Mon 14 Jul 2008
Dah lama aku tak pergi Langkawi. Kali terakhir aku pergi ke Langkawi adalah bersama kawan-kawan aku masa praktikal kat Underwater World Langkawi dulu. Lepas tu, aku dah tak pergi sampai aku habis belajar.
Dulu, aku pergi dengan urusan belajar. Sekarang, aku pergi dengan urusan kerja.
Aku tak mahu share pengalaman ker apa. Tapi, aku mahu share gambar jek. Puas hati aku, menembak masa kat langkawi. Banyak gila aku shot sampaikan kad memori aku yang bersaiz 4GB telah penuh. Ok la, untuk melihat gambar yang penuh, korang boleh klik sini.
Cantik, ini adalah pantai Beras Basah. Aku suka warna biru tu. Member aku cakap, kalau Pulau Perhentian lagik lawa. Perghh…kena beli underwater punya kamera la lepas nie.
Ada banyak lagik gambar-gambar kat sana. Aku banyak letak gambar helang sebab aku rasa, ini adalah aktiviti yang ter'best' masa pergi Langkawi. Panas bateri kamera aku. Tapi, apakan daya. kamera aku hanya mampu menangkap 3 keping gambar dalam masa satu saat. Kalau 11 keping sesaat. Peffrghhh…gila aku jadinya.




July 15th, 2008 at 1356
mmg dasat dan lawa seh kau punya pic. aku suka dengan gambar helang tgh tangkap ikan kat air tu…
[Reply]
doBot Reply:
July 15th, 2008 at 2217
Thanks. Berpeluh aku tangkap gambar tu.huhuhu…
[Reply]
July 16th, 2008 at 2029
Salam bot,
dahsyat lah gambar yg nko ambik,
aku kek penang nie bila nak amik gambar teringat kek kamera nko …. jeles den ….
[Reply]
doBot Reply:
July 20th, 2008 at 1258
Kamera tu cuma tambahan jek long. yang penting, cara ambil gambar tu. Contohnya, komposisi gambar dan framing.
[Reply]
July 17th, 2008 at 1108
nice pic beb.
kalau member ko kata perhentian lagi lawa..tapi pada aku..ko patut cuba pergi pulau-pulau di Sabah…heaven beb…
kalau citer cni pun tak abih..
[Reply]
doBot Reply:
July 20th, 2008 at 1258
Wahhh….akan aku usahakan untuk ke sana satu hari nanti. Tapi kena cari kamera dalam air dulu la.
[Reply]
July 18th, 2008 at 1021
Superb bot…cantik..tapi gambar yg tepi pantai tu apsal ader hitam2 sket kat penjuru gambar..mesti bayang2 dari lens hood kan? kekee..aku slalu gak jd mcm tu..terlupa nak bukak..apepon really nice shots…biler nak ajar den Bot?
[Reply]
doBot Reply:
July 20th, 2008 at 1300
tak anjas. Itu adalah vignetting. Aku sengaja tambah sebab lens aku lebih mudah berlaku vignetting. Bila dah ada vignetting, aku tambah lagik vignetting menggunakan photoshop.
[Reply]
July 23rd, 2008 at 2024
oooo..vignetting eh..satu terminologi baru yg aku akan carik dlm google secepat mungkin..thanks 4 the info bro..anyway, really nice shot..err..biler ko nak link blog aku kat blog ko?kekekkee..giler glamer jap..akakaka..apepon stay hepi bro..!!
[Reply]
July 23rd, 2008 at 2030
erkkk…my mistake Bot..dah ader link aku rupenyer..hehhehehe..thanks, sushah-sushah jer..hehehehe
[Reply]
July 29th, 2008 at 1105
salam..
sayangnya sampai skrg sy hanya ada digicam. tp ok la tu kan drpd tgk je dan tangkap gambar simpan dalam memori otak hehehe.
ke langkawi 07 lepas. tp x puaslah. ada pape perubahan best ke kat langkawi? *underwater world pon x sempat pegi aritu huhu*
oo sy 1st timer here. peace² v(^_^)v
[Reply]
August 21st, 2008 at 1246
Wah! jadi la gambor helang kau …. teruskan improvement Bot. Komposition dah ok ….. siap main dengan kaler lagi.
Mesti kau wonder kenapa aku ada masa masuk blog kau sedangkan kau sedang tekun bekerja di tapak MAHA sampai tiada masa ….. jawapannya: “sebab aku boss!”
[Reply]
August 25th, 2008 at 1008
wah..cantiknye gambar2 ni dobot..jeles aku..nmpk professional..kat ivm ni kalau ko amik gambar mesti best..ade burung enggang selalu lepak kat grill umah aku! tapi tak penah nyempat nak amik gambar, maklumlah takde kamera canggih..
[Reply]
September 17th, 2008 at 737
salam, saya suami DR Maiza dari IVM, cantik gambar helang dan gambar aksi kuda yang awak ambik tu. Boleh menuntut ilmu ni…hehe
[Reply]