Raya dah nak dekat. Orang rumah aku meminta aku membuatkan kad hari raya secara online. "Erkk, tengah tak ada idea la Yang". "Nanti kita buatkan…".
Itu la alasan yang aku berikan kepada isteriku. Bukan tak nak buat, tapi aku sekarang lebih banyak bermain dengan kamera berbanding photoshop nie. Terus terang aku katakan, aku tak berapa suka fotografik, tapi lebih suka fotografi. Apa bezanya yek??? Fotofrafik adalah gambar yang kita edit selepas kita tangkap. Kebiasaannya, editing yang dilakukan berlebihan sehingga hilang keaslian gambar tu. Manakala, fotografi merupakan proses atau seni menangkap cahaya dengan menggunakan medium gambar sepergi film atau camera sensor (dengan nama lain, tangkap gambar la tu). TAPI, kita jangan lupa bila kita mengabungkan fotografi dan fotografik, ia akan menjadi sesuatu yang menarik dan mampu membuat kita terpegun.
Gambar ini aku telah edit sedkit, bagi menampakkan kesan warna atau saturation pada gambar. Gambar ini diambil semasa sedang mengambil besi-besi buruk dikawasan ladang. Kami menggunakan satu back-hoe dan satu traktor untuk menarik dan menangkat besi ini. Gambar ini lebih menceritakan kepada framing. Perhatikan rumput di bahagian depan gambar (belakang backhoe) dan bumbung traktor, ia kelihatan blur. Subjek utama aku adalah, bucket belakang backhoe yang dah nampak macam lusuh. Aku fokus pada situ dan framing aku adalah 2 benda yang blur tadi.
Erkkk…dok mengarut lagik pasal gambar. Tak ada benda lain ker nak mengarut? Nak cerita pasal kehidupan aku masa bulan puasa??? Tak ada yang menarik melainkan kerja yang tak berapa banyak. Huhuhu…..
Notakaki: Hehehe, bila tak ada kerja mengeluh. Bila kerja banyak, pun mengeluh. Apa la kor nie doBot.Karang bos bagik kerja berlambak, baru kor tau.
hah …. tak de kerja …. tu yang aku nak dengar. Meh sini aku bagi kau kerja .
Nice framing bro …. buleh komen sket. aku tahu kau nak cerita pasal keje guna backhoe angkat besi dan fokus utama adalah jengkaut backhoe tu. Tapi bila aku tengok gambor ni tanpa baca ceritanya …. aku akan fikir cerita gambor adalah ‘org naik backhoe dalam pedok dan fokus utama adalah backhoe tu sendiri’ …..
Tapi nice try bro …… ada kisahnya gambor ni tapi mesejnya tak sampai.
Jgn marah bro ….. klau marah, aku tambah kerja kau :0
Reply
doBot Reply:
September 25th, 2008 at 2034
Hahaha…bukan tak ada kerja. Kurang kerja.
Thanks for the comment. Tarak marah, everyday is a learning process.
Reply
Apa kata kau guna rule of 3rd framing subjek …. apa-apa subjek. dan kita komen sama2
Reply