Archive for September, 2008

Salah satu nikmat puasa

Walaubagaimana pun ketegaran menghisap rokok, yang pasti aku akan memberhentikan kenderaan aku setiap kali aku berbuka di dalam kereta. Melainkan jika aku berbuka dengan air dan gula-gula. Berbuka dengan menghisap rokok boleh mengakibatkan kita berada di dalam dunia lain. Khayal dan pening-pening. Selalunya, selepas berbuka dengan air mineral yang dah memang aku simpan dalam kereta, aku akan menghisap rokok sebatang. Setelah 12 jam tak kena sebatang rokok, pada ketika itulah kita akan merasa satu kenikmatan yang memeningkan kepala. Dah tahu pening, aku bantai jugak. Huhuhu…

Salah satu nikmat berpuasa di bulan Ramadhan adalah, menghisap rokok (bagi perokok macam aku). Betul la kata orang, bulan ini penuh kenikmatan. Padahal, sebelum ini rasa macam biasa jek isap rokok. Tak rasa nikmat pun. Kalau tak percaya, cubalah….Heheheheh…

Framing

Raya dah nak dekat. Orang rumah aku meminta aku membuatkan kad hari raya secara online. "Erkk, tengah tak ada idea la Yang". "Nanti kita buatkan…".

Itu la alasan yang aku berikan kepada isteriku. Bukan tak nak buat, tapi aku sekarang lebih banyak bermain dengan kamera berbanding photoshop nie. Terus terang aku katakan, aku tak berapa suka fotografik, tapi lebih suka fotografi. Apa bezanya yek??? Fotofrafik adalah gambar yang kita edit selepas kita tangkap. Kebiasaannya, editing yang dilakukan berlebihan sehingga hilang keaslian gambar tu. Manakala, fotografi merupakan proses atau seni menangkap cahaya dengan menggunakan medium gambar sepergi film atau camera sensor (dengan nama lain, tangkap gambar la tu). TAPI, kita jangan lupa bila kita mengabungkan fotografi dan fotografik, ia akan menjadi sesuatu yang menarik dan mampu membuat kita terpegun.

Gambar ini aku telah edit sedkit, bagi menampakkan kesan warna atau saturation pada gambar. Gambar ini diambil semasa sedang mengambil besi-besi buruk dikawasan ladang. Kami menggunakan satu back-hoe dan satu traktor untuk menarik dan menangkat besi ini. Gambar ini lebih menceritakan kepada framing. Perhatikan rumput di bahagian depan gambar (belakang backhoe) dan bumbung traktor, ia kelihatan blur. Subjek utama aku adalah, bucket belakang backhoe yang dah nampak macam lusuh. Aku fokus pada situ dan framing aku adalah 2 benda yang blur tadi.

Erkkk…dok mengarut lagik pasal gambar. Tak ada benda lain ker nak mengarut? Nak cerita pasal kehidupan aku masa bulan puasa??? Tak ada yang menarik melainkan kerja yang tak berapa banyak. Huhuhu…..

Notakaki: Hehehe, bila tak ada kerja mengeluh. Bila kerja banyak, pun mengeluh. Apa la kor nie doBot.Karang bos bagik kerja berlambak, baru kor tau.

Satu petang di Kg. Londah

Pada satu petang, aku berjalan-jalan di Kampung Londah. Terkejut jugak aku, bila aku dapat tahu dalam tu ada kawasan sawah padi. Cantik, itu lah perkataan pertama yang terlintas bila mana aku terpandang kawasan padi di situ. Kebanyakkan padi dah hampir masak. So, aku agak hampa sebab tak dapat shot gambar padi kehijauan. Aku termenung…

Tiba-tiba, aku terlihatkan matahari yang hampir terbenam. Jam pada masa tu pukul 6.40 petang. Ish, cantik nie. Nak tunggu Maghrib ker tidak nie? Dah nak bukak puasa dah nie? Untuk tidak menghampakan diri aku sendiri. Aku cuba tangkap gambar secara manual. Bila aku katakan manual, aku mempunyai kuasa penuh untuk mengawal kamera aku. Aku setkan supaya shutter speed lebih laju, supaya keadaan nampak lebih kelam. Ini beberapa hasil petikan jari jemari ku pada satu petang di Kampung Londah, Negeri Sembilan.


1/400" : f8 : ISO200


1/250" : f8 : ISO200


Aku tertarik dengan pokok yang hampir mati nie. Cantik, dan ada si helang yang bertenggek di atasnya.

Mimpi siang

Di bulan puasa nie kurangkan la tidur. Kerana ia amat melalaikan. Salah satu hobi aku di bulan puasa ini adalah tidur. Bila bangun dari tidur. Terus insaf, sebab tidur lama sangat. Disamping itu, tidur yang lama boleh menyebabkan kita mimpi ngeri. Dan, kadang-kadang mimpi yang ngeri ini menyebabkan kita lalai atau alpha kepada sesuatu benda. Sehingga kita terbawa-bawa ke dalam mimpi tanpa kita sedari yang sebenarnya kita berada tengah bermimpi di siang hari Ramadhan.


Ler, orang lain pun mimpi jugak. Tapi tak ada la sampai mimpi peluk lens. Huhuhuhu…

Orang-orang MAHA2008

Aku nak letak gambar mereka-mereka yang telah menjayakan Pameran Ternakan MAHA2008. Terima kasih kepada korang semua. Maaf jika gambar korang tak ada kat sini. Mungkin aku terlepas pandang. Jika nak tengok lebih banyak gambar, klik kat sini.


Membuat tangga kecemasan.


Mesyuarat tergempar!!! Huhuhu.


Buat-buat sibuk konon. Ntah apa la yang korang bincangkan tu.


Memasang cyclone


Rilek Mail. Mail ini merupakan orang kuat PTH Pantai Timur.


Apa yang dibincangkan nie pun aku tak tahu.


Wanita-wanita kuat. Hehehe, kuat melepak. Thanks korang.


Apa yang korang ukur tu???


Orang kuat MAHA. Tengah tengok pintu gerbang sedang dinaikkan.

Rodeo Malaysia

Beberapa keping gambar yang sempat aku tangkap semasa acara Rodeo di MAHA 2008.


Aduii…