MAHA 2008 dah abis. Elok-elok jek aku abis kemas tapak kelmarin (Jumaat, 29 Ogos 2008) aku terus ditimpa sakit. Dah lama aku tak demam dan sakit tekak. Kelmarin aku kena sakit. Nasib baik dah abis MAHA2008. Kalau tak, mesti aku pening kepala.
Ramai yang bertanya kepada aku, kenapa aku dah lama tak update blog. Bukannya tak ada masa nak surfing, tapi tak ada masa nak mengupload gambar ker ruang angkasa 'internet' nie. Masa aku dok kat KL (semasa MAHA2008) aku guna line Celcom Broadband. Ingatkan laju, tapi tak laju pun.So, tak dapat la aku nak upload gambar. Aku lagik prefer kalau aku upload pakai Streamyx. Laju pun laju.
Ok la, Aku ingin mengucapkan Selamat Mengerjakan Ibadah Puasa kepada semua kengkawan aku yang beragama Islam.