapa faktor yang aku perlu atasi seperti, teknik gambar aku yang kurang mantap, editing fotografi dan lelain lagi.
***sila klik pada gambar untuk melihat gambar yang lebih jelas.







June 29th, 2008 at 056
aku kena belajar ngan ko ni dobot….
cantiknya exposure ko….
[Reply]
June 29th, 2008 at 218
Tarak hal sifoo Poyok, jum kita tag sesama. Apa kata kita shot gambar anak kor. Aku tak pernah buat sessi budak kecik nie.
[Reply]